Keselamatan Terjamin Bersama Kaspersky Internet Security 2011

by on January 8, 2011

Kaspersky Internet Security 2011

Dunia sekarang semakin pesat dengan pembangunan teknologi yang sungguh meluas, begitu juga dalam bidang pengkomputeran yang sudah berkembang pesat. Dunia tanpa sempadan, itulah ungkapan yang sering kita dengar. Pelajar sekolah rendah juga sudah pandai bermain Facebook bukan.

Itulah kuasa teknologi sekarang, di mana-mana sahaja kita mampu bersosial. Asalkan ada komputer dan internet, ia sudah mencukupi untuk kita bersosial bersama rakan-rakan yang lain. Tidak kira di Twitter, Facebook, blog dan sebagainya. Tambahan pula, hampir semua kerja harian kita menggunakan komputer dan internet. Tidak kira kerja di pejabat ataupun rumah, ia seolah-olah sesuatu keperluan dalam kehidupan ini.

Tetapi adakah anda pasti akan keselematan komputer anda untuk memasuki semua laman tersebut dan membuat sebarang kerja tanpa gangguan daripada virus? Kini tidak lagi jika anda menggunakan Kaspersky Internet Security 2011, ia dijamin dapat membantu anda untuk mencegah segala virus, trojan dan worm yang cuba merosakan komputer anda.

Kali ini saya berpeluang mencuba Kaspersky Internet Security 2011, ternyata ia amat memberangsangkan dengan sistem kawalan dan antaramuka yang menarik minat saya untuk menggunakannya. Kini saya tidak perlu risau dengan akan keselamatan notebook saya baik ketika online ataupun offline. Sistem update secara automatik juga membantu untuk melindungi notebook saya dari serangan virus, trojan dan worn yang sentiasa di’update setiap hari.

Antara sifat-sifat utama dan kelebihan Kaspersky Internet Security 2011 adalah:

    Real-time on KIS 2011 

  1. Perlindungan proaktif masa nyata (real-time) menentang semua acaman-ancaman internet dipertingkatkan.Mencegah semua jenis malware terkenal dan tidak dikenali dari menjangkiti komputer anda.

    Safe Run Mode on KIS 2011

  2. Ciri Safe Surf baru untuk sekuriti dalam talian tanpa saingan. New!Dengan Safe Surf anda tidak akan didedahkan kepada laman-laman web berbahaya atau menyakitkan hati. Pangkalan data tetap mengemaskinikan dari Kaspersky Lab bererti Safe Surf itu secara automatik akan blok laman-laman web tidak menyenangkan ketika ia kelihatan. Anda hanya perlu ON Safe Surf.
  3. Perlindungan untuk identiti digital anda pada sepanjang masa dipertingkatkan.Perlindungan Smart anti-phishing dan Virtual Keyboard menyimpan identiti digital anda benar-benar terjamin apabila anda menjalankan aktiviti membeli-belah, perbankan atau menggunakan rangkaian sosial dalam talian.
  4. Feature-rich dan Parental Control efektif dipertingkatkan.Ciri-ciri Parental Control yang baru boleh menghalang, menghadkan dan merekodkan permohonan-permohonan dan akses sesawang, jadi anda boleh memantau anak-anak anda dan kekal selamat dalam talian.
  5. Kawalan aplikasi mencegah perisian berbahaya dari membahayakan sistem anda dipertingkatkan.Setiap program hanya dibenarkan dan dicapai untuk sistem berdasarkan satu automatik penilaian risiko menggunakan Kaspersky Lab dalam pangkalan data keselamatan awan.
  6. Teknologi System Watcher. New!Teknologi System Watcher canggih mengawasi dan menganalisis setiap aktiviti sistem untuk dikesan dengan tepat mana-mana aktiviti yang berbahaya. Jika satu ancaman berlaku, pengguna boleh mengundurkan mana-mana aktiviti program berniat jahat.
  7. Mod Safe Run unik untuk aplikasi & laman-laman web dipertingkatkan.Mod Safe Run membenarkan anda menjalakan aplikasi dan melayari laman-laman web yang mencurigakan di mana ia tidak boleh merosakkan sistem anda.

    Tools on KIS 2011

  8. Tools istimewa disediakan untuk memperbaiki sistem kompleks yang rosak dipertingkatkan.CD pemasangan juga boleh digunakan sebagai cakera penyelamatan bootable (bootable rescue disk) untuk membantu anda memulihkan sistem ketika anda memerlukan. Jika anda telah muat turun produk Kaspersky Lab anda anda boleh mewujudkan Rescue Disk anda sendiri dengan menggunakan tools yang disediakan.

    Easy Access Dektop Gadget KIS 2011Easy Access Desktop Gadget

  9. Gajet Easy-Access Desktop. New!

    Memeriksa status perlindungan komputer anda dan memudahkan anda untuk mengakses pilihan (setting) dengan cepat sekali.

Terdapat pelbagai lagi kelebihan yang anda bakal perolehi dengan Kaspersky Internet Security 2011 yang anda boleh lihat di sini. Sepanjang saya menggunakan Kaspersky Internet Security 2011 ini, memang banyak kelebihan yang ada padanya. Sistem saya dapat berjalan dengan lancar dan saya boleh melayari pelbagai laman web tanpa gangguan.

Kaspersky Internet Security 2011 – RM35 1user/1year – RM69 3user/1year

Info Tambahan

Smart Installer Mode

  • If the product has detected an error during install:
    The user will be informed of the potential infection and AVPTool download utility will be offered.
  • If the product detected previous home version key (for intance KAV found KIS):
    The product will suggest an alternative code to be installed or convert functionality on the fly (KIS <> KAV)
  • Single downloadable executable installer for both x32 and x64 bit versions.

Kaspersky Gadget

  • Allows product launch if not started already
  • Quick access to the program’s main window
  • Launch On Demand Task for selected object (file, folder, registry), which dragable onto the gadget itself
  • Read Kaspersky Labs news via news agent (linked syndications)
  • Access to Safe Desktop

Parental Control — new features

  • Game Control (age rating)
  • P2P Control usage
  • Email Control usage
  • Social Networking Control
  • Credit Card payment processor sites

Enhanced Rescue Disk

  • The product will verify the image consistency
  • Automatic signature update, if not actual
  • Support for CD/DVD via built in interface
  • Support for bootable USB flash card
  • The product now desinfects startup entries, registry, ini files, not only files

Green Zone

  • Safe Desktop (alternative mode for all secure user operations)
  • Internet Zone (Red = KL reputation dangerous, Gray = No information or not enough data, Green = Safe resource)
  • Geo Security (Block resources located in certain geographical areas if the user deems that visiting them is not needed)
  • Sandbox v2.0 (will now separate browsers from other programs)

Malware Search

  • Idle Scan (is launched when certain criterion are met and the computer is iddle – launch of resource demanding tasks such as updater, rootkit scanner, system area scan, when the user is not present)

System Watcher

  • Collects and saves events from different product subsystems and helps perform analysis for suspicious activities.
  • Alerts the user by providing the information needed to make an informed decisiom (interactive mode of operations)

Misc Items

  • The product will support and differentiate non-latin symbols in URLs

Dapatkan Kaspersky Internet Security 2011 sekarang juga dengan harga murah dan berpatutan. RM35 untuk satu pengguna setahun dan RM69 untuk tiga pengguna setahun. Murah bukan? Apa tunggu lagi, tempah sekarang juga! Rasai keselamatan bersama Kaspersky Internet Security 2011.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

ADVERTISEMENT

{ 69 comments… read them below or add one }

Eizil January 8, 2011 at 7:50 am

Setakat ni aku masih selesa menggunakan Eset Smart Security, ngan karsperky dah serik dah, dulu waktu tahun 2005/2006 camtuh, aku beli karsperky nyer AV, tapi bila dah lepas install, system corrupt, nasib baik lerh minta refund waktu tuh, pastuh dah tak pernah sentuh karsperky.
Eizil recently posted..Pakej hosting bersama domain percuma

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:26 am

waktu tu pun aku pernah pakai kaspersky, memang teruk. system aku tetiba jadi tak betul, terus aku pakai avg. maklumlah, waktu avg top. lepas tu aku pakai avira, sblm ni aku pakai mse. sekarang aku cuba kis plak, wat masa sekarang ok lagilah. :)

Reply

mancai January 8, 2011 at 9:17 am

huhuhu.. antara kelebihan yang aku tau bila full scan tak menggangagu penggunaan.. itu yang buat ianya selesa..kelemahan kalau letak antivirus lain pasti ada masalah file korap…

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:27 am

betul tu, aku ada gak cuba run full scan. lepas tu wat keje lain, takda gangguan. selesa gitu, tp itulah. bila dah pakai kaspersky, tak boleh pakai av lain. macam nuffnang la plak. haha

Reply

syahrilhafiz January 8, 2011 at 10:06 am

uh ni berat nampak gaya..
better pakai je avira..ngeh3
syahrilhafiz recently posted..Icon Faenza di Fedora KDE

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:28 am

tak beratlah bro, aku pakai ok jerk. penggunaan ram dalam 5kb ke bawah. ringan jerk. :)

Reply

Kreuger January 8, 2011 at 10:41 am

aku dah pakai. memang best. 3 tahun lisence. hahaha.. dari mana dapat? jangan tanye. aku ade 2 mode… workstation dan server. series memudahkan kerja aku. lol~
Kreuger recently posted..Saya perlu banyak lagi belajar

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:30 am

haha, aku baru nak start pakai. dari mana aku dapat? fikir2kanlah, hehe. pergh, lagi mantap. pakai dua mode terus. ko beli mana?

Reply

haru January 8, 2011 at 11:11 am

aku dlm perkiraan nk tukar kaspersky nie…yg free cam hampeh je..hahaha..

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:31 am

pakailah bro, klu nak. aku boleh dapatkan. :)

Reply

zoul January 8, 2011 at 11:16 am

Aku pun guna Kaspersky bro.. hi hi

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:31 am

ko guna dah lama ke? macam mana performance? ok tak?

Reply

RedBoys January 8, 2011 at 12:08 pm

nampak ciri-cirinya sangat bagus. melindungi betul lappy kita.terbaik
RedBoys recently posted..Bicara Contest

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:32 am

yurp bro, memang aku rasa yg ni terbaik. maklumlah, first time aku guna yg premium ni. sll pkai free jerk. haha

Reply

Ali ridha January 8, 2011 at 12:10 pm

buat masa sekarang ni…aku
sentiasa selamat guna
Linux mint 10 Julia.
cun tau awek om puteh ni.hihi…
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:34 am

hoho, linux tak payah pakai av pun takpa. tp kalau kat windows memang wajib pakailah. cam best je distro tu. hoho, nak kena cubalah nnt. hehe

Reply

Ali ridha January 8, 2011 at 12:13 pm

harga lesen tu
kasi la murah.
mana nak tahu
windows 8
tak boleh digodam.hehe….

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:34 am

haha, tu ko kena tya tukang jual. aku tukang review jerk. hehe

Reply

Ali ridha January 9, 2011 at 11:30 am

si penjual tu cina.pernah aku cuba.punya banyak alasan.geram aku.sekarang dok layan linux mint 10 je.
Ali ridha recently posted..Blogger 2008 dalam kenangan

Reply

Mohd Isa January 10, 2011 at 7:47 am

haha, cina. biasalah, mestilah dia nak bg byk alasan. aku pun nak layan linux mint 10 lah nnt. nak kena suruh member aku download lu. hehe

Reply

azizan4444 January 8, 2011 at 12:50 pm

dulu aku peminat kaspersky..tp da sthn laptop aku bebas dr av ni.gler dahsyat x pakai av trs.haha
azizan4444 recently posted..Salahkah Aku

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:36 am

haha, gila mantap. byk gak otai2 tak pakai av. kira ko ni kategori otai gak la. hehe

Reply

deCrewz January 8, 2011 at 4:59 pm

Jai guan avira.. Da xpired.. Skrg no sukuriti..he3
deCrewz recently posted..Penipuan Shoutbox!!

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:36 am

hoho, avira berbayar yerk? bahaya tu jai, kang tak pasal2 komputer ko diserang selsema burung. hehe

Reply

deCrewz January 11, 2011 at 12:57 am

Jai x taulah sekarang nak guna yg mna? Mna yang terbaik yer? Kaspersky ni ok x? Ngat macam nak try… Sbnrnya dah lama xpired.. Takut jugak kena kuma2 pc jai ni..
deCrewz recently posted..Facebook Ditutup Sebab Kena Hack

Reply

Mohd Isa January 12, 2011 at 3:08 pm

kalau nak gukakan yang free, aku suggest gunakan Microsoft Security Essentials (MSE). kalau yang berbayar, memang aku suggest guna Kaspersky la. sbb rata-rata pengguna byk memilih Kaspersky sekarang ni.

Reply

eiela January 8, 2011 at 5:32 pm

saya pun guna kaspersky nih jugak. memang bagus dan laju je dia scan.
eiela recently posted..Pameran Coklat 2011 – Jom Makan Coklat

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:38 am

yurp, memang diakui. full scan tanpa gangguan, antara ciri-ciri terbaik kaspersky sekarang. :)

Reply

madlut January 8, 2011 at 6:28 pm

aku pun pengguna setia kaspersky nie, pendek kata, agak berkesan, sepanjanang aku guna, takde masalah serangan virus :)

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:39 am

wah, pengguna setia. terbaiklah bro, aku dah banyak kot pakai macam2 av. skg baru pakai kaspersky, memang terbaiklah. :)

Reply

akubiomed January 8, 2011 at 8:33 pm

Baru renew license tapi masih di version 2010. So far so good pakai genunie KAV :-)
akubiomed recently posted..Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:41 am

kalau renew license untuk version baru boleh tak bro? kira install version baru, lepas tu guna license baru tu.

Reply

akubiomed January 9, 2011 at 10:02 am

Terima kasih kerana memperingatkan saya untuk upgrade ver 2011. Saya baru sahaja upgrade dengan activate guna license baru :-)
akubiomed recently posted..Blog AkuBiomed dimakan ular Nuffnang

Reply

Mohd Isa January 10, 2011 at 7:42 am

Sama-sama, saya pun tak pernah upgrade lagi. Pertama kali guna Kaspersky. Kalau nak upgrade kena tunggu tahun depan pula, kira boleh upgrade version teruskan bila renew license?

Reply

akubiomed January 10, 2011 at 11:31 am

Boleh update tanpa tunggu tahun depan atau license expired.
Step:
-Download latest version
-Un-install old version tapi pilih option keep license and old setting jangan pilih full un-install
-Install latest version
-Follow instruction
akubiomed recently posted..Penama untuk blog

Mohd Isa January 12, 2011 at 2:50 pm

oh, begitu. terima kasih bro, anyway. saya ada satu soalan, jika kita terpaksa format komputer atau laptop kita. adakah license key kita tidak dapat digunakan lagi?

Reply

akubiomed January 12, 2011 at 3:34 pm

Saya tidak pasti mengenai license key boleh digunakan selepas format.

Mungkin boleh e-mail ticket ke KAV untuk bantuan tentu mereka dapat membantu
akubiomed recently posted..Smartphone BlackBerry tidak haram

Mohd Isa January 12, 2011 at 3:53 pm

tak pernah cuba lagi, takut pun ada jika ada masalah secara tiba2 kena format ke. nanti kena search kat forum ni. :)

Reply

laili March 13, 2012 at 8:31 pm

saya dah kena.lepas format laptop saya nak istall key KIS2012 terus tak dapat.katanya dah detect pernah diguna.

masalah ni tak ada la pulak masa saya guna key masa guna KIS2011..

ni tengah stress.baru guna tiga hari je key tu..

ira January 8, 2011 at 9:14 pm

Kaspersky memang best..protection antara yang terbaik..
-jom sertai contest dan menangi Kaspersky-
ira recently posted..Kaspersky Antivirus &amp Topup PERCUMA dari LensaDanFoto

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:42 am

eh, ira. lama tak nampak. mana menghilang? tahu, cik ira kita memang pengguna tegar kaspersky. :)

Reply

Amry January 9, 2011 at 12:12 am

aku tak pakai antivirus apa-apa pon lagi kat komp aku, maklumah,kuarang sikit bab2 komputer ni…thnx untuk perkomgsian ni…hmm macam orang mengantuk disorongkan bantal :)

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:43 am

ganas betul ko ni, tak pakai av. ko pakai windows ke linux? hehe

Reply

Amry January 9, 2011 at 9:23 pm

hehehe….ni bukan ganas der….tapi berani mati. hahaha…aku pakai window
Amry recently posted..Adakah Niche Blog Masih Relevan

Reply

Mohd Isa January 10, 2011 at 7:49 am

hoho, memang berani matilah tu. kena godam baru tau. menyesal tak sudah. haha

Reply

sobrimansor January 9, 2011 at 12:16 am

Aku juga pengguna setia KIS nih. tengah mencari activation code yang murah untuk 2011 yang 3 licence….hehehe
sobrimansor recently posted..SobriMansorcom &124 Forum SyOkNyEr Blogging

Reply

Mohd Isa January 9, 2011 at 6:45 am

cari bro, jgn tak cari. rugi kalau tak gunakan terus. :)

Reply

Azuan January 9, 2011 at 8:20 pm

Aku pakai KIS 2011 gak.. mmg best.. tapi aku beli murah jer.. rm23 jer utk satu pengguna, dijamin utk setahun.. :)
Azuan recently posted..Berita Sukan Terkini SEO Contest

Reply

Mohd Isa January 10, 2011 at 7:50 am

hoho, oklah tu. aku ada kaki lagi murah. RM20, aku tgh adjust nak wat rakan kongsi. hehe

Reply

Azuan January 10, 2011 at 12:59 pm

Oh.. sebelum ni pun mmg dpt rm20 jer.. tp dgr kata harga tu update baru, maybe naik harga kot..
Azuan recently posted..Berita Sukan Terkini SEO Contest

Reply

Mohd Isa January 12, 2011 at 2:52 pm

ops, aku salah pandang pula. rm20 untuk KAV bukan KIS. kira harga ko dapat lagi murahlah, ko dapat kat mana yerk? hehe

Reply

Azuan January 13, 2011 at 2:59 am

A’ah.. harga standard utk KAV mmg rm20. Kalau KIS dlm rm25. Tp aku beli baru ni dpt RM23 utk KIS. :) Aku ada contact dpt murah.. :) Tu semua utk satu user. Kalu 3 user harga dlm rm45 utk KAV.
Azuan recently posted..Berita Sukan Terkini SEO Contest

Mohd Isa January 13, 2011 at 5:20 am

aku baaru dpt contact utk harga murah, dalam perbincangan untuk jadi reseller kat tempat aku. tp itulah, aku nak kena wat servey dlu. kang tak pasal2 rugi. hehe

Reply

Azuan January 13, 2011 at 5:44 pm

hehe.. molek lah gitu..
Azuan recently posted..Berita Sukan Terkini SEO Contest

Mohd Isa January 14, 2011 at 7:23 am

ades, aku jumpa paling murah plak dalam forum. hoho.

Reply

deCrewz January 11, 2011 at 12:58 am

Bro.. Lps setahun dia xpired ke? Nak renew balik cemana?
deCrewz recently posted..Facebook Ditutup Sebab Kena Hack

Reply

Mohd Isa January 12, 2011 at 3:11 pm

aha, lepas setahun kena renew baliklah. just beli license key pada pembekal. lepas tu renew, kalau nak install version baru. just uninstall yang lama. tp jgn pilih full uninstall, pilih option keep license and old setting. baru install version baru. :)

Reply

yanmie January 11, 2011 at 8:04 am

2 tahun bersama kaspersky memang aman, damai dan selamat :)
so far berpuas hati sangat :)
yanmie recently posted..Entry Terakhir HTC Desire Z maxis10

Reply

Mohd Isa January 12, 2011 at 3:13 pm

wah, best lah kalau macam tu. nampak gayanya saya kena kekal bersama kaspersky la lepas ni. hehe

Reply

farhan January 11, 2011 at 8:21 pm

mne lagi bgus?…KAV atau KIS?….
kat mana nk dapat license key?…cara free bole x?..hahaha

Reply

Mohd Isa January 12, 2011 at 3:14 pm

sudah semestinya KIS, sebab kita selalu online bukan. boleh beli pada pembekal yang ada, kalau free sila cari sendiri. kerana aku tidak menggalakkan pakai crack punya. nama pun crack, takda jaminan untuk keselamatan. :)

Reply

ruzai February 8, 2011 at 1:55 pm

Salam…
Saya ada jual key kaspersky 2011 ni…
Sape2 yang nak beli, boleh la visit my site…
http://keykaspersky11.webs.com/
Tanx!

Reply

Mantra March 13, 2011 at 12:26 am

Wah ramainye dah pkai Kaspersky ni…Alhamdulillah..
Ade sesape yang berminat nak jadi Reseller ke?
Teruskan usaha…tingkatkan ekonomi diri sendiri ye… :)
Mantra recently posted..UPDATE- Harga Untuk Reseller

Reply

Mohd Isa March 15, 2011 at 2:32 pm

haha, owner datang la plak.
insyaAllah, tgh cari customer ni bro.
tgu je tepon berdering nnt. :)

Reply

Izwan March 31, 2011 at 9:56 pm

aku pnye KIS kena detect r crack 2048 days.. huhu..
Izwan recently posted..Jom Kenal Sub – Parked – Add On Domain

Reply

Mohd Isa April 1, 2011 at 3:41 am

pergh, pastu tak boleh guna la yerk? rugilah, memang pakai crack ke?

Reply

Izwan April 1, 2011 at 2:55 pm

crack pn takleh..smlm baru install kis 2011 key 2700 days pn dah error ..tak leh pakai.. ada crack lain tak?..
Izwan recently posted..Jom Kenal Sub – Parked – Add On Domain

Reply

Mohd Isa April 2, 2011 at 3:07 am

uiks, KIS 2011 memang takda crack kot. beli license key sudah. murah je bro.

Reply

redfar August 15, 2011 at 1:27 pm

berminat nak jadi reseller produk Kaspersky sbb best guna kaspersky ni.. tapi xtaw nak contact sape..
redfar recently posted..Rahsia Strategi Pemasaran Internet Marketer

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak