Kata Kunci Merupakan Perkara Terpenting Dalam SEO

by on August 8, 2010

Kata Kunci Merupakan Perkara Terpenting Dalam SEO

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam 1Malaysia dan salam kemerdekaan, sudah agak lama saya tidak menulis mengenai SEO. Seperti yang saya janjikan kepada yang ingin belajar mengenai ilmu SEO dan ingin mengetahui apa itu SEO dengan lebih mendalam. Saya kongsikan entri seterusnya mengenai SEO iaitu kata kunci merupakan perkara terpenting dalam SEO.

Kata kunci merupakan elemen terpenting dalam SEO untuk semua Agen Carian. Ini kerana Agen Carian bergantung kepada frasa carian (string) semasa proses carian dijalanakan. Mungkin ia kelihatan mudah tetapi kita haruslah mempelajarinya dengan sangat mendalam untuk memilih dan menggunakan kata kunci dengan lebih baik. Beberapa kajian atau percubaan perlu dilakukan agar pemilihan kata kunci yang tepat dan betul digunakan selain kita mengoptimumkan penggunaannya.

Pemilihan Kata Kunci Yang Tepat Untuk Dioptimumkan

Beberapa puluh tahun yang lepas, satu laman web boleh berada di kedudukan yang tertinggi hanya menggunakan satu perkataan untuk kata kunci. Sekarang, dunia internet telah dilambakkan dengan ribuan laman web setiap hari menjadikan ketumpatan untuk kata kunci semakin meningkat. Jadi penggunakan dua atau tiga untuk kata kunci adalah lebih relevan.

Anda boleh lakukan sedikit eksperimen atau percubaan menggunakan kata kunci solo yang mana ianya teramat mudah untuk berada di tahap tertinggi (top 10) untuk seminggu. Tetapi akan jatuh dengan mudahnya ke tangga ke 30 atau 50 selepas seminggu kerana persaingan yang besar dari laman web yang lain yang telah menggantikan tempat laman web anda.

Jadi untuk mengatasinya, cuba masukkan beberapa frasa gabungan kata kunci untuk tags sebagai sandaran kepada kata kunci solo untuk meraih kedudukan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, katakan kata kunci pilihan anda adalah “web“, hasilkan beberapa variasi tambahan seperti “web 2.0“, “web teknologi” dan “pembangunan laman web“. Contoh ini bukanlah perkara penting untuk pengoptimuman agen carian tetapi langkah ini meluaskan skop dan idea mengenai “web”.

Oleh yang demikian, anda perlulah bijak menentukan sesebuah kata kunci yang ingin anda sampaikan dalam setiap entri anda. Pelbagaikan frasa gabungan kata kunci untuk tags, meletakkan tags yang banyak dengan frasa gabungan kata kunci juga adalah amat digalakkan.

Nota Kunci: Untuk mengetahui lebih apa kepentingan kata kunci dalam SEO, jangan lupa melanggan Blog Mohd Isa melalui email dengan memasukkan email anda di ruangan sidebar yang telah disediakan. Terima kasih.

Kredit: Kripkorn Studios

ADVERTISEMENT

{ 59 comments… read them below or add one }

Azuan August 8, 2010 at 3:10 pm

wah.. penerangan panjang lebar dr bro.. bagus2..
Azuan recently posted..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 3:15 pm

ada lagi sambungan dia, pasal skop, kata kunci sandaran dan macam-macam lagi. rugi kalau letak dalam satu entri jerk. letih nak baca nanti. hehe

Reply

Azuan August 8, 2010 at 3:35 pm

hehe.. betul gak bro.. nnti ada byk lg yg boleh diupdate kt blog tu..
Azuan recently posted..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 3:48 pm

tahu takpa, takda la orang penat nak membaca. strategi tu penting. buat entri yang berkait dan bersambung juga mampu menarik minat orang untuk melanggan blog kita dan bonusnya kita dapat trafik masuk. :)

Reply

Azuan August 8, 2010 at 4:09 pm

a’ah bro.. google pun suka ada link yg berkaitan..
Azuan recently posted..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Mohd Isa August 8, 2010 at 4:16 pm

tahu takpa, itu yang aku sedang usahakan. kadang2 aku terlupa gak nak buat benda tu. hehe, macam amanz rajin la. :)

Reply

GreenLava August 8, 2010 at 4:43 pm

Nak bersaing solo keyword memang tak dapat sebab ia dah dibolot oleh high PR website spt Wkipedia etc. Jadi kita kena bijak membentuk log tail keyword kita sendiri.
Petua yang saya pakai -lebih baik tersenarai sekali sekala di mukasurat 1 SERP (search engine results page) daripada kerap tersenarai tapi di mukasurat 10.
GreenLava recently posted..Targeting specific pages with conditional tag

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 5:12 pm

betul tu, tapi sekarang ni susah nak jumpa orang yang mencari single keywords. better letak keyword yang berfrasa lagi bagus.

betul2, tersenarai itu satu bonus dari tak tersenarai lansung. :)

Reply

zik August 8, 2010 at 6:02 pm

kata kunci yang selalu orang cari susah jugakla nak bersaing…
zik recently posted..Selamat menyambut bulan ramadhan

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 6:48 pm

tahu takpa, tapi nak buat macam mana. still kena bersaingkan. :)

Reply

Azizwan August 8, 2010 at 11:19 pm

saya mesti follow :)

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 11:38 pm

haha, bak secawan. hehe

Reply

Luth Textile August 9, 2010 at 12:26 am

huhuhuhu panjangnaya… penerangan yang padat..
good.. nice..
Luth Textile recently posted..Sesungguhnya- setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 2:43 am

haha, ni baru skit bro. banyak lagi ni. :) thanks

Reply

mancai August 9, 2010 at 2:35 am

padat dan tepat terima kasih banyak2 sangat

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 2:45 am

sama-sama, semoga dengan info yang diberikan dapat membantu para blogger semua. :)

Reply

arynet August 9, 2010 at 7:59 am

wah, menarik! ringkas dan padat. baru ingat nak tulis pasal ni. rupanya dah ditulis. hehe..

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:23 pm

aku pun masih dalam proses nak memahaminya dengan lebih mendalam. bro tulis sahaja, mana tahu kita mempunyai pengetahuan yang berbeza. :)

Reply

Syafrizal August 9, 2010 at 12:11 pm

memang keywords sgt penting…
jadi pandai2 la bereksperimen ye hehe…
post2 lama tu tetap orang berkunjung jugak macam kat blog aku :)
Syafrizal recently posted..Produk terbaru HPA berada di pasaran

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:29 pm

betul2
tgh bermain-main dengan keywords
tapi yang ruginya post aku yang lama
terkorban di hosting lama
rugi2.

Reply

Syafrizal August 9, 2010 at 8:31 pm

nak buat camne.. kena jadi pengajaran la
aku tiap2 minggu buat backup

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:48 pm

samalah aku pun
tiap2 minggu backup aku masuk email
tapi aku tak reti la plak nak guna backup tu
macam mana ye?

Reply

Syafrizal August 9, 2010 at 8:52 pm

setengah webhost boleh kita uploadkan database kita dalam bentuk compressed file.. tu pasal kita dpat dalam bentuk camtu… kalau tak kena extract balik
Syafrizal recently posted..Produk terbaru HPA berada di pasaran

Mohd Isa August 9, 2010 at 9:32 pm

untuk localhost macam mana plak? hehe

Reply

yanmie August 10, 2010 at 8:25 am

buat aje mcm syafrizal tu..senang dan mudah, x sampai berminit2 nk backup :)

yan biasa tiap kali ada entry baru akan backup :) sayang woo klu hilang, entry pun 1K++ dh bnyknye :)

yonna August 9, 2010 at 5:00 pm

yaaaa! keyword plg penting. hoho. prefect explanation,bro! senang nak faham compare sesetengah tu,.. ayat dia,pitam nak baca T___T dah la guna term2 canggih kan hehe
yonna recently posted..Left or Right

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:39 pm

haha, tahu takpa. kata kunci adalah segala-galanya. yeke, yang ini mudah lagi kot. byk lagi part yang perlu di ketahui. nantikan entri seterusnya. kita guna term2 yang paling simple. insyaAllah. :)

Reply

denaihati August 9, 2010 at 6:44 pm

Memang aku setuju sangat dengan tips seo ni
denaihati recently posted..Waktu Imsak dan Berbuka puasa 1Malaysia

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:42 pm

terima kasih bro…hope dapat backlink dari bro lagi. hehe

Reply

Nizam6281 August 9, 2010 at 8:12 pm

Dulu penah terpikir untuk kejar SEO yang tinggi
Tapi lama2 macam niat berbloggin kerana minat makin pudar
Last2 lupakan hasrat nak kejar trafik
Cuma berblogging kerana minat dan sharing kepada pembaca :)
Nizam6281 recently posted..JOM SINGGAH KE RESTORAN LONTONG KLANG

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 8:44 pm

betul tu, niat kita adalah untuk berkongsi
tapi kalau apa yang kita kongsikan tidak ada yang menerima bagaimana pula
betul tak?
jadi, bagi aku. aku kongsikan apa yang patut dan memudahkan apa yang kita kongsikan untuk di cari.
barulah itu dikira perkongsian yang betul
:)

Reply

the Success Ladder August 10, 2010 at 12:49 am

Thank you very much for sharing this. I have subscribed to your RSS feed. Please keep up the good work.

Reply

yanmie August 10, 2010 at 8:27 am

yes i like this entry…ekeke :)
dah amalkan lama..dan hasilnya sangat memberangsangkan :P

Reply

Mohd Isa August 10, 2010 at 9:29 pm

memang tahu pun, ada caranya lagi yan.
kalau yan perasan la.
setiap keyword yg org guna
pasti ada di setiap perenggan.
:)

Reply

ray ban August 10, 2010 at 9:55 pm

perkongsian yang menarik

Reply

Mohd Isa August 10, 2010 at 10:57 pm

thanks bro. :)

Reply

naz August 11, 2010 at 9:57 pm

nice tips bro, mmg blogger tempatan refer mohdisa utk ilmu local seo ni. :)
naz recently posted..Mencari Backlink Dan Trafik Seperti Seorang Ninja

Reply

Mohd Isa August 12, 2010 at 4:23 am

thanks bro, mudah-mudahan apa yang aku kongsikan ni dapat dimanfaatkan oleh blogger kita.

psst…macam mana dengan projek kita? nak go on ke idak…kalau tak aku nak minta kebenaran dari ko, aku nak mempelbagaikan projek kita. mcm blogging tips dan thesis tutorial. aku tgk dah byk blogger kita gunakan thesis ni. :)

Reply

wazy August 15, 2010 at 12:40 pm

wahh terbaik tiips ni
thanks bro sebab sudi berkongsi
wazy recently posted..Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 12:38 am

sama-sama
semoga perkongsian ini dapat membantu blogger malaysia semua. :)

Reply

mrnamie August 15, 2010 at 12:42 pm

terima kasih untuk ilmu ni bro… saya masih baru belajar dalam bidang SEO ni…
mrnamie recently posted..Tutorial- Aplikasi menguruskan akaun twitter

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 12:40 am

sama-sama, aku pun masih dalam pembelajaran…berkongsi apa yang aku perolehi utk dimanfaatkan bersama.

Reply

syahrilhafiz August 15, 2010 at 7:59 pm

kiranya ini tag pun dikira sekali la…
asal kan tag tu kena dengan title kita
tak gitu???
sknk tgh cari ilmu sedut SEO..hehe
syahrilhafiz recently posted..Kebuntuan Melanda Si Pingu

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 12:45 am

yurp, better masukkan title dalam meta tag sekali…
tag pula dipenuhi dengan frasa dari keyword.
faham tak? hehe

Reply

syahrilhafiz August 19, 2010 at 7:10 pm

ouuchhhh…
i c..
thank kongsi…
makin buka mata sknk ttg SEO ni…
tapi itulah makan masa jugk…
tak pe2 slow2…bro kn ada..haha
syahrilhafiz recently posted..Aku Bukan Anti-Windows

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 10:10 pm

betul tu, setiap perkara memerlukan masa bukan
lagi pun ilmu seo ini meluas
jadi perlu mengambil masa yang panjang untuk difahami
banyakkan bereksperimen dengan keyword
nanti mantaplah
:)

Reply

ishak August 20, 2010 at 4:50 pm

cabaran tu bro..aku selalu guna adword keyword tool kalau nak buat entri yang dapat traffic seo
ishak recently posted..Konflik antara amerika dan kumpulan hujan

Reply

Mohd Isa August 20, 2010 at 7:13 pm

aku tak pernah guna lagi tool tu…nak kena cuba gak ni…susah tak?

Reply

Amry December 12, 2010 at 9:55 pm

tapi ada yang aku tak paham bab keyword ni. contoh aku buat tentang kereta proton. aku letak “kereta protona” sebagai keyword. macam ko kata kat atas, gunakan phrase yang relevan. kalau aku letak “jual beli kereta” macam mana plak tu sedangkan dalam entry aku tak der pon tentang jual beli kereta ni?

Reply

Mohd Isa December 22, 2010 at 10:07 pm

boleh je guna frasa tu. keyword ko “kereta proton” itu main. so ko boleh pelbagaikan keyword tu walaupun ia tidak berkaitan tetapi masih tertumpu pada keyword asal ko. tak salah, jji mampu menarik UV. hehe, itu main dia. :)

Reply

Amry December 23, 2010 at 11:02 am

ooo…paham paham. thanx. lama bercuti bro. orang kampung sihat ker? hehe

Reply

Mohd Isa December 23, 2010 at 11:33 am

kalau ada masalah tanya jerk, aku pun dah lama tak menulis pasal SEO ni. boleh praktikan balik, orang kampung sihat jerk. mak aku jerk kurang sihat. :(

Reply

Amry December 23, 2010 at 11:38 am

ooo…banyak-banyak sabar k. moga mak ko cepat sembuh

slimdiet2 February 10, 2011 at 3:14 pm

aku tak reti guna adword keywor tool. aku cuma cari keyword yang orang selalu cari je. alhamdulillah dapat gak first page
slimdiet2 recently posted..Cabutan bertuah

Reply

Mohd Isa February 14, 2011 at 3:53 am

kalau pandai guna lagi senang kot bro, tambah plak kalau adsense di blog kita. memang sesuai sgtlah pakai adword keyword tool tu.

Reply

paan March 22, 2011 at 12:10 pm

macamana nak tau ape keyword femes sekarang? da lama blogging, still xdpt jawapan die.. huhu..
paan recently posted..Google Before You Tweet Is The New Think Before You Speak

Reply

Mohd Isa March 23, 2011 at 1:47 am

kalau ikut keyword semasa, better rujuk berita semasa atau hiburan semasa. itu untuk keyword semasa, kalau keyword untuk jangka masa panjang. sila guna keyword tools di google adwords. cuba masukkan keyword dan bandingkan global monthly search dan local search…kalau permintaan byk…itulah keyword terbaik. tp kena tengok pesaing gak. :)

Reply

Beaty May 11, 2011 at 11:29 am

Beaty buta SEO..tidak tahu akan benda ni…namun akan berusaha lebih lagi untuk faham semua ini
Beaty recently posted..Cheryl sah isteri orang!

Reply

Mohd Isa August 10, 2010 at 9:27 pm

pergh yan, sampai 1k, hebat tu.
orang gak merana, mana idaknya.
database dari hosting lama tak penah dapat pun
sedih jerk.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 7 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak