Serangan Malware Bakal Menemui Kita di 2010

by mohdisa on December 30, 2009

Post image for Serangan Malware Bakal Menemui Kita di 2010

Kali ini aku nak kongsikan sedikit info mengenai serangan malware pada tahun 2010 yang akan datang, bagi yang tidak mengetahui apa itu malware. Lebih baik anda semua berhati-hati ketika melayari internet, terutama ketika anda memasuki sesebuah laman web atau blog. Yang paling penting jangan klik url dari mana-mana sumber lain.

Apa itu Malware?
Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Bakal Menemui Kita di 2010

Penipuan Laman Sosial
Populariti laman sosial seperti Facebook dijangka terus meningkat tahun 2010 nanti dan begitu juga dengan jumlah serangan. Serangan mungkin melibatkan teknik menggunakan nama individu yang dikenali di laman sosial. Oleh itu, kenalilah rakan maya anda dan jangan mudah terpedaya dengan permintaan yang bukan-bukan.

Scareware
Untuk 2010, usaha menyebarkan Scareware dijangka semakin meningkat. Berkemungkinan penjenayah siber akan bertindak dengan lebih ganas lagi seperti menceroboh komputer mangsa. Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati.

Malware Mac & Mobil
Seperti yang kita ketahui, komputer Mac dan telefon pintar (smart phone) semakin meningkat penggunaannya dan kerana itu juga jangkaan lebih banyak serangan dilakukan ke atas peranti ini. Anda dinasihatkan supa tidak menggunakan iPhone. :D

Hati-hati dengan Tweet
URL yang pelbagai pada Twitter dan laman sosial lain juga boleh mengelirukan anda. Kali ini bukan sahaja ia akan mengelirukan, malah membawa masalah dengan menarik anda kepada pautan yang tidak diketahui dan berisiko tinggi. Semak URL yang anda terima setiap kali. Payah juga jikalau URL yang diterima menggunakan URL pendek.

Muat Turun
Lebih banyak penyerang akan mensasarkan anda memuat turun Malware. Anda mungkin merasakan yang ianya selamat atau tiada apa-apa yang mencurigakan, tetapi sebenarnya tidak. Synmantec menganggarkan jumlah serangan menggunakan kejuruteraan sosial akan meningkat bagi 2010.

Oleh itu aku ingin nasihatkan kepada anda semua agar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet, pastikan anda update setiap hari antivirus yang anda guna. Gunakan segala kepakaran yang ada untuk menangani masalah ini, tanya pada yang pakar jika tidak mengetahui bagaimana untuk mengelakan komputer anda diserang oleh malware. Apa yang pasti, jangan sesekali klik pada URL yang anda tidak pasti sumbernya. Sekian.

Sumber: Majalah PC #157

Belum menyertai peraduan yang menawarkan hadiah sehingga RM3750, jom sertainya sekarang juga!

Popularity: 34% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Mari Menjadi Media Sosial Rockstar
  2. Keselamatan Berinternet
  3. Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda
  4. 5 Set Ikon Sosial Lukisan Tangan Terbaik
  5. Mari Menggunakan Ubuntu!!!

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 3 trackbacks }

negaraku.net MALAYSIA
December 30, 2009 at 1:43 pm
IMCurtain.com MALAYSIA
December 30, 2009 at 1:51 pm
uberVU - social comments UNITED STATES
December 30, 2009 at 8:06 pm

{ 48 comments… read them below or add one }

1 Zul MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 1:37 pm

sekarang pun dah ada malware..
cuma x berapa teruk lah diannya serang berbanding dari virus atau trojan..
tapi inshallah, kalau kita update software anti virus, anti malware… 90% dia xkan serang…
Just my 20cent..
Zul´s last blog ..Loghat Negeriku My ComLuv Profile

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 1:55 pm

betul tu, skg ni byk malware dtg dari pelbagai bentuk file dan cara penyebarannya pun agak mudah. terutama web atau url yg kita klik, kadang2 tu smpi byk iklan yg keluar bila kita masuk sesebuah web. mungkin ada yg tahu untuk mengatasinya atau tidak. so pandai2lah nak hidup di alam maya ni.

Reply

3 ariefjoe MALAYSIA Google Chrome Windows December 30, 2009 at 1:39 pm

blog ko x best..
x ramai pown org masuk..
kasihan…

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 1:52 pm

hehe, ada aku kisah?
aku tak kisah la blog aku best ke tak
jji aku tak kacau orang
thanks for comment. :)

Reply

5 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 30, 2009 at 2:10 pm

beliau guna email weh.. google email beliau… hahaha..

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 2:16 pm

dia guna ymail. kasi spam bebanyak leh ni. hehe

Reply

7 beliamuda MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 8:21 pm

weh, dah jpe ke spe mamat ni? aku ada url dia.. nak tak? hehe
beliamuda´s last blog ..Satu Nama Yang Menjadi Cacian My ComLuv Profile

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 10:28 pm

ada ke? bukan ariefnation.blogspot.com ke? hehe

Reply

9 denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 2:09 pm

BIasa lah Manusia MALAYSIA ni ..gitulah
denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran My ComLuv Profile

Reply

10 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 2:17 pm

haha, biasalah tu. tak banyak Manusia MALAYSIA ni berani gagal. pantang tgk org len happy.

Reply

11 Lady Nass MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 2:14 pm

apa la @ariefjongos tu komen macam tu. baik tak payah komen. saket hati je kan3x @mohdisa? Thanks anyway for the information. @LadyNass akan lebih berhati2 sebelum klik URL samada kat komen di http://ladynass.com atau di laman FB atau di bilik Twitter. Thank you so much!

Sekali lagi..bengongla si @ariefjoe tu.

Reply

12 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 2:20 pm

tahu takpa, klu nak komen camni baik tak payah. sabar jelah. nak buat cam mana, kita kenalah terima kritikan. ada lori ada bas, ada hari jgn sampai terbabas sudah. kesian orang lain. hehe, apakah yg aku merepek ni.

sama2 kasih, so berhati-hatilah ketika bermain dengan internet ni. boleh jadi kawan dan jadi lawan. :)

Reply

13 datmasehbeta AUSTRALIA Safari Mac OS December 30, 2009 at 3:20 pm

pada yg guna mac, jaga2 dgn photoshop cs4 yg korang crack mungkin ada malware yg create connection palsu.. then router korang boleh jahanam.. so jaga2..

Reply

14 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 10:52 am

bab crack ni aku pernah terkena. siut jerk, abis partition C aku lingkup. gara2 nak pakai partition magic la punya pasal.

Reply

15 hazman aka species1980 MALAYSIA Google Chrome Windows December 30, 2009 at 3:21 pm

penciptaan variasi2x memang berlaku setiap hari…. antivirus kena update selalu….

Reply

16 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 10:53 am

betul tu, setiap hari pasti akan ada virus baru. baru leh update anti virus.

Reply

17 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 9:46 pm

bgs info ni bro..nice sharing..lame x singgah cni..blog ko ttp bgs cm dulu..:)

Reply

18 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 10:29 pm

samalah aku pun, dah lama tak menjenguk blog ko. sorry lah, aku bz skit. maklumlah dah masuk final year ni. hehe

Reply

19 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 11:00 pm

biase la klu da final year…ak pernah alami…hehehe
azizan4444´s last blog ..Aku, Dia Dan Kamera My ComLuv Profile

Reply

20 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 11:17 pm

tahu takpa, jenuh jugak la nak kejar macam2. :P

Reply

21 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 30, 2009 at 11:29 pm

ko nye bnyk unit lgke bro tgl sem akhr ni/?sape mamat kt ats tu?
azizan4444´s last blog ..Aku, Dia Dan Kamera My ComLuv Profile

22 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 12:01 am

@azizan4444
aku sem ni ambik 4 paper, tolak satu paper final year project. tinggal 3 paper, ada bape jam kredit aku dah lupa.

ntah la mamat mana aku pun tak tahu. abaikan lah.

Reply

23 blinkky MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 3:57 am

Memang kena hati-hati ni…
blinkky´s last blog ..Baby Face Generator My ComLuv Profile

Reply

24 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 10:17 am

betul tu blink, tambahan lagi bila kita bersosial di facebook dan twitter ni. hehe

Reply

25 wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 10:04 am

semakin hari semakin hebat serangan malware ni
wazy´s last blog ..Adakah Blog Ni Berat ? My ComLuv Profile

Reply

26 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 10:20 am

betul tu wazy, jgn klik sebarang sudah.

Reply

27 naim MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 12:53 pm

haduh..merisaukan sgguh..sape la celaka sngat wat bende alah ni.. :? :? :? :? :? :? :? :? :? :? :?

Reply

28 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 1:12 pm

kalau takda virus mesti takda antivirus kan. so fikir-fikirkan lah. :)

Reply

29 kosong MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 3:33 pm

thanks bro…

Reply

30 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 6:00 pm

ur welcome…:)

Reply

31 Mus MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 4:28 pm

nampaknya kena selalu update antivirus ni..
Mus´s last blog ..Aku Penchenta Alam. Keperawananmu Telah Diragut Si Bangsat Durjana! My ComLuv Profile

Reply

32 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 6:01 pm

betul tu bro, skg ni pengguna mac pun memerlukan antivirus. :)

Reply

33 finalcross MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 7:04 pm

Pening aku pk nk gune antivirus yg mane satu nk lwn trojan,virus,malware. Last2 aku gune avast home edition je. senang.hehe
finalcross´s last blog ..11 Unique New Year 2010 Wallpapers. My ComLuv Profile

Reply

34 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 9:11 pm

samalah dengan aku pun, aku cuma pakai avira free edition jerk. apa yg penting kita perlu berhati-hati selalu. ikut langkanh yg selamat untuk menjalankan sebarang aplikasi atau sebagainya. betul tak?

Reply

35 KertaZ MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 8:24 pm

Nk PC selamat? Pkai linux.. Linux pnya virus cuma 1~2%.. Tp klau Windows, tiap2 ari ada kuar virus baru.. =)
KertaZ´s last blog ..Good Bye 2009! Hello 2010! My ComLuv Profile

Reply

36 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 31, 2009 at 9:09 pm

haha, mmg linux selamat dari ancaman virus. sebab itu linux tidak memerlukan antivirus seperti windows. :)

Reply

37 zool MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 12:04 am

Bahaya ..
tapi tak selamanya linux n open sources selamat..
nanti mesti ada org jahat buat virus.
zool´s last blog ..Selamat Tahun Baru 2010 , azam tahun baru My ComLuv Profile

Reply

38 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 4:23 pm

tepat skali, mungkin virus akan terus merebak di linux dan open source yang lain yg kita tidak dapat lihat. contohnya, bila kita masukkan data ke dalam pendrive melalui os linux. kemudian pendrive itu digunakan terus ke os windows. virus itu terus menyerang system os. hurm, parah ni.

Reply

39 kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 1:56 am

Rasanya aku antara org yg slalu jadi mangsa malware ni.. antivirus tak pakai langsung, kalau ada pun jarang update… harap2 lepas ni ada kesedaran untuk install anti malware/virus.. thanks bnyk2 bro kongsi info ni
kulanz´s last blog ..Terima Kasih 2009 My ComLuv Profile

Reply

40 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 3:11 pm

so bro kenalah berhati-hati lepas ni. pakai je antivirus yg mudah dan ringan. :)

Reply

41 Doku MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 3:27 pm

Good sharing! em.nape la dorg yg pandai wat mende alah ni x g keje ngan antivirus nye company..huhu
Doku´s last blog ..Azam dan Cita-Cita My ComLuv Profile

Reply

42 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 5:19 pm

mestilah ada tujuan, sama ada tujuan peribadi atau pun keuntungan. setiap benda yang dorang buat pasti ada keuntungan. betul tak?

Reply

43 Rjuna MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 4:19 pm

laptop aku baru terkena virus Conficker malam tadi, guna Avira free edition payah tul nak buang, boleh detect jer, nak delete tak boleh

sekali guna antivirus Nod 32 baru ok dan pulih sepenuhnya

Reply

44 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 1, 2010 at 5:20 pm

hoho, mcm mana leh kena bro?

Reply

45 Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 2, 2010 at 10:35 am

huhu thanks 4 this info Isa :)

seba tuh aku selalu update anti malware bytes aku selain AV…

lagi satu bila aku nak donlod sesuatu, aku suka donlod link dari forum jer..web2 pulik aku tak berani, mmg sah2 virus banyak..
Nine´s last blog ..LOMO Dan Vintage Effect Photoshop Action Download My ComLuv Profile

Reply

46 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 2, 2010 at 12:40 pm

sama-sama, tahu takpa. tambahan bila nak mendownload crack sesuatu software tu, lagi bahaya.

Reply

47 arynet Mozilla Firefox Fedora Linux January 3, 2010 at 6:29 am

haha.. malware, da biasa skrg ni. taklah kisah sngt. Lagi satu, salah sendiri kot, sebab masuk web yang tak sepatutnya dan download itu ini tanpa usul periksa.. hehe.. betul ke aku merepek nih..

Reply

48 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 3, 2010 at 11:12 am

memang betul, oleh itu kita sendiri haru berhati-hati ketika melayari internet dan memuat turun sesuatu file. :)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]