Hidup Blogger Sempena Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53

by on August 31, 2010

Hidup Blogger Sempena Kemerdekaan Malaysia

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam 1Malaysia dan salam kemerdekaan daripada Blog Mohd Isa, entri ini ditulis kira-kira jam 11 malam. Dikala anak-anak muda sedang mencari port yang sesuai untuk menonton pertunjukkan bunga api, mat-mat rempit mencari jalan-jalan yang sesuai untuk aktiviti mereka di malam merdeka. Itulah kebiasaan yang sering dilakukan setiap kali tibanya malam kemerdekaan.

Bohong aku cakap kalau tiada anak-anak muda yang melakukan aktiviti-aktiviti yang aku nyatakan sebelum ini. Bohong juga jika aku tidak pernah melakukan aktiviti sebegitu, tetapi usia telah mematangkan aku. Aku sudah mengerti yang mana baik dan buruk buat diri aku dan diri orang lain. Itu kisah yang tidak baik, kepada anak-anak muda. Sila jangan jalankan aktiviti yang tidak berfaedah itu.

Tidak salah jika ingin berseronok di malam kemerdekaan, tetapi berfikirlah dari segi baik dan buruknya aktiviti yang ingin dijalankan. Itu sekadar nasihat daripada rakan buat rakan dan anak-anak muda zaman sekarang. Sekadar mukadimah buat entri aku pada kali ini, Hidup Blogger Sempena Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53.

Sudah hampir 4 tahun aku menghabiskan hidup aku di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sejak aku mula menjejakkan kaki aku di UniMAP pada tahun 2007. Sepanjang aku menetap di Perlis, tidak pernah aku merasakan nikmat pada malam kemerdekaan. Tiada apa yang happening di Perlis ini berbanding di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Penang dan sebagainya.

Paling hebat pun, perbarisan dan pertunjukkan bunga api di Stadium Utama Kangar, Perlis. Itupun aku tak pernah melihatnya, sekadar mendengar perbualan rakan-rakan seperjuangan. Teringat aku di zaman persekolahan dahulu, ketika di tingkatan 2. Waktu itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Di mana aku berpeluang untuk menyertai pertunjukkan formasi bendera (Jalur Gemilang) dan logo kemerdekaan pada tahun 1999 dengan motto “Bersatu Ke Alaf Baru” sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-42.

Itulah pengalaman yang paling manis dalam hidup aku pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang tidak pernah aku lupa hingga kini. Tetapi agak malang sekali, aku tidak berpeluang merakam saat-saat tersebut. Mana tidaknya, kamera tiada apatah lagi telefon bimbit berkamera. Sekarang sudah memiliki kamera, telefon bimbit berkamera pun ada. Tapi saat itu tetap tidak mampu dirakam kerana keadaan dan masa tidak sama. Hanya kenangan sahaja mampu terpahat di fikiran dan sanubari aku.

Itu kisah beberapa tahun dahulu dan kini lain pula kisahnya, akan aku laungan “Hidup Blogger!” untuk kemerdekaan pada tahun ini. Itu janji aku dalam entri sebelum ini, “Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger” yang membawa maksudnya tersendiri. Kerana hari ini, aku percaya dengan perkembangan dunia blogging di Malaysia kini. Mampu membawa satu impak dan pembaharuan kepada negara tercinta.

Sebagai contoh, dengan adanya blog 1Malaysia dapatlah Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib menyampaikan konsep 1Malaysia kepada rakyat Malaysia dengan lebih meluas bukan sekadar menyampaikannya di dada akhbar dan kaca televisyen sahaja. Percaya atau tidak, sudah ramai ahli politik sekarang mempunyai blog tersendiri. Seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Jadi, bagi aku seorang rakyat Malaysia dan mempunyai blog dan Hidup Sebagai Seorang Blogger. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna melalui blog aku buat rakyat Malaysia semua. Seperti apa yang dilakukan oleh saudara Ilham melalui blog beliau, Denaihati.com dengan tagline “Hidup Untuk Memberi” memang banyak penyampaian yang bermakna.

Nota Merdeka 53: Kepada semua blogger, sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ini bermulalah menyampaikan sesuatu yang bermakna buat rakyat Malaysia. Tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun. :)

ADVERTISEMENT

{ 25 comments… read them below or add one }

mancai August 31, 2010 at 3:08 am

selamat menyambut hari kemerdekaan bro…

Reply

Mohd Isa August 31, 2010 at 9:06 pm

thanks bro…:)
pergh, kejap je dah merdeka. nak raya plak ni. :)

Reply

ENCIK TIKUS August 31, 2010 at 4:13 am

semangat gila bila baca ini entry. bahhaaahaha

Reply

Mohd Isa August 31, 2010 at 9:07 pm

terima kasih…:)

Reply

hyprobulksms August 31, 2010 at 4:32 am

Hari ini puas saya meronda naik motor dengan konvoi merdeka peringkat kampung, merasa juga kemeriahannya.
hyprobulksms recently posted..Testimonial program affiliate hyprobulksms

Reply

Mohd Isa August 31, 2010 at 9:09 pm

wah, bestlah ada program macam tu
saya tak join program apa-apa pun
kat mana kampung bro?

Reply

Nasrul Hanis August 31, 2010 at 2:23 pm

Entri yang penuh bersemangat!

Memang tak dinafikan perasaan gembira menyambut Merdeka.. tapi jangan dilupa erti Merdeka bukan pada hanya laungan “Merdeka!” atau mengibarkan bendera selama beberapa minit kemudian membuangnya di tepi2 jalan.

Merdekakan hak, fikiran dan kebebasan bersuara. Merdeka! :D
Nasrul Hanis recently posted..Tingkatkan Prestasi Blog Anda Dengan Thesis

Reply

Mohd Isa August 31, 2010 at 9:12 pm

benar tu, merdeka bukan sekadar di bulan kemerdekaan sahaja.
merdeka bukan sekadar menulis entri ataupun mengibarkan jalur gemilang sahaja.
merdeka perlu ada setiap masa dan dipertahankan selalu. :)

Reply

syahrilhafiz August 31, 2010 at 6:16 pm

entri penuh bermakna..
salam kemerdekaan bro…=)
syahrilhafiz recently posted..Sindrom Seorang Blogger

Reply

Mohd Isa August 31, 2010 at 9:15 pm

terima kasih, salam kemerdekaan juga buat bro. :)

Reply

ashraf August 31, 2010 at 9:18 pm

oh, bro study kat UNIMAP rupanya..wife aku kerja kat UNIMAP bahagian Konvo…bro dok kolej kediaman mana?
ashraf recently posted..Muat Turun MP3 Raya

Reply

Mohd Isa September 1, 2010 at 12:12 am

aha, baru tau ke? hehe, aku patutnya dah abis. tp gatal g drop paper, kena tambah setahun lagi. aku duk kat kg wai. :)

Reply

ashraf September 1, 2010 at 4:53 am

haha baru tau,oo..kg wai, napa pilih belajar kat Perlis kan dah tak tau nak pi mana…tapi kalau nak enjoy gak kena pi Penang la… hee:)

Reply

Mohd Isa September 1, 2010 at 5:44 am

dah rezeki dapat di sini, takkan nak menolak pula. tolak tuah namanya tu, orang lain ada yang apply tak dapat mana-mana lagi sedih. selalu nak enjoy pun g alor setar jerk. nak g penang tu jarang sekalilah. :)

Reply

Hadi Rofiee August 31, 2010 at 9:57 pm

Salam kemerdekaan..

Semoga anak2 muda mampu memikirkan secara rasional di antara yg baik & buruk.. :-)
Hadi Rofiee recently posted..Pelik tetapi benar

Reply

Mohd Isa September 1, 2010 at 12:15 am

salam kemerdekaan juga, insyaAllah. mudah-mudahan mereke semua dapat berfikiran dengan lebih matang dan panda memilih atara buruk baik kehidupan. :)

Reply

zoul August 31, 2010 at 10:54 pm

Aku suka entri ni… ada aura dan semangat dan tak ketinggalan dengan ‘LINK’ sekali tu… hi hi

MERDEKA!
zoul recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan Lebih Seronok Kalau

Reply

Mohd Isa September 1, 2010 at 12:17 am

terima kasih, tapi tak faham. dengan link sekali? maksudnya?

Reply

hafidz September 1, 2010 at 11:55 am

Selamat berpuasa didalam bulan kemerdekaan~
Merdeka! =)
hafidz recently posted..Butterfingers – Merdeka

Reply

Mohd Isa September 1, 2010 at 9:46 pm

terima kasih hafidz. :)

Reply

wazy September 2, 2010 at 5:45 am

entri yang sungguh bermakna
selamat menyambut kemerdekaan bro,sorry lambat wish
wazy recently posted..Qiara-Hanya Padamu

Reply

Mohd Isa September 2, 2010 at 8:02 pm

terima kasih bro, its ok. merdeka aku setiap hari. cuma perlu pastikan sentiasa kemerdekaan milik kita. :)

Reply

kulanz September 2, 2010 at 10:33 pm

Salam kemerdekaan bro,
moga semua blogger dapat menamkan semangat cintakan tanahair dalam diri..
kulanz recently posted..Statistik Blog Bulan Ogos 2010

Reply

Mohd Isa September 3, 2010 at 1:27 am

terima kasih bro, moga-moga semua blogger dapat berbuat demikian. :)

Reply

sofian September 4, 2010 at 4:40 pm

merdeka?hehe..nice post bro…luar topik skit, sblh utara mmg takde happening macam dok kl tuh sebab tu org kl tak brp suka p utara :) takde tmpt nk enjoy
sofian recently posted..Reset BIOS password dari Windows dengan CMOS De-animator

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak