Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan

by on July 23, 2010

Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan

Siapa yang tak pernah pergi pantai? Sila angkat tangan, aku ada tawaran buat korang semua. Aku akan bawa korang bersiar-siar di tepian pantai sekitar Perlis dengan penuh keindahan ciptaan tuhan yang maha Esa sambil menikmati ABC dan laksa Perlis. Nikmatnya.

Aku amat bersyukur dengan ciptaan tuhan yang maha Esa, menyediakan tempat untuk aku menenangkan fikiran dikala menghadapi pelbagai masalah dan dugaan yang datang secara tiba-tiba tanpa dijangka. Tetapi kita sebagai seorang insan haruslah menerima segala dugaan daripadaNya. Kerana Ia tidak akan menduga kita jika kita mampu menghadapinya.

20 Julai bersamaan hari Selasa, setelah pulang daripada menghadiri MSC Job Camp yang akan tamat pada 11 Ogos nanti. Aku dipanggil untuk menghabiskan masa di tepi pantai Seberang Ramai, Kuala Perlis. Dengan keindahan pantai ciptaan tuhan, dapat juga aku menenangkan fikiran yang serabut dengan ditemani oleh Sun dan Naz. Sayangnya Allah kepada umatnya, begitulah juga rasa sayang aku kepada Allah.

Melihat matahari terbenam di tepian pantai memang agak mengujakan, cantiknya ciptaan tuhan. Subhanallah, itulah yang terdetik di hati aku ketika melihat saat-saat kebesaranNya. Jom kita lihat gambar yang sempat dirakam oleh photographer amatur kita dengan DSLRnya cik Naz. Sempat juga aku bermain-main dengan DSLRnya, nak beli tak mampu lagi. :)

Serpihan cengkerang di tepian pantai

Serpihan cengkerang di tepian pantai


Ikan belacak sedang bermain-main

Ikan belacak sedang bermain-main


Coretan di pasir adalah wajib!

Coretan di pasir adalah wajib!


Terbenamnya matahari terbitnya bulan

Terbenamnya matahari terbitnya bulan


Pelangi di sawah padi

Pelangi di sawah padi


Indahnya Perlis

Indahnya Perlis


Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak bolehlah taruk banyak-banyak. Karang korang komen plak blog aku loading so slow. Kalau nak tengok lagi keindahan ciptaan tuhan, nanti aku uploadkan di dalam Facebook aku. Terima kasih Naz. :)

ADVERTISEMENT

{ 13 comments… read them below or add one }

wazy July 23, 2010 at 12:03 pm

Wah cantik pantai tu,aku pun nak tenangkan fikiran jugak ni,huhu lom confirm nak ke pantai mana
wazy recently posted..Apabila Bos Sengal…

Reply

Mohd Isa July 23, 2010 at 2:18 pm

apa lagi bro, pilihlah pantai yang berhampiran. :)

Reply

nazra July 23, 2010 at 12:10 pm

chantek nya. Naz belum pernah sampai ke kuala perlis. sampai pn ke felda (lupa dh nama nya…hehe) ja :D

*eh..pergi dgn Naz yg mana :P
nazra recently posted..Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat-Meriam Kabait!

Reply

Mohd Isa July 23, 2010 at 2:30 pm

felda mana yerk? naz comel…hehe

Reply

sazuwi July 23, 2010 at 3:50 pm

mmg terbaik lepak2 tepi pantai nie..
klu otak berserabut mmg pantai PD gak aku pegi..

ps:cantik shoot gambar…
sazuwi recently posted..Selamat Datang UFO

Reply

Mohd Isa July 23, 2010 at 4:05 pm

itulah pasal
kadang2 aku lepak sorang jerk

cantekkan, bukan aku yg shot pun..hehe

Reply

x-po July 24, 2010 at 8:24 pm

rindu plak kat kuala perlis..tpt dating dgn si ex dlu..hihihi

Reply

mohdisa July 24, 2010 at 10:13 pm

tak abis2 pasal ex lagi yerk. syg lagi ko kat dia yerk.

Reply

..ein.. July 25, 2010 at 7:10 pm

rindu kan pantai!!!! lama dh x pegi lepak kat pantai tgk matahari terbenam sambil cari kepah dlm pasir…ntah bila la dpt pegi lepak kat pantai lagi..lbh2 lg dh busy dgn kerja….

*nnt klo pegi pantai, smpai salam ein pada pantai n ombak ye….keh3*

Reply

Mohd Isa July 25, 2010 at 8:55 pm

haha, tak leh g selalu. nnt jemu. hehe

Reply

nina February 15, 2011 at 3:37 pm

seronok yer lau dapt mlihat kindahan allah y d berikan kpd umat yer.
memg tringin sgt nk g tmpt2 cm 2 tp x lg ksmpaian..x de y nk teman..

Reply

Mohd Isa February 16, 2011 at 12:16 pm

memang seronok, tenang jerk. kalau nak ketenangan tak perlu orang teman kot. :)

Reply

iqah December 5, 2011 at 1:17 pm

indahnye ciptaan Allah…selagi ada mata utk memandang, pandanglah keindahan yang tidak akn indah selamanya…sememangnya kita dilahirkan utk melihat sesuatu yg indah2 belaka…anyway… lau pantai itu indah, indah lg senyuman seorg wanita yang solehah…..renung-renung kan lah….salam

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak