khasiat epal hijau

Khasiat Epal Hijau

oleh Mohd Isa pada January 7, 2014

Tahukah anda berkenaan kebaikan dan khasiat epal hijau dalam penjagaan kesihatan? Tidak dinafikan bahawa epal hijau merupakan antara buah-buahan yang digemari ramai. Begitu juga saya, jika diberi pilihan di antara epal hijau atau merah. Saya akan memilih epal hijau.

Jika sebelum ini saya ada kongsikan khasiat limau nipis, kali ini saya ingin kongsikan beberapa khasiat epal hijau dalam kesihatan dan kecantikan. Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari adalah amat digalakkan kerana khasiat epal hijau itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada individu yang ingin menurunkan berat badan, ini kerana epal hijau mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

khasiat epal hijau

Khasiat Epal Hijau Dengan Pelbagai Zat

Di antara zat yang terdapat di dalam epal hijau ialah zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda juga digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya, ini kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Khasiat Epal Hijau Dalam Amalan Hidup Sihat

Epal hijau mampu membantu anda dalam mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Selain itu juga, khasiat epal hijau adalah membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum pada setiap pagi sebelum sarapan.

Ini kerana ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan di mana zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Khasiat Epal Hijau Dalam Kecantikan

Tahukah anda, epal hijau juga mampu mencantikan kulit anda? Di mana epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau secara nipis, kemudian rendamkan di dalam air batu selama lima minit. Setelah itu letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegaran pada kulit muka anda. Jika ianya diamalkan selalu, ia mampu melincinkat kulit muka anda.

Begitulah di antara khasiat epal hijau, tidak kira di dalam kesihatan dan kecantikan. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberikan gaya hidup sihat buat anda semua, selain kelihatan lebih kacak dan anggun. :)

Khasiat Epal Hijau

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

8 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

MK Kimi 7 January 2014 at 9:53 pm

mampu turunkan kolesterol dalam badan???

ok, esok p beli! haha
MK Kimi recently posted..Nikon D3300, Kamera Entry Level Terbaru

Reply

Mohd Isa 7 January 2014 at 10:43 pm

yurp, satu lagi petua nak kurangkan kolesterol. jangan makan kuning telur, sebab kandungan kolesterol dalam kuning telur tinggi. :)

Reply

Mohd Shubhi 7 January 2014 at 10:55 pm

Lebih suka makan epal merah New Zealand. Epal hijau agak masam. Tapi bila lihat khasiatnya di atas…nak kena makan lah jugak nampaknya!
Mohd Shubhi recently posted..Ada RM100 ribu, perniagaan apa yang sesuai?

Reply

akubiomed 8 January 2014 at 12:30 am

Pengiddap kecing manis pun digalakkan makan epal hijau untuk mengawal gula didalam darah.
akubiomed recently posted..TP-Link TD-W8961ND Wireless N ASDSL2 Modem Router

Reply

Rina 9 January 2014 at 12:35 pm

Saudara saya ada yang terkena kolesterol, Insya Allah akan saya sarankan untuk mengkonsumsi Epal hijau secara rutin
Sekali lagi trims atas info yang bermanfaat ini ya…
Rina recently posted..How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP Script

Reply

ezad 9 January 2014 at 9:59 pm

saya suka blend epal hijau ni buat air..best

ezad recently posted..lindungi pc anda dari spyware 2014

Reply

Bahrain 17 January 2014 at 8:31 pm

sayang seribu kali aku tak makan buah..cuma makan buah kurma dan kismis sahaja.
Bahrain recently posted..Filem Korea Paling Best 2013

Reply

helpingcents 1 February 2014 at 4:12 pm

terimakasih banyak…artikelnya sangat bermanfaat
helpingcents recently posted..Tips For Buying Sunglasses

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: