khasiat limau nipis

Khasiat & Kebaikan Limau Nipis

oleh Mohd Isa pada October 8, 2013

Khasiat limau nipis memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan kandungan vitamin B yang terdapat pada limau nipis, ianya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat fizikal kita.

Limau nipis selalu dikaitkan dengan perubatan tradisional atau perubatan Islam. Ia juga digunakan sebagai baham di dalam produk kecantikan untuk rawatan kulit, wajah dan rambut. Malah ia juga dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

Khasiat & Kebaikan Limau Nipis

Tahukah anda bahawa limau nipis juga amat berguna dan mempunyai kebaikan dalam kecantikan tidak kira dalaman ataupun luaran. Jom kita lihat khasiat limau nipis di bawah:

Khasiat Limau Nipis Untuk Rambut

khasiat limau nipis untuk rambut gugur

  1. Mengatasi masalah rambut gugur – Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

  2. Menghilangkan kelemumur – Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

Khasiat Limau Nipis Untuk Wajah

khasiat limau nipis untuk kecantikan wajah

  1. Menghilangkan jerawat – Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

  2. Menghilangkan bintik hitam – Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

  3. Mengecilkan pori-pori – Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

  4. Menghalus dan mencerahkan kulit – Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

Khasiat Limau Nipis Yang Lain

  1. Menghilangkan bau ketiak – Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

  2. Membersih dan mencantikkan kuku – Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

  3. Melegakan ketegangan – Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

Sumber: Tupai

Begitu banyak khasiat limau nipis yang boleh kita amalkan, tidak kira dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak kira dalaman ataupun luaran, banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada limau nipis.

Khasiat Limau Nipis

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

26 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

titan 8 October 2013 at 11:00 am

bagus untuk mandi.

kalau axion aku habis..aku guna benda ni je basuh pinggan. haha..
titan recently posted..Indera Putra kena ugut bunuh?

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:11 am

limau nipis agak pedih sedikit, tajam orang kampung kata. waktu di kampung dulu, selalu mandi dengan limau kasturi. kebanyakan guna untuk hilangkan bau ketiak. :P

memang sesuai untuk hilangkan minyak pada pinggan mangkuk, teringat pula cerita orang minyak dengan pontianak yang adflin berlakon tu…haha

Reply

titan 14 October 2013 at 11:40 am

eh silap. limau kasturi. limau nipis plak..

haha..
titan recently posted..Awak.

Reply

hafizmd 8 November 2013 at 8:39 am

mmg tajam sikit, tp mmg berkesan…cubalah…(macam iklan sabun pulak da…hehehe)
hafizmd recently posted..Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!

Reply

Hakim Mahmud 30 December 2013 at 5:26 am

haha nak kasi ketiak bau wangi ..

Reply

Fadhil Husin 8 October 2013 at 11:24 am

Air limau nipis + madu boleh buat ubat batuk. Air limau nipis suam boleh buat hilang dahaga. ;)
Fadhil Husin recently posted..Liverpool Benam Crystal Palace Untuk Kembali ke Puncak Liga

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:13 am

Bab ubat batuk tu memang benar, nak cepat baik lagi. Peram satu malam. Lagi kuat. Selalu juga lepas bersukan minum air limau, memang melegakan. :)

Reply

Rina 17 October 2013 at 1:42 pm

Iya tu, kalau batuk saya sering juga memanfaatkan air limau + madu yang dicampur dalam air hangat untuk meredakan batuk. Insya allah ber-khasiat
Rina recently posted..Create Vertical Tabbed Content Menu Using jQuery And CSS

Reply

AUC 8 October 2013 at 1:03 pm

buat berubah utk alam mistik pun byg jg kegunaannya ni.. c

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:14 am

banyak pula typo ya, sudah menjadi amalan orang berubat tradisional. limau nipis pasti ada.

Reply

Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 1:20 pm

Banyak jugak ye khasiat limau nipis ni. Patut la tok bomoh pun guna jugak. haha
Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Rope Walk Lorong Kulit, Penang

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:16 am

Benar tu bro, usah kata bomoh sahaja guna. Pakar pun ada guna tau. Tapi yang sudah diproseslah. :)

Reply

wazy 8 October 2013 at 4:15 pm

memang banyak khasiat limau nipis ni,kalau batu boleh dicampur dengan madu
wazy recently posted..Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:17 am

sekali baca batu, kalau difahamkan baru tahu batuk rupanya. benar tu bro, batuk memang berkesan. :)

Reply

akubiomed 8 October 2013 at 5:14 pm

Boleh guna limau nipis untuk membersihkan daki dan berkerak. :-)
akubiomed recently posted..Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:18 am

haha, itu sudah pasti bro. tambah-tambah kat ketiak acem. :p

Reply

Khairul Zamri 8 October 2013 at 10:57 pm

oooo basuh dengan air suam den sapu dengan air sejuk terus thanks bro
Khairul Zamri recently posted..Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas

Reply

Mohd Isa 9 October 2013 at 11:19 am

sama-sama bro. :)

Reply

blogger lelaki 12 October 2013 at 11:12 am

suka minum air limau panas
blogger lelaki recently posted..Lingkaran Waktu Umur Kita

Reply

Mohd Isa 12 October 2013 at 2:00 pm

gemar minum limau ais lepas training atau game. :)

Reply

zik 15 October 2013 at 11:04 pm

elok jugak nih.. rambut aku dah gugur bahagian depan nih.. hehe
zik recently posted..Keputusan terkini malaysia vs bahrain, kelayakkan piala asia 2015

Reply

hafizmd 8 November 2013 at 8:41 am

Byk khasiatnya ni. Tak payah dah beli macam2 ubat yg harga ratus2 tu..tinggal rajin jer..hehe

thanks bro berkongsi..

p/s-ingat dulu2, kalau arwah abah botakkan kepala, letak limau ni…pedih wooo
hafizmd recently posted..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!

Reply

Org Kampung 8 November 2013 at 10:17 pm

bro lama x updet belog

Reply

Asyrof Asri 23 November 2013 at 5:21 pm

Wah, banyak jugak khasiatnya ya?

Herm nak cuba part kelumumur tu lah & muka ..
Asyrof Asri recently posted..Tanpa Cermin Mata, Duniaku Tidak Bermakna

Reply

Syahril Hafiz 6 December 2013 at 7:34 pm

Bagi yang nak dapatkan anak pokok limau nipis atau benih la senang cerita boleh hubungi saya. Saya usahakan tanaman ni sekarang. Terima kasih :)

P/s Lepas ni aku kena rajin blogwalking ke blog ni nampak gayanya selepas Amanz, haha
Syahril Hafiz recently posted..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia

Reply

filthyemails 15 December 2013 at 9:38 pm

Thanks info nya Gan

newbie ijin blog walking

Thanks
filthyemails recently posted..Article Submission Versus Hosted Marketing Pages – An Internet Marketing Comparison

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: