Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

by on January 15, 2012

Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia - SARA 1Malaysia

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

SARA 1Malaysia. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian. Baru-baru ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1Malaysia.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapat rendah. Perlaksanaan skim SARA 1Malaysia yang dilancarkan setelah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

Melalui skim SARA 1Malaysia tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sehingga RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Kelayakan untuk memohon skim SARA 1Malaysia tersebut adalah seperti berikut:

  1. Isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
  2. Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
  4. Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini anda bolehlah dapatkan di mana-mana cawangan Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda. Borang permohonan akan dikeluarkan pada 30 Januari 2012.

Selain itu juga anda bolehlah melayari laman web rasmi SARA 1Malaysia.

ADVERTISEMENT

{ 58 comments… read them below or add one }

pPutraRocker January 15, 2012 at 11:37 am

#thisisbestbero
pPutraRocker recently posted..(GAMBAR) 2 Perompak Mati di LRT Taman Melati 10 Januari 2012

Reply

cik mas January 21, 2012 at 7:27 pm

saya pun nak melabur…
xnak usik duit 2…

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:12 pm

bagus, niat yang baik tu…untuk masa depan…

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:12 pm

haha, tahu takpa…try la apply nnt…

Reply

Azman January 15, 2012 at 11:53 am

Kalau ada rm5k tanpa meminjam,bagus juga kalau labur kat sini :)
Azman recently posted..Kisah Mr Labuci

Reply

blackrosehunter January 15, 2012 at 5:38 pm

a’ah kan..pulangan dia besar..menarik..
blackrosehunter recently posted..Kereta Paling Mahal Tahun 2012

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:13 pm

itulah pasal, tapi bila kena buat pinjaman rasa cam kecik je balik…ada bungakan?

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:13 pm

kalau ada wang tunai yg byk mmg best melabur bro…

Reply

muazfaris January 15, 2012 at 11:29 pm

maaf tiada kaitan, dah letak anchor text.. harap maklum,. tq
muazfaris recently posted..3 Tempat Uji Kerjaya Masa Depan !

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:14 pm

haha, terima kasih bro…

Reply

kulanz January 16, 2012 at 12:06 am

Bagi yang layak bagus juga menyertai skim SARA ni.. bolehlah juga tambah pendapatan…
kulanz recently posted..Cara Bayaran Bantuan Kewangan RM500 (BR1M)

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:14 pm

betul tu bro, bro pasti melaburkan?

Reply

Mus January 16, 2012 at 12:26 am

nak cuba nasib juga ni..
Mus recently posted..(Video) Cara Simpan Pakaian Banyak Dalam Beg Kecil

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:15 pm

ini takyah nasib dah bro, apply confirm dapat punyalah. hehe

Reply

Juan January 16, 2012 at 4:33 am

sangat menarik nih

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:15 pm

siyes menarik bro…

Reply

titan January 16, 2012 at 4:37 pm

leh try. cukup syarat ni. haha..
titan recently posted..Lelaki kacak takkan mudah putus asa.

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:16 pm

haha, melabur jangan tak melabur…

Reply

Ajiah Yusof January 16, 2012 at 7:01 pm

Tidak dinyatakan umur yang layak memohon SARA 1Malaysia. Adakah pesara layak memohon? Terima kasih.

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:16 pm

kurang pastilah pula, nanti saya cuba dapatkan info. terima kasih kerana bertanya.

Reply

Nasrul Hanis January 16, 2012 at 8:58 pm

Menarik juga.. kena tau lebih lanjut ni.. :D
Nasrul Hanis recently posted..Bisnes Mesti Bersandarkan Kepada Realiti

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:17 pm

yes bro, orang macam kita ni bolehlah melabur. untuk masa depan. :)

Reply

ohcikgu January 18, 2012 at 4:37 am

kena tahu dengan lebih mendalam dulu. baru fkir nak join ke tak.
ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Perlawanan Liga Super 2012 (17 Januari 2012) – Akmal Rizal mengganas malam ini.

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:18 pm

insyaAllah saya akan cuba sampaikan perkara yang lebih mendalam mengenai sara ini cikgu. :)

Reply

wazy January 18, 2012 at 4:31 pm

Nak cuba la,mana tahu ada rezeki
wazy recently posted..Wordless Wednesday #9

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:18 pm

cuba bro, jangan tak cuba. aku pun nak cubalah nnt.

Reply

hatiputera January 18, 2012 at 7:47 pm

jom serbu 30 januari nie,,,
hatiputera recently posted..Video bunyi aneh dan menakutkan di langit samarahan

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:19 pm

yes…itu sudah pasti…

Reply

Geez January 21, 2012 at 3:31 pm

Nak cuba, kelayakan dah ada..dah apply cuti lagi..

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:19 pm

wah, siap apply cuti. terbaiklah…

Reply

amirullah bin sharuddin January 25, 2012 at 9:24 am

salam satu malaysia,bagaimana dengan individu yang masih bujang dan ingin mendirikan rumahtangga tidak dapat memohon untuk bantuan ini?harap diwujudkan bantuan dan simpanan seperti ini untuk individu bujang untuk melabur dan menyimpan duit kerana kos sara hidup yang agak tinggi sewa rumah sudah rm500 minimum zaman sekarang nie,harap kerajaan dapat memberi perhatian terhadap individu seperti kami yang ingin menjadi insan cemerlang,gemilang terbilang.Harap kerajaan berperanan penuh dalam membentuk masyarakat terbaik salah satu contoh kepada saya dan mungkin ramai lagi yg bernasib sama spt saya,kerana rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:20 pm

betul juga tu, tapi rasanya memang boleh apply kalau ada tanggungan yang lain. seperti menanggung ibu dan bapa. boleh apply bagi yang bujang.

Reply

masriah January 28, 2012 at 2:55 pm

assalamualaikum….sy ingin bertanya…jika anak yg menanggung keluarga,salah seorang ibu bapa sudah meninggal…layak ka c ank ni memohon pemohonan skim sara 1malaysia????

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:21 pm

ya, boleh. tidak silap rasanya.

Reply

nor hisham January 28, 2012 at 5:10 pm

saya nak tahu,jika nama sudah blacklist,bolehkah memohon skim ini?jika boleh,dapat la saya bayar untuk bersihkan nama dari blacklist.

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:22 pm

kalau nama disenarai hitamkan oleh kerajaan, rasanya agak susah juga. sebab skim ini under kerajaan.

Reply

sallam January 30, 2012 at 4:53 pm

yg nie juz untuk berkahwin shj??? bgi yg bujang bole memohon???

Reply

Mohd Isa January 31, 2012 at 12:52 pm

rasanya boleh memohon, tapi perlu ada tanggungan tidak silap. seperti menanggung ibu bapa atau adik-adik.

Reply

saleh albanjari January 31, 2012 at 10:08 am

KALAU BUAT PINJAMAN ADAKAH KITA BUAT LOAN BANK?KALAU LOAN BANK SAYA TAK BLH DAPAT SEBAB NAMA BLACKLIST…..ADA CARA LAIN KE

Reply

Mohd Isa January 31, 2012 at 12:54 pm

kurang pasti, rasanya boleh rujuk di laman web http://www.sara1malaysia.com.my

Reply

rozita February 2, 2012 at 1:58 pm

saya layak ka memohon baru baru ni ada buat pjaman asb rm 15,000.00

Reply

Mohd Isa February 2, 2012 at 5:54 pm

rasanya dah tak boleh…

Reply

Sha Aisha February 2, 2012 at 11:48 pm

dorng ckp x pyh byr ape2.. dftr, tnggu 5 thun, dr 5k jd 8k lbh… btul ker?? x brape nk fhm laaa…

Reply

Mohd Isa February 6, 2012 at 12:10 pm

macam asb juga sebenarnya, memang tak perlu bayar apa-apa. cuma tak boleh pakai duit pinjaman tu. js pinjam untuk pelaburan.

Reply

sriena February 4, 2012 at 6:59 pm

slm nk tya sket..skim nie terbuka untk golongan 18-58 taun…
tp npe slh satu syaratny d nyatakan pemohon mestilah berkahwin?

Reply

Mohd Isa February 6, 2012 at 12:12 pm

sama seperti bantuan rm500 sebenarnya, tetapi ini dalam bentuk perlaburan yg mempunyai tanggungan.

Reply

sriena February 4, 2012 at 7:02 pm

confuse sbb sy kakitgn kerajaan n x penah wat loan lg…persoalanny ble kah sy memohon if lom berkhwin…..

Reply

Mohd Isa February 6, 2012 at 12:13 pm

itu kurang pasti, tetapi apa yg pasti adalah berkenaan dengan istilah isi rumah. bermakna perlu ada tanggungan, baru boleh memohon. so terbuka kepada yang sudah berkahwin.

Reply

sha aisha February 6, 2012 at 12:31 pm

ok jgk cmtu… 5thun bkn lame.. pjm celik pjm celik dh 5 thun..

Reply

Mohd Isa February 6, 2012 at 1:07 pm

tahu takpa, benda tak lama mana pun 5 tahun tu sebenarnya…

Reply

zul February 9, 2012 at 2:16 pm

korang tau tak…aku bru blik maybank ni….da bwk da rm5000 nk join ni gune modal sendiri…dia kate tk boleh…mesti kene wat kloan…bull shit!!!… sape bole jawabkan….tolong jawab…cakap apakah ini? penipuankah ini? hati panaszzz…

Reply

Mohd Isa February 11, 2012 at 2:24 am

uiks, memang syarat dia kena buat loan la bro. bukan penipuan, sila dapatkan info lanjut di http://www.sara1malaysia.com.my tidak silap…atau boleh rujuk LHDN terus…

Reply

zul February 13, 2012 at 11:50 pm

knp tkleh upload video kt sini ek….aku nk upload video pelancaran sara 1malaysia tu….sape yg ckp…ape yg dia ckp…kalau loan mcmne…klu tk loan mcmne….dia siap ckp lg tu….berape dpt klu yg wat loan…berape dpt klu yg tak wat loan….
“cakap tak gune…tembak tak kene….banyak cakap…banyak bohong…”

Reply

Mohd Isa February 16, 2012 at 2:39 pm

upload kat youtube kemudia paste link kat sini sudah…mana leh upload video kat komen…

Reply

malaya maju February 13, 2012 at 12:39 am

salam… apa pun hati hati dgn pelaburan ini. segalanya ada udang sebalik mee… apa dah jadi dgn BR1M… yg memohon akan tahu.

dalam penilaian aku seakan pelik boleh bg pulangan tetap lebih 30% pulangan stiap tahun… ceti along pun xtinggi mcm tu… mcm skim cepat kaya pun ada… tp terpulang la… mohon boleh… tp klu ada ‘saka’ nya… sendiri mahu imgat la… ramai dah terkena ‘saka’ BR1M.

Reply

Mohd Isa February 16, 2012 at 2:26 pm

itu tak pastilah pula, apa yg aku tahu siapa yang memohon memang kena buat pinjaman. tak boleh pakai modal sendiri. :)

Reply

psychronix February 20, 2012 at 10:50 am

kenapa yang bujagn tak boleh apply??..kenapa tak diberitahu atau diwar2 kan sebelum ni??…nak buat..buat arr betul2…..jangan kelirukan rakyattt….apa arr korang ni……dah hantar borang dah buat semua salinan dokumen..tiba dapat call…’maaf encik..orang bujang tak boleh apply’….ape kes?….lain kali orang bank yang edarkan borang tu tanya arr lebih dulu..n rasanya dalam syarat kelayakkan pun tak ada tulis yang orang bujang tak boleh apply…..

Reply

Mohd Isa February 21, 2012 at 6:09 pm

itulah, tak pastilah plak. mcm aku memang takleh apply…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak