Kadar Zakat Fitrah 2011 Mengikut Negeri

by on July 27, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011

Tidak lengkap rasanya jika aku sekadar berkongsi tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini jika tidak mengetahui kadar zakat fitrah yang perlu dilunaskan mengikut negeri sebelum menunaikan solat hari raya aidil fitri nanti.

Walaupun sudah ramai blogger lain yang berkongsikan kadar zakat fitrah 2011 mengikut negeri, tidak salah rasanya aku kongsikan di sini pula. Sekadar mengingatkan aku terhadap zakat yang wajib dibayar kelak. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang perlu dibayar untuk seorang:

Kadar Zakat Fitrah 2011


Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

Teringat pula Ramadhan pada tahun lepas ketika pertama kali aku pergi membayar zakat fitrah untuk keluarga aku, cuak jugalah. Maklumlah, pertama kali membayar zakat. Selalu waktu kecil, aku ikut abah aku sahaja pergi menunaikan zakat fitrah ini. InsyaAllah, jika ada rezeki aku pada tahun ini. Aku akan bayar lagi.

Selamat menunaikan zakat fitrah. :)

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

ADVERTISEMENT

{ 17 comments… read them below or add one }

alamonline July 27, 2011 at 7:59 am

terima kasih utk info ni..tercari-cari juga maklumatnya..zakat pendapatan dan simpanan juga jangan lupa dibayar. baru bersih pendapatan.
alamonline recently posted..Posisi Tidur Yang Betul – Ikut Sunnah Nabi

Reply

mankuchai July 27, 2011 at 10:31 am

K.L dan SELANGOR paling rendah..thanks bro atas info.
mankuchai recently posted..5 blog paling kerap dilawati 2011

Reply

myvitrd July 27, 2011 at 10:43 am

tq atas info ni bro.. tahun ni masih bayar untuk 2 orang sahaja.. insyaallah tahun hadapan 3 orang.. heheehe

Reply

Twit N View July 27, 2011 at 10:55 am

tahun lepas byr ikut rate melaka, tahun ni ikut rate pahang plak…
Twit N View recently posted..PERHATIAN: @AznilNawawiHM @FazleyYaakobHM @ImranAjmainHM @AdiFashlaHM @IqramDinzlyHM @FarishAzizHM

Reply

muhammad fakhruddin July 27, 2011 at 1:40 pm

Masih lagi bayar ikut rate Perak :D
muhammad fakhruddin recently posted..Catatan Si Perantau Dari Maninjau

Reply

zaryl July 27, 2011 at 3:06 pm

tahun lepas hampir2 terlepas… nasib baik isteri ingatkan :) tahun ni nk bayar awal skit insyaallah.. takut terlupa lagi

Reply

Pacifista - X July 27, 2011 at 10:58 pm

tak ingat pulak berapa aku bayar zakat fitrah tahun lepas.rasanya macam kurang RM 1 dari tahun lepas punya ni.ada ke zakat makin kurang?rasa macam makin naik je adalah…

bayar zakat fitrah ni wajib.jangan sampai lupa tanggung jawab…
Pacifista – X recently posted..5 + 2 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 @ Denaihati

Reply

shamizu July 28, 2011 at 4:55 am

entri terbaik.
ringkas tapi banyak manfaatnya.
Syabas bro
shamizu recently posted..List Dosa 2011. Fuh Banyaknya!

Reply

wandisini July 29, 2011 at 4:50 pm

tahun ni aku bayar untuk 3 orang. ahli keluarga bertambah
wandisini recently posted..Kemeriahan di bukit jalil

Reply

titan July 29, 2011 at 9:32 pm

haa..sape belum pernah bayar zakat sendiri..leh cuba tahun nih..
titan recently posted..5 hari dah aku hilang..diculik..

Reply

Amirez July 30, 2011 at 11:39 pm

eh, kelantan rm7.60? hari tu tengok kat led board tulis rm7. silap tengok agaknya
Amirez recently posted..Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Reply

as August 1, 2011 at 11:50 am

http://www.e-zakat.com.my/terkini/harga-fitrah-negeri-selangor-kekal-rm7
kadar zakat yg tuan paparkan tu salah..sila semak semula.

Reply

azura August 1, 2011 at 2:45 pm

salam, kadar zakat fitrah di Selangor adalah RM7

Reply

wazy August 1, 2011 at 3:04 pm

Terima kasih isa untuk info ni
wazy recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan 2011 1432 Hijrah

Reply

peace limitedz August 12, 2011 at 9:26 am

terima ksh atas info..thn ni adalah pertama kali byr zakat bg diriku n jd wakil utk suami..suami d pelantar minyak..jauh dari darat..

Reply

roticanaitelor August 15, 2011 at 8:00 am

tq. effort yg baik. nak tanya. knp kadar utk kelantan 7.60? ada yg inform 7.00 aje. leh check tak?

Reply

Wan Perlis August 17, 2011 at 12:47 am

tunaikanlah kewajipan kita

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak