Hidup Ini Tidak Selalunya Indah

by on September 5, 2010

Hidup Seorang Blogger

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam sejahtera dan salam Ramadhan buat pembaca setia Blog Mohd Isa, “Hidup Ini Tidak Selalunya Indah” itulah ungkapan yang aku mampu luahkan buat masa ini. Terlalu perit untuk aku lalui semua cabaran dan dugaan yang terpaksa aku hadapi ketika ini.

Artikel ini adalah artikel bersifat keperibadian aku yang lebih menyentuh kehidupan peribadi aku yang benar-benar di dalam kesusahan ketika ini. Bukan sebagai seorang blogger, tetapi sebagai seorang anak kepada seorang ibu yang sedang dalam kesakitan. Aku berharap agar ada yang sudi membacanya.

Sudah hampir lima bulan ibu aku berada dalam keadaan yang amat menyedihkan diri aku, kadang-kadang aku tidak mampu melihatnya. Air mata aku akan berlinangan apabila melihat keadaan ibu aku yang menahan kesakitan yang ditanggungnya. Keadaan rumah aku juga tidak seperti dahulu, tidak terurus ketika ibu aku masih sihat.

Lebih menyedihkan lagi ayah aku terpaksa berhenti kerja semata-mata ingin menjaga ibu, adik-adik masih bersekolah. Adik perempuan aku yang sulung pula tidak berapa sihat untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, kini dia yang membuat semua kerja rumah selain dibantu oleh ayah aku dan adik perempuan aku yang sedang menjalani praktikal.

Aku yang duduk berjauhan daripada ibu aku berasa amat sedih kerana tanggungjawab untuk membantu keluarga dan terutama ibu aku terbatas begitu sahaja. Kerana aku masih di dalam pengajian untuk menyiapkan projek akhir tahun aku yang patutnya selesai pada semester lepas. Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang hamba Allah yang terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang datang atas dosa-dosa aku.

Semalam aku pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi, keadaan lebih menyedihkan lagi apabila ibu aku tidak menyahut panggilan aku akibat dimasukki oleh makhluk halus. Aku sediri tidak tahu bagaimana hendak diterangkan di sini, apa yang lebih menyedihkan lagi ia berlaku bukan baru-baru ini. Sudah sebulan rasanya, sudah pelbagai usaha dilakukan.

Dibawa berubat mengikut pelbagai cara, dibawa berjumpa pelbagai ustaz dan imam. Dibawa ke hospital pelbagai prosuder terpaksa dilalui, tetapi keadaan ibu aku begitu juga. Aku hanya mampu berdoa agar ibu aku sembuh daripada penyakitnya, agar Allah mengurangkan beban yang terpaksa keluarga aku hadapi. Agar Allah memberi sedikit rezeki untuk keluarga aku menampung kehidupan ini.

Aku masih ingat lagi yang aku terpaksa berbohong kepada ayah aku ketika dia ingin memberikan aku duit belanja, aku menyatakan bahawa aku masih mempunyai simpanan untuk dibuat belanja. Tetapi apa yang aku ada hanyalah kad ATM sahaja, aku terpaksa meminjam daripada rakan aku untuk dibuat sahur dan berbuka. Walaupun kadang-kadang aku tidak mampu meminta lagi dan aku terus menangis sendirian di dalam bilik.

Betapa perit untuk aku lalui, teringat ketika aku berpesan dahulu ketika ingin pulang ke Perlis. “Abang, abang baliklah. Mak tahu abang ada kerja yang perlu disiapkan, abang masih belajar. Mak tahu, abang berat untuk meninggalkan mak. Abang berdoalah pada Allah, minta mak cepat sembuh. Abang janganlah risau keadaan mak di sini.” Betapa sedihnya aku ketika itu, tidak mampu aku luahkan dengan kata-kata.

Aku hanya mampu menangis dan memeluk jasad ibu aku, ayah aku hanya mampu melihat dan berkata jangan menangis. Ingin sahaja aku berada di sisi ibu aku selalu, menjaga ibu aku yang berada di dalam kesakitan. Tetapi apakan daya, aku masih mempunyai tanggungjawab untuk dipikul. Harapan kedua orang tua aku yang ingin melihat kejayaan aku yang perlu aku tunaikan.

Semalam ibu aku ada berkata, “nanti dah nak raya, hangpa pegilah beraya. Mak tak beraya, biarlah mak duduk di rumah sahaja.” Pilu dan sebak aku mendengarnya, aku tidak mampu berkata apa-apa. Cuma aku mendengar adik perempuan aku membalasnya, “mak tak payahlah merepek, kami akan duduk rumah teman mak. Kami duduk di rumah pun takpa.” Bertambah sedih aku dibuatnya, aku sepatutnya melihat adik-adik bergembira di hari lebaran ini.

“Kesian anak-anak mak, dulu mak selalu masakan yang sedap-sedap untuk anak-anak mak. Tapi sekarang mak dah tak mampu nak masakan untuk anak-anak mak, tengoklah abang. Makan nasi dengan ikan goreng dan kicap sahaja.” Kata-kata ibu aku sambil menitiskan air mata, sebak sekali aku mendengarnya ketika aku ingin menjamu sedikit nasi dan ikan goreng sebelum bulan Ramadhan dahulu. Pilu rasanya ketika itu, aku hanya mampu berkata “mak janganlah macam ni, abang tak kisah pun. Abang akan makan apa sahaja yang ada.” Sambil air mata aku berlinangan, turut menangis bersama ibu aku.

Teringat aku ketika Innity ada membuat pembayaran kepada aku setelah cukup RM50 hasil pengiklanan yang aku letakkan di dalam blog ini dahulu. Tetapi aku telah membuangnya kerana duit dalam akaun Innity tidak naik-naik walaupun terdapat trafik yang masuk mengikut impression. Duit itu aku gunakan untuk membeli sedikit lauk dan ubi kentang untuk adik-adik aku makan. Tapi sekarang, apa yang aku ada. Aku teringin membeli makanan untuk adik-adik aku, agar mereka dapat makan makanan yang sedap-sedap.

Malah aku berhutang lagi kepada kawan-kawan aku lagi adalah ketika di kolej, aku hanya mampu berkata kepada mereka. “InsyaAllah aku akan bayar kembali duit mereka selepas hari raya nanti.” Ini kerana aku masih menunggu cek daripada pihak Nuffnang, itupun nilainya tidak seberapa adalah dalam RM120. Cukuplah aku lansaikan hutang aku kepada rakan-rakan aku. Itupun belum mampu aku untuk aku membayar bil Maxis Broadband aku yang tertunggak selama dua bulan.

Aku ingin hentikan penggunaan Maxis Broadband tersebut, tetapi tahulah. Kena bayar dahulu bil yang tertunggak, dalam masa yang sama juga bil tersebut akan terus bertambah jika aku tidak membayarnya. Tetapi keinginan aku adalah untuk tidak menghentikan penggunaan Maxis Broadband tersebut, kerana aku ingin terus mengekalkan hidup seorang blogger dalam diri aku. Kerana sejak aku mula menjalankan aktiviti blogging, melalui bloglah aku mampu menghilangkan rasa sedih, tertekan, dan kekeliruan dalam hidup aku walaupun hanya seketika.

Oleh kerana terdapat permintaan daripada rakan-rakan yang perihatin di atas masalah yang aku lalui di saat ini, aku sertakan nombor akaun aku bagi yang sudi menghulurkan bantuan. Maaf di atas kelewatan dan tidak dapat membalas komen yang ada buat masa sekarang. Harap dapat memahami keadaan aku sekarang ini.

Nama: Mohammad Isa Bin Ahmad Azan
No. Tel: 017-5548973
No. Akaun: 108300059883 (Maybank)

Nota: Aku ingin memohon ampun dan maaf sempena hari lebaran yang bakal tiba ini di atas apa yang aku tulis di atas dan dalam artikel-artikel aku sebelum ini jika terdapat salah dan silap aku. Artikel ini adalah sebagai luahan perasaan dan masalah yang sedang aku hadapi, kerana aku tidak tahu kepada siapa lagi yang aku ingin ceritakan dan mampu membantu aku. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku sebelum ini terutama kepada saudara Ilham, Kak Jie dan rakan-rakan lain yang tidak aku sebutkan namanya. Ampun dan maaf aku pinta. Selamat berhari raya kepada semua blogger dan rakan-rakan aku diluar sana. Aku sentiasa doakan korang semua berbahagia dan gembira selalu. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi membaca artikel aku pada kali ini. Sekian. Wassalam.

ADVERTISEMENT

{ 144 comments… read them below or add one }

tpinky September 5, 2010 at 12:37 pm

salam…sebaknya rasa bila baca entri ni. air mata jatuh tak tertahankan. harap awk tabah menghadapi segalanya. sy sntiasa mendoakan agar ibu awk kembali sihat. kelu xterkata.. doa banyak2 pd Allah, minta diringankan segala kesulitan.
tpinky recently posted..Kebersamaan

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:16 pm

sala, terima kasih atas doa yang dilimpahkan. semoga doa awk dapat membantu bebanan yang ibu sy hadapi sekarang ini. kelu lagi sy ingin katakan. semoga ibu sy cepat sembuh. hanya doa sahaja yg sy mampu lafazkan. terima kasih sekali lagi buat awk.

Reply

hydir September 8, 2010 at 11:15 pm

Salam Isa,

Terharu mendengar cerita saudara ini.
Boleh saudara cerita ttg penyakit mak saudara tu di email saya. Mungkin saya boleh menolong …
hydir recently posted..Company from Hell!

Reply

rusliesophian September 5, 2010 at 12:41 pm

Salam sdra Mohd Isa,

Saya benar2 terharu membaca luahan hati sdra. Saya faham dgn situasi sdra sekarang ini kerana saya pernah alaminya. Kalau boleh sdra emelkan nombor akaun bank sdra kpd saya di rusliesophian at gmail dot com. Saya bukan org kaya, tapi setakat sedikit sumbangan demi menyambut hari raya ini bolehlah saya hulurkan.
rusliesophian recently posted..Where Does Our Self-Esteem Come From

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 8:46 pm

salam saudara, saya telah emailkan butiran yang saudara inginkan. terima kasih di atas keprihatinan saudara. terima kasih saya ucapkan.
Mohd Isa recently posted..Hargailah Insan Yang Menyayangimu

Reply

Lee September 5, 2010 at 2:18 pm

manusia hanya mampu bersimpati..harap sdr terus tabah dan bersabar atas segala ujian yang melanda..moga Allah mudahkan segalanya..Amin..
Lee recently posted..Woi Mat- Sini Kau!!

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:19 pm

insyAllah, sy akan lebih tabah utk menghadapi dugaan ini semua. semoga Allah dapat menyembuhkan ibu sy dan meringankan segala beban yang dihadapi sekarang ini. terima kasih lee.

Reply

deqna September 5, 2010 at 6:33 pm

tabahkan hati……

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:20 pm

insyaAllah deqna…

Reply

ashraf September 5, 2010 at 9:35 pm

bro, kalau tak kisah email aku no fone ko nanti bila ko dah sampai Perlis kita leh jumpa. aku akan tolong apa yg termampu…aku bukan kaya tapi kalau sikit2 boleh la….aku dok Kangar kat roundabout…. email aku tunashraf@gmail.com

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 8:54 pm

salam bro, aku dah emailkan no phone aku.
Mohd Isa recently posted..Hidup Ini Tidak Selalunya Indah

Reply

zik September 6, 2010 at 1:47 am

bro aku ingin memberi sumbangan sedikit, … semoga ia dapat meringankan beban, email no akaun bro ke zikrihusaini@gmail.com
zik recently posted..Iklan raya 2010 kena banned!

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 8:57 pm

salam bro, aku dah emailkan butiran yang bro nak. terima kasih bro, aku tak tahu apa yang nak diucapkan sekarang ni. fikiran aku serabut sangat.
Mohd Isa recently posted..Hidup Ini Tidak Selalunya Indah

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:22 pm

zik…terima kasih zik…tak dapat aku nak membalasnya…semoga Allah dapat membalasnya semua…

Reply

sally September 6, 2010 at 9:02 am

salam,isa…
kuatkan semangat yer..kpdNYA kite memohon doa diberi kekuatan dlm menempuh liku n dukaan sbg umatNYA..smoga dipermudahkan segala urusan..Aminn…

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:24 pm

salam sally
terima kasih atas nasihat yg diberikan…semoga hati ini lebih kuat untuk menhadapi semua ini…semoga Allah dapat meringankan semuanya…insyaAllah..

Reply

hyprobulksms September 6, 2010 at 2:30 pm

Taknak sedih hari ni, dah terbaca pula entri ni.. tak dapat elak lagi. Bro, tabahkan hati ya. Semoga keadaan akan bertambah baik selepas ni. Insyallah
hyprobulksms recently posted..Rahsia produk informasi &amp program affiliate

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:27 pm

maafkan aku, aku takda niat nak sedihkan sesiapa…maafkan aku bro…insyaAllah aku akan lebih tabah menghadapi semua ini…insyaAllah…

Reply

adamfaiz September 6, 2010 at 4:13 pm

Aku tumpang simpati dengan ko..email aku akaun no..sumbangan ini kecik sangat..tapi itulah saja yang mampu aku beri.

Tabahkan hati, banyakkan berdoa untuk mak dan keluarga…aku pun dulu hidup susah bro..jadi aku paham perasaan ko..
adamfaiz recently posted..Selamat Hari Raya AidilFitri 2010

Reply

Mohd Isa September 6, 2010 at 9:12 pm

salam bro, aku dah ada emailkan butiran yang bro inginkan. insyaAllah aku akan kuatkan hati aku, agar aku lebih tabah menghadapi semua dugaan yang datang. aku tak tahu nak ucapkan macam mana lagi. terima kasih juga atas entri yang buatkan untuk aku. terima kasih sangat2. hanya tuhan sahaja yang mampu balas semua ini.

Reply

adamfaiz September 7, 2010 at 1:03 pm

Usaha aku ni kecik..sumbangan pun terlalu kecil..tak mampu nak tolong lebih, cuma aku doakan kesihatan ibu ko dan juga kegembiraan keluarga menyambut syawal ini…
adamfaiz recently posted..Usaha JPAM Johor Yang Patut Dicontohi

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:23 pm

walaupun sumbangan ko kecil, tapi amat bermakna bagi aku. aku tak tahu nak ucapkan terima kasih macam mana lagi. apa-apa pun semoga Allah memurahkan rezeki ko. terima kasih sekali lagi.

Reply

Hadi Rofiee September 6, 2010 at 10:26 pm

Salam sejahtera.

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya DIA yang maha mengetahui. Semoga saudara sekeluarga tabah menghadapinya. i’Allah, Allah sentiasa bersama kita. Berdoalah selalu kerana DIA tidak pernah kedekut utk memberi. Aamiin.

saudara, e-melkan saya butiran. i’Allah, ada sedikit sumbangan yg semampu yg boleh.

Salam ketabahan.

Reply

Mohd Isa September 7, 2010 at 2:19 am

Terima kasih atas kata-kata nasihat dan semangat dari saudara. InsyaAllah, saya akan cuba lebih bersemangat dan tabah menghadapi semua ini. Semoga apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya.

Butiran yang saudara minta telah saya emailkan. Terima kasih.

Reply

Hadi Rofiee September 7, 2010 at 7:36 am

Sama2. Inilah kehidupan. Kita saling perlu memerlukan.

Semoga Allah menyembuhkan ibu saudara. Aamiin.

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:31 pm

terima kasih sekali lagi saya ucapkan, budi baik saudara hanya Allah sahaja dapat membalasnya. semoga Allah memurahkan rezeki saudara.

Reply

syafiq.net September 6, 2010 at 10:28 pm

tak banyak yang mampu aku kata.
Moga Allah berkati perjuangan ko dan dibalas atas kesabaran tu nanti :)

Reply

Mohd Isa September 7, 2010 at 2:19 am

insyaAllah bro, aku harap begitu juga. terima kasih bro.

Reply

naz September 6, 2010 at 10:30 pm

aiseh, sedih cerita ko bro, banyak aku taktau pasal ko. keep strong bro :)

Reply

Mohd Isa September 7, 2010 at 2:20 am

takpa bro, insyaAllah ko akan kenal aku dengan lebih rapat lagi. aku akan cuba semampu yang mungkin.

Reply

zoul September 7, 2010 at 2:55 am

Salam..
Bro.. sedih aku bro. Aku pernah melalui zaman itu sewaktu arwah mak aku sakit. Bila aku bac entri ni.. aku rasa sebak. Kadangkala kita kenal blogger hanya pada tulisannya tapi kita tak kenal siapa dia sebenarnya. Aku doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan ibu, ayah dan seluruh keluarga Mohd Isa.
amin…

Semoga Hari Raya ini ada sinar disebalik kegelapan.
zoul recently posted..Tukar Theme Dapat RM Tiga Ratus

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:28 pm

Salam, maaf jika entri ini membuatkan ko sedih. Aku tak berniat nak menyedihkan orang lain. Aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku lalui sekarang. Terima kasih di atas doa yang dicurahkan, semoga Allah dapat mendengarnya.

Anyway, selamat hari raya bro.

Reply

hanif September 7, 2010 at 6:36 am

Salam bro,harap banyakkan bersbar…insyaalah kwan2 boleh membantu.
hanif recently posted..Blog WordPress Lebih Selamat Dengan Plugin Ini

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:29 pm

salam, insyaAllah. aku akan kuatkan semangat dan terus bersabar, kawan2 banyak membantu aku. terima kasih.

Reply

firdausmajid September 7, 2010 at 8:49 am

Salam Saudara Mohd Isa,

Semoga saudara dan keluarga berada dalam rahmat dan lindungan Allah senantiasa. Atas ikhsan saudara Adamfaiz saya terpanggil untuk menjenguk ke blog saudara.

Sepertimana sahabat2 lain saya juga turut tumpang simpati atas apa yang terjadi. Insya’allah Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang sabar. Tabahkan hati banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Saya tahu perasaan saudara kerana saya juga pernah menghadapi keadaan yang sama yang terjadi pada kakak tersayang. Dan doa saya sentiasa bersamanya walau dia tidak lagi bersama kami kerna Kami tahu tuhan lebih menyayanginya. Walau sebesar mana nasihat dan kata2 ransangan yang diberikan hanya bahu yang memikul tahu betapa berat beban ditanggung.

Akhir kata, kami sahabat2 sentiasa tumpang berdoa kesejahteraan saudara sekeluarga. Semoga semuanya selamat.

p/s: Harap saudara sudi menerima sumbangan ikhlas saya yang tidak seberapa. Harap saudara boleh emailkan no account + no telefon saudara ke e-mail saya.
firdausmajid recently posted..Maslina’s &amp Shairul’s Sanding

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:35 pm

Terima kasih di atas kata-kata peransang dan nasihat yang sungguh berguna buat saya, semoga Allah dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu sekarang ini. Terima kasih sekali lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik saudara. InsyaAllah.

Reply

MR.Z September 7, 2010 at 8:58 am

semoga anda tabah dengan dugaan yang diberi olehNya..
mungkin ada hikmah di sebaliknya.. banyakkan berdoa supaya diringankan beban dan dugaan saudara..

selamat hari raya.. :)
MR.Z recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:37 pm

terima kasih di atas kata-kata tersebut, semoga Allah dapat mendengar setiap doa yang dipinta. Semoga Allah dapat meringankan beban yang ada sekarang ini. Tidak mampu rasanya melihat penderitaan ibu.

Selamat hari raya.

Reply

Cyza September 7, 2010 at 11:49 am

Hang on there bro…

BE patient…

Please kindly email me your CIMB/Maybank Account no/paypal email.

SElamat hari raya….dan kirim salam kat family…katakan lah dari seorang kenalan baru @ dari seorang blogger ke seorang blogger..
Cyza recently posted..Our Raya Prep Talk

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 8:51 pm

thanks a lot for your helping. selamat hari raya.

Reply

hafidz September 7, 2010 at 3:08 pm

Salam bro.
Aku juga turut simpati atas apa yang berlaku.
Apa yang pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Moga ujian yang dihadapi ini dapat ditemui penawarnya.
Mari semua kita mendoakan agar ibu Mohd Isa dapat sembuh & sihat seperti sediakala,
Amin.
hafidz recently posted..Minggu Keempat Ramadhan

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:24 pm

salam,
terima kasih aku ucapkan
tiada apa yang aku mampu lakukan utk balas semua ini
terima kasih sekali lagi aku ucapkan.

Reply

Pauh Putik September 7, 2010 at 9:17 pm

Salam bro… kawe ucap takziah la atas apa yang berlaku, kawe x leh bantu dari segi kewangan, cuma kawe doa semoga ibu demo sehat cepat2 dan demo sekeluarga dapat menikmati hari raya sama seperti orang lain.

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:34 pm

hari raya sudah pun berlalu
tetapi keadaan ibu kawe seperti itu juga
apa-apa pun terima kasih di atas doa yang dilafazkan
semoga penyakit ibu kawe cepat sembuh
amin

Reply

810 September 7, 2010 at 11:15 pm

Bersabar n berdoalah…
InsyaAllah..ade hikmah n ganjarannya nanti..Allah takkan uji hambanya melainkan ia sesuai dengan kemampuan hambanya… =)
810 recently posted..2 Hari Lagi Nak Raya!!

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:37 pm

insyaAllah
semoga Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini

Reply

wazy September 8, 2010 at 12:08 am

salam bro
sebak apabila aku baca entri ni
diharapkan ibu bro cepat sembuh yer
wazy recently posted..Pemandu Tak Boleh Rakam Gambar

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:38 pm

mudah-mudahan begitulah hendaknya
hingga saat ini, ibu aku masih lagi sakit
semoga Allah meringankan beban ini

Reply

MASA September 8, 2010 at 12:46 am

saya sedih baca entri ni.Di sini ada juga blogger-blogger yang sudi membaca dan memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga ibu saudara cepat sembuh. Ingatlah bahawa masih ada orang lain yang lebih susah dari saudara. Mudah-mudahan Allah sembuhkan sakit ibu saudara.
MASA recently posted..LAPORAN MASA DAH TIME OGOS 2010

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:40 pm

mudah-mudahan begitulah hendaknya
semoga Allah dapat menyembuhkan ibu saya
tidak sanggup rasanya melihat keadaan ibu sebegini

Reply

kulanz September 8, 2010 at 12:58 am

Salam bro,
sebak dan simpati membaca kisah bro.. tiada apa mampu aku lakukan melainkan berdoa agar ibu bro cepat sembuh.. dan harap bro sekeluarga banyak-banyak bersabar..
mohon supaya bro sudi terima bantuan ikhlas dan dapat emailkn no akaun bank
kulanz recently posted..Kaedah penetapan tarikh hari raya puasa

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:42 pm

salam bro, maaf di atas kelewatan membalas komen bro
apa-apa pun terima kasih di atas doa dan sumbangan yg bro berikan
tidak dapat rasanya aku nak membalas semua ini
melainkan memohon daripada Ilahi agar dimurahkan rezeki bro sekeluarga
insyaAllah.

Reply

syahrilhafiz September 8, 2010 at 1:05 am

bersabar ye bro..
ak singgah dr blog zikrihusaini td..
insyallah, doa..
syahrilhafiz recently posted..Marverick Meerkat 1010

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:43 pm

terima kasih bro kerana sudi mendoakan

Reply

AyieBlog September 8, 2010 at 1:28 am

Salam,bro nasib kita seakan samalah,ayie baru kehilangan ibunda dan adik yang kena ganguan makhluk halus,seperti ibunda bro sekarang… just apa yang dapat ayie dapat katakan,bro banyak-banyak bersebar setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian…bro e-mail number akaun bank.. ke admin@ayieblog.com :) .
AyieBlog recently posted..Your Short Url Kontotkan Url Anda

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:46 pm

mengapalah manusia perlu ada perasaan hasad dengki sebegini
sanggup memusnahkan orang lain demi kebahagian sendiri
apa-apa pun aku turut bersimpati dengan ayie
terima kasih ayie di atas keperihatinan ayie.

Reply

Srsam September 8, 2010 at 1:51 am

Salam Bro, kuat kan semangat. Memang dugaan hidup ini berbagai-bagai. Kejujuran, keiklasan, kesabaran menjadi kekuatan kita menghadapi semua cubaan hidup ini. Hidup mesti diteruskan. Berikan no acc, nama bank dan no tel untuk saya sms. Mana yang termampu akan diusahakan.

~Ikhlas~
Samsudin

Reply

Mohd Isa September 9, 2010 at 3:37 pm

telah saya emailkan kepada email saudara, terima kasih di atas keperihatinan saudara.

Reply

Loq September 8, 2010 at 2:32 am

Besar tanggungjawab anak sulung.Hurrrm,semoga mak bro cepat sembuh.

Reply

Mohd Isa September 23, 2010 at 10:47 pm

tahu takpa, bukan mudah menjadi anak sulung. tambahan di dalam keluarga yang serba sederhana ini. terima kasih bro.

Reply

jaws September 8, 2010 at 2:34 am

sedeh gak stori kau ni..
aku paham perasaan kau..
insyaAllah, Tuhan itu maha adil..
ada hikmah disebalik setiap yg berlaku.
jaws recently posted..Apakah Itu Dropbox !

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 4:41 am

entah la, aku sendiri tak tahu kenapa semua ini terjadi dalam family aku
hope sgt ibu aku dapat sembuh seperti dlu

Reply

x-po September 8, 2010 at 2:39 am

bro, emailkan aku details akaun bro ye..insyallah aku akan tlg setakat aku mampu. kalau boleh, maybank ye..senang skit

judin_bo@yahoo.com.my
x-po recently posted..ADA BEZAKAH RAYA ANDA TAHUN INI

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 4:42 am

terima kasih bro, tak dapat aku nak balas jasa baik ko.

Reply

mrnamie September 8, 2010 at 2:40 am

rasanya kita hampir serupa bro.. tapi dalam kes ni ayah aku yang sakit.. aku pun sekarang ni masih tak kerja lagi sebab nak jaga ayah aku.. aku doakan yang terbaik untuk bro..Selamat Hari Raya bro..
mrnamie recently posted..Persiapan Hari Raya

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 4:44 am

hope ayah ko cepat sembuh, sama2lah kita berdoa agar Allah meringankan beban semua ini. selamat hari raya.

Reply

Kreuger September 8, 2010 at 2:40 am

isa.. aku mintak maaf lambat tau pasal hal ni. sebok dengan anak aku. jadi sekarang ni masih lagi tak sihat ibu hang ye? owh ape lah yang terdaya aku bantu buat masa ni… aku cuma boleh berdoa semoga ibu hang dengan keluarga dijauhkan dari perkara tak sepatutnya.

sedih aku baca entri ni. aku turut simpati. insyaallah.. apa yang terdaya dibantu aku akan cuba. hang pon ade no telepon aku kan? so jangan segan talipon aku kalau ade masalah ok.
Kreuger recently posted..Hentian Jalan Duta memang sebok tak hengat

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 4:46 am

takpa bro, masing2 pun ada komitmen. tak kiralah dalam apa jua keadaan. aku hanya mampu berdoa sahaja sekarang ni. moga2 ibu aku cepat sembuh. insyaAllah kalau aku ada masalah apa2, aku akan cuba hubungi ko. anyway, thanks for your support.

Reply

Ayie September 8, 2010 at 2:45 am

Bro… maaf sebab aku jarang masuk blog ko lagi.. Ni pun aku dapat tahu dari blog zikrihusaini.. apa2 pun.. boleh tak berikan akaun bank…
Ayie recently posted..Sifat yang wajib ada pada seorang blogger

Reply

Mohd Isa September 9, 2010 at 3:39 pm

aku dah send melalui email, terima kasih di atas keperihatinan bro.

Reply

sangilapi September 8, 2010 at 4:37 am

aku dapat khabar ni dari salah seorang pengomen di atas[adamfaiz].

kau ada di kampung sehingga bila,bro? kasi cerita sikit dalam email nanti,keadaan ibu yang sedang sakit tu,apa yang bro tengok sendiri bukan cakap-cakap dari perawat sebelum ini.

dan ada baiknya bro terus letak no acc bank dan no telepon di entry ini memudahkan urusan bantuan [mungkin bro rasa serba salah]

sila email sebelum tengahari,no acc dan no phone,bro :)
sangilapi recently posted..suatu perhargaan

Reply

mrs jamal September 8, 2010 at 7:44 am

ye sokong…letak jer kat blog ni..kami sume boleh amik kat situ..dalam masa 2 minit dh boleh transfer ke akaun isa
mrs jamal recently posted..Susah la kalau macam ni- tak ada ke kemudahan untuk kita

Reply

sangilapi September 8, 2010 at 8:19 am

sehingga sekarang saya belum dapat balasan email dari isa ni,mrs jamal….atau ada sape-sape kenal isa dan tau no phone dia,tolong emailkan :)
sangilapi recently posted..suatu perhargaan

Reply

Mohd Isa September 9, 2010 at 3:43 pm

benar, saya sebenarnya serba salah untuk meletakkan no akaun saya di sini. tetapi oleh kerana ada yang meminta, saya akan tunaikan. terima kasih di atas keperihatinan saudara. saya juga ada mengirim email kepada saudara.

Reply

zezebel September 8, 2010 at 4:42 am

Sedih dengar kisah tuan.
Sila emailkan saya akaun bank dan nama penuh. Saya cuba bantu setakat mana yang saya mampu.
zezebel recently posted..I need digg followers

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:16 am

salam, maaf di atas kelewatan membalas komen ini. sekadar ingin bertanya, sudahkan saya menghantar email kepada awak? jika belum, nombor akaun ada saya sertakan di dalam entri ini. maaf sekali lagi.

Reply

ishak September 8, 2010 at 6:29 am

salam bro ,maaf aku lambat tahu hal ini..aku hanya tahu dari blog bro zik ajer tadi..,yang aku terdaya hanya mampu berdoa agar ibu bro sembuh dengan cepat bro…,dan kalau boleh mari kita sama-sama berdoa ke hadrat ilahi moga dapat diringankan segala kesulitan
ishak recently posted..Tips cari nahas di hari raya

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:14 am

salam bro, maaf lewat reply komen ni. anyway, terima kasih di atas doa yang diberikan. mudah-mudahan Allah mendengarnya dan kembalikan kesihatan kepada ibu aku. terima kasih sekali lg bro.

Reply

mrs jamal September 8, 2010 at 7:42 am

salam dik…
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, apa yang boleh akak cakap sabar la..

bangga dengan ayah adik, sanggup menjaga isteri yang sedang sakit…
moga ibu adik cepat sembuh…
mrs jamal recently posted..Susah la kalau macam ni- tak ada ke kemudahan untuk kita

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:18 am

salam
maaf lewat membalas komen ini, insyaAllah saya akan terus bersabar dan mudah-mudahan doa saya dimakbulkan oleh Allah agar ibu cepat sembuh.

Reply

ST September 8, 2010 at 9:57 am

Bro, letak ler no akaun dlm entri.. (takpun email aku). Sket2 tu aku bolehlah bantu mana termampu. Harap ibu segera sembuh ya
ST recently posted..Selamat Hari Raya Aiditfitri

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:20 am

salam, maaf di atas kelewatan membalas komen ini. sekadar ingin bertanya, sudahkah aku menghantar email? jika belum, aku ada update entri ini. maaf sekali lagi dan terima kasih di atas keperihatinan yang diberikan.

Reply

piewahid September 8, 2010 at 9:58 am

semoga saudara tabah selalu dan semoga bonda diberikan shifa’.
piewahid recently posted..untuk yang tersayang

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:22 am

insyaAllah, semoga ibu cepat sembuh.

Reply

donny September 8, 2010 at 12:08 pm

Kuatkan iman bro..

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:24 am

insyaAllah…aku akan lebih tabah menghadapi semua ini. semoga Allah menguatkan lagi iman aku.

Reply

eyriqazz September 8, 2010 at 12:41 pm

Salam bro…Boleh e-mailkan No. Akaun ke e-mail saya ini : iman1237@hotmail.com .InsyaAllah, gaji masuk akhir bulan ini, saya akan kasi sedikit sumbangan..I know what u feel as my father pun pernah kena buatan orang..until now,blom pulih2 lagi…tapi at least,saya dan adik saya,dua2 sudah bekerja…Nanti e-mailkan ya..InsyaAllah,saya akan cuba bantu yang termampu…
eyriqazz recently posted..Sampaikan Jer 2010

Reply

Mohd Isa September 12, 2010 at 3:06 am

salam bro, maaf di atas kelewatan membalas komen bro. no akaun telah saya updatekan di entri ini. bagaimana keadaan bapa saudara? siapa yang jaganya di rumah sekarang? sama-samalah kita berdoa di atas kesejahteraan kedua ibu dan bapa kita. semoga penyakit yang di alami oleh mereka cepat sembuh. terima kasih di atas keperihatinan bro.
Mohd Isa recently posted..Hidup Ini Tidak Selalunya Indah

Reply

ProfHariz September 8, 2010 at 12:54 pm

Salam Bro Isa… Apa yang aku mampu adalah doakan yang terbaik untuk kau.. Banyakkan berdoa pada allah.. InsyaAllah Allah bersama dengan kau dan keluarga kau ye bro… Itu semua ujian allah ntok kita.. Allah tidak akan membebankan umatnya di luar kemampuan.

Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. sebagaimana dikatakan Al-Qur’an,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Semoga Bro isa sabar menghadapi ujian allah ini..

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)
ProfHariz recently posted..Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:33 am

salam bro, maaf lewat membalas komen bro.
apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih di atas komen yang diberikan. insyaAllah aku akan menghadapinya dengan lebih tabah dan kuat lagi. terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Reply

mummy nana September 8, 2010 at 1:32 pm

Semoga tabah menghadapi dugaan. Akak dr jauh mendoakan kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga mohd isa. Semoga ibu sembuh kembali . Insya Allah.
mummy nana recently posted..Jadual Perjalanan PLUS Raya 2010

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:35 am

terima kasih akak, insyaAllah saya akan lebih tabah lagi. maaf lewat membalas komen akak.

Reply

anuarkarimz September 8, 2010 at 2:36 pm

tumpang simpati dgn story yg dilalui, harap bro tabah hadapi dugaan ni dan banyakkan berdoa kpd Allah

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:37 am

terima kasih, insyaAllah aku akan lebih tabah dan terus berdoa kepada ilahi agar ibu ku cepat sembuh.

Reply

kami September 8, 2010 at 2:54 pm

Salam bro.. Semoga Ibu bro cepat sembuh..
Itu semua dugaan dari Allah.. Disebaliknya ade hikmah yang kita tidak tahu..
Besabarlah lah ,Percayalah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:42 am

salam, mudah-mudahan begitulah hendaknya.
sudah hampir enam bulan ibu aku menghidapi penyakit ini.
semoga apa yang berlaku ini memberi hikmah.

Reply

skyevo September 8, 2010 at 2:55 pm

Bro, hidup memang tak selalunya indah.
Aku pun dulu senasib macam ko.
Tapi apa2 pun, kita sebagai manusia kena kekal tabah.
Sebagai umat Islam, kena berdoa agar dilapangkan daripada masalah camni.
Kalau hidup kita sekarang ditimpa kesusahan, bukan bermakna seluruh hidup kita akan ditimpa malang.
Allah beri kita kesusahan dulu sebab satu hari nanti satu kenikmatan akan datang.
Hanya insan yang tabah yang boleh menikmati kenikmatan tu nanti.
So, buat masa sekarang kena banyak bersabar.
Semoga Allah meringankan sedikit kesusahan yang ditanggung.

Regards,
Afiq@skyevo
skyevo recently posted..Google Android- A Phenomena

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:47 am

terima kasih atas kata2 peransang dari bro, mudah2an apa yang berlaku sekarang ni memberi seribu hikmah di sebaliknya. mudah2an ibu aku cepat sembuh hendaknya. amin, aku hanya sekadar mampu berdoa sahaja sekarang ni. terima kasih sekali lagi bro.

Reply

Nine September 8, 2010 at 6:01 pm

Salam Isa, sabar jer, dugan bulan puasa dan setiap yang berlaku ada hikmahNya..aku harap ko bersabar dan terus dengan pengajian serta bantu keluarga ko nanti..

Kalau aku berada tempat ko, aku pun cam tu gak..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

Buat masa la aku pun tak dapat nak bantu apa yang patut..cuma aku doakan ibu ko cepat sembuh jer Isa..
Nine recently posted..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:49 am

salam bro, maaf aku lewat membalas komen bro. baru sekarang aku dapat on9 balik. ini pun dalam keadaan serabut sedikit. jadi bercelaru aku dibuatnya sekarang. apa2 pun terima kasih di atas doa yang diberikan. semoga Allah dapat mengembalikan kesihatan kepada ibu aku.

Reply

Rasa September 8, 2010 at 11:40 pm

Assalamualaikum saudara.
Semoga kesabaran dan ketabahan saudara akan mendapat ganjaran setimpalm dari Allah swt.
Salam Aidilfitri.
TQ

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:50 am

salam, mudah2an begitulah hendaknya. tiada apa yang dipinta, cukuplah jika ibu ku kembali sihat seperti sedia kala. salam aidilfitri.

Reply

FAIZAL FREDLEY September 9, 2010 at 5:06 am

aku turut simpati..aku doakan agar ibumu akan segra sembuh..sama2 lah kita berdoa…aku harap ko tabah menjalani ujian dari ALLAH ini…

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:55 am

insyaAllah aku akan lebih tabah lagi, terima kasih di atas doa yang diberikan. semoga ibu aku cepat sembuh hendaknya.

Reply

eyra September 9, 2010 at 7:00 am

salam mohd isa,

maaf is. Eyra tatau is ada masalah. Semalam one of the blogger told me to read ur entry. And td blogwaking pn tjumpa entri is. Eyra tatau yg is ada masalah sampai mcm ni sekali.

Is, eyra mungkin eyra tak mampu bg bantuan dr segi kewangan, tp dari jauh eyra titipkan doa buat ibu is. I know how u feel since i lost my uncle last year due to the same problem. Is blogger pertama yang eyra jmpa di alam nyata, and eyra tahu is strong enough to face all this. Is abg yang kuat kan? Kuatkan iman, kuatkan hati untuk adik2 is.

Semoga ibu is sembuh. Semoga penghujung ramadhan ini memberi sedikit rahmat dan keberkatan kpd keluarga is. Moga allah membantu dan memberikan petunjuk. Salam lebaran dari eyra buat is sekeluarga.

*menitis air mata ketika membaca dan menaip di ruangan komen ini

Reply

eyra September 9, 2010 at 7:02 am

salam mohd isa,

maaf is. Eyra tatau is ada masalah. Semalam one of the blogger told me to read ur entry. And td blogwaking pn tjumpa entri is. Eyra tatau yg is ada masalah sampai mcm ni sekali.

Is, eyra mungkin eyra tak mampu bg bantuan dr segi kewangan, tp dari jauh eyra titipkan doa buat ibu is. I know how u feel since i lost my uncle last year due to the same problem. Is blogger pertama yang eyra jmpa di alam nyata, and eyra tahu is strong enough to face all this. Is abg yang kuat kan? Kuatkan iman, kuatkan hati untuk adik2 is.

Semoga ibu is sembuh. Semoga penghujung ramadhan ini memberi sedikit rahmat dan keberkatan kpd keluarga is. Moga allah membantu dan memberikan petunjuk. Salam lebaran dari eyra buat is sekeluarga.

*menitis air mata ketika membaca dan menaip di ruangan komen ini…

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:58 am

salam eyra,
maaf is lewat membalas komen dari eyra. biasalah, is ni suka simpan masalah. bila dah tak mampu nak tahan, kena cerita juga. is tak tahu nak buat macam mana lagi. is betul2 buntu sekarang ni, serabut pun ada. anyway thanks for ur support. i hope one day my mum will happy back. insyaAllah.

Reply

eyra September 26, 2010 at 6:00 pm

Allah sentiasa ada disamping kita. ingat tu :)

Reply

Mohd Isa September 26, 2010 at 6:48 pm

mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin
anyway, thanks for ur support.

Reply

RedBoys September 9, 2010 at 1:00 pm

salam bro.. aku taktahu yg bro ada masalah ni.. aku baru tahu dr ayie… aku tak mampu nak tolong dr segi kewangan.. aku harap bro sabar dan tabah.. harap ibu bro kembali sembuh.. Amin~

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 8:59 am

salam bro, maaf lewat membalas komen bro. apa2 pun terima kasih atas keperihatinan bro. mudah2an tuhan mendengar setiap doa yang diberikan agar ibu aku cepat sembuh.

Reply

ejoncb September 11, 2010 at 1:45 am

sabar yer.. Doa banyak2 supaya mak cepat sembuh. Tiap dugaan ada hikmah yg menanti..
hmm…pasal sakit mak, Kalau awk dh bw berubat tapi tak sembuh, awak wat la solat hajat selalu n baca Yasin banyak2, mintak Allah sembuh kan sakit mak. Suruh mak pun baca jugak byk2 tiap masa supaya gangguan tuh Insyaallah hilang.
Apa-apa pun, semua kuasa Allah. Jangan putus asa berdoa yer.
Ini aje la yg boleh saya tlg. Bab kewangan, tak dapat nk tl. huhu

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:02 am

insyaAllah, saya akan lebih bersabar dan lakukan apa yg patut. semoga Allah dapat meringankan semua ini. InsyaAllah, apa2 pun terima kasih atas nasihat yang awak berikan.

Reply

khairolghani September 14, 2010 at 8:10 pm

tak sangka besar dugaan yang bro lalui..bersabarla..dugaan ini menunjukkan betapa sygnya Allah pada bro..pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian..
khairolghani recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:05 am

itulah, aku pun tak sangka benda macam ni boleh berlaku dalam keluarga aku. semoga apa yang berlaku ni ada hikmahnya, apa yg mampu aku lakukan sekarang ni hanyalah sekadar berdoa agar ibu aku cepat sembuh. aku pun dah tak tahu nak buat apa lagi.

Reply

mijie September 15, 2010 at 9:52 am

salam bro,

aku rasa akulah manusia paling terlewat tahu pasal kisah ni, minta maaf bro, aku tahu pun melalui sangilapi si rezekimurah tu.

Pertamanya aku harapkan bro sentiasa tabahkan hati dan insyaAllah setiap penyakit ada ubatnya. Aku doakan ibu bro akan cepat sembuh.

Buat masa sekarang hanya doa mampu ku kirimkan untuk bro dan sekeluarga
mijie recently posted..Cerita selepas hari raya

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:08 am

salam bro,
tak menjadi kesalahan tahu awal ataupun lewat
aku pun kalau boleh tak mahu menyusahkan kawan2 aku
tapi bila dah keadaan macamni, aku tak tahu nak story kat sapa lagi
apa-apa pun terima kasih sebab sudi mendoakan kesejahteraan ibu aku dan keluarga. semoga Allah mengembalikan kesihatan kepada ibu aku. tak sanggup lagi aku melihat penderitaan ibu aku.

Reply

farah September 15, 2010 at 3:59 pm

sabar yer bro..insyallah semua masalah ade penyelesaian die..bykkkan bersabar:)
farah recently posted..Contest Terbaru- Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM110!

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:09 am

insyaAllah farah, tapi itulah. kadang2 tidak tertahan rasanya.

Reply

amry September 16, 2010 at 1:28 am

firast time landing kat blog sedara ni. tak tau pula sedara dalam masalah…banyakkan besabar k…ada hikmah disebalik semua ni…sedara seharusnya berbangga kerana sedara seorang anak yang soleh…insyaallah sedikit sumbangan akan saya berikan…banyakkan besabar..moga ibu sedara cepat sembuh….cek email. ada sesuatu saya nak beritahu.
amry recently posted..Masih Tak Percaya Dengan HyprobulkSMS

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:11 am

insyaAllah saya akan terus bersabar dan cuba kuatkan semangat untuk menghadapinya…maaf di atas kelewatan membalas komen ini…apa-apa pun terima kasih di atas keperihatinan saudara….

Reply

mji September 16, 2010 at 1:04 pm

keindahan tidak semestinya datang dari kesenangan hidup. Kesusahan sebenarnya adalah suatu keindahan bila kita kembalikan semuanya kepada Allah. Dan kesusahan sebenarnya mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita yang Maha Agung. Bila kita dapat menitiskan airmata bila kita merasakan betapa lemahnya kita, maka itu sebenarnya keindahan yang maha indah.

Bukan semua kita dapat merasakan betapa dekatnya kita kepada Allah.

Ingat juga bahawa sesuatu kejadian tersembunyi seribu rahmat yang kita sendiri mungkin sukar mencarinya.
mji recently posted..Keselamatan negara tanggungjawab siapa sebenarnya

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:14 am

benar apa yang dikatakan…tidak ada salahnya…dan saya dapat merasakannya…cuma itulah…sebak dan pilu mengenangkan nasib yang dilalui ketika ini….tidak tertahan rasanya melihat penderitaan yang dialami oleh insan yang paling bermakna dalam hidup ini…

Reply

hyprobulksms September 17, 2010 at 2:17 am

Macam mana keadaan sekarang ni… saya harap ada perubahan yang lebih baik telah berlaku.
hyprobulksms recently posted..Membina link dengan kata kunci domain affiliate

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:15 am

tak tahu nak cakap macam mana, kadang2 ok. kadang tak, saya sendiri tidak tahu nak cerita bagaimana. kalau diperhatikan wajah ibu, memang amat menyedihkan.

Reply

Azuan September 17, 2010 at 7:31 pm

emm, byk2 bersabar bro.. moga dipermudahkan OlehNya.. Anyway, lama x nampak ko ni..
Azuan recently posted..Google Page Rank Update Blog Azuan Berstatus PR5

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:19 am

insyaAllah bro…ni aku baru dapat on9 balik…tp rasa macam takda mood lagi nak berblog…pelan2 membalas komen ni…serabut…

Reply

Azuan September 24, 2010 at 4:27 pm

x pe bro.. sabar2..
eh, yg ari tu ko ckp pasal thesis tu mcm ne?
yg developer tu?
Azuan recently posted..Google Page Rank Update Blog Azuan Berstatus PR5

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 10:04 pm

aku tak send lagi ke?
kalau belum nanti aku send kan
ko mesej ko no phone aku
senang skit aku nak ingat.

Reply

Azuan September 25, 2010 at 2:21 am

Emm, tak pun..
nnti ko free2, send lah ke admin@azuanrazi.com
Azuan recently posted..DiGi iPhone 4 Me

Mohd Isa September 25, 2010 at 2:09 pm

ok bro, malam kang aku send.
kalau boleh petang karang send mesej kat aku.
takut lupa plak. :)
Mohd Isa recently posted..Budi Baik Yang Tidak Terbalas

Reply

Azuan September 25, 2010 at 9:35 pm

ok bro.. ko ingat ko send lah.. :)
Azuan recently posted..DiGi iPhone 4 Me

Mohd Isa September 25, 2010 at 10:25 pm

bro, aku dah send dah.
ko belek2 la dlu, aku pun tak belek lagi thesis tu. hehe

Reply

Azuan September 26, 2010 at 12:23 am

ok bro..
mekasih byk2..
nnti ada free2, aku belek2 lah..
ni versi penuh 1.8 ek? paling terbaru tu ke?
Azuan recently posted..DiGi iPhone 4 Play

Mohd Isa September 26, 2010 at 5:42 pm

sama-sama
ini yg aku dapatlah
org bagi, cuma tak pakai lagi
ingat nak test pada localhost dlu
full developer katanya
tapi tak tahu apa bezanya dengan skg ni
hehe, bro belek2 la dlu yerk

Reply

Azuan September 27, 2010 at 9:28 pm

Ooo.. ye ke..
aku pun nak tgk gak apa bezanya..
Azuan recently posted..DiGi iPhone 4 Real

Mohd Isa September 28, 2010 at 2:31 am

itulah, aku pun tak tgk lagi apa bezanya.
kalau bro dah ushar, bgtau la. mana tahu ada benda menarik ke. :)

Reply

Azuan September 29, 2010 at 1:34 am

ok bro..
Azuan recently posted..OST Drama Chinta Akasia TV3

samanosuke_04 September 20, 2010 at 12:54 pm

for real bro? sedeyh gak kisah ko.. hm.. blog semua sama, tapi penulis sapa taukan? tak sangka ader gak orang yang susah2 blogging, mantap arh, teruskan usaha, jap agi ader laaa rezeki tuuu.. iA

btw, apsal gambar atas tue aku penah nampak kat blog jaws rr? nie kontest punye post ke?
samanosuke_04 recently posted..Eid Mubarak PascaSPM!

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:24 am

uiks, ini bukan contest la bro. pic mana2 boleh dapat bro. tp hati yang sedih dan otak yang serabut ni sapa nak tahu. sedih memang sedih, bila melihat org yg kita sayang dilanda musibah begini. terutama ibu yg melahirkan kita. air mata aku ni asyik jatuh ke bumi sahaja. tak tahulah bila ibu aku akan sembuh seperti sediakala.

Reply

Adlan Khalidi September 21, 2010 at 5:04 pm

salam bro. aku simpati dengan nasib ko ni. setiap dugaan dari Allah tu ada hikmahnya. semoga hidup bro akan lebih baik selepas ini. banyak bersabar dan berusaha!
Adlan Khalidi recently posted..My Weekly Tweets on First week of Eid

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:27 am

salam bro, maaf lewat membalas komen bro. mudah2an begitulah hendaknya, semoga apa yg berlaku ketika ini ada hikmah disebaliknya. insyaAllah aku akan lebih bersabar dan terus berdoa kepada Allah swt.

Reply

rashid September 22, 2010 at 8:20 pm

Baca yassin banyak2 ye bro…bukan apa, khasiat yassin tu sangat banyak…mogo bro dihindari rasa susah hati…saya di sini mampun sedekahkan doa…aminnn
rashid recently posted..Magika- Yang Ditunggu Telah Keluar 23 September 2010

Reply

Mohd Isa September 24, 2010 at 9:38 am

insyaAllah bro, terima kasih di atas doa yang diberikan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak