Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

by on August 29, 2010

Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Ini kisah hidup aku sebagai seorang blogger, sudah setahun lebih aku bergelar sebagai seorang blogger. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku hadapi sebagai seorang blogger. Setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini, pasti ada sahaja masalah yang dihadapi. Tidak kira mudah ataupun susah, kita tetap terpaksa menghadapinya.

Hidup aku sebagai seorang blogger bermula kira-kira setahun lebih yang lepas, tidak silap aku semasa aku menjalani latihan industri di TM Research & Development (TM R&D) Cyberjaya pada Disember 2008 hingga Mei 2009. Bermula dengan blog peribadi berasaskan platform Blogspot. Maklumlah, masih baru berjinak-jinak dengan dunia blogger. Tidak mengenal apa itu WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya.

Sebenarnya, asas aku membina blog ini adalah sekadar ingin melepaskan tekanan di dalam hidup aku seharian. Tidak terlintas dalam hidup aku untuk menjadi seorang blogger waktu itu. Masalah yang aku hadapi dapat aku lupakan seketika apabila menulis atau mengarang sesuatu di blog aku. Melawat blog rakan-rakan juga mampu menghilangkan stress yang aku hadapi.

Sehinggalah aku memasuki beberapa blog yang mempunyai domain sendiri, aku berasa pelik dan hairan. Bagaimana mereka memiliki domain tersebut, maklumlah aku orang baru. Tidak kenal domain dan hosting pada waktu itu. Sehinggalah aku bertanya soalan agak bodoh ketika itu. Bagaimana hendak memiliki dot com sendiri? Tidak pula aku menyebut domain, memang lucu bila mengimbas saat itu.

Hasilnya, aku membeli domain mohdisa.com pada 12 Mei 2009 tetapi masih menggunakan platform Blogspot sebagai blog aku ketika itu. Aku beli domain tersebut daripada rakan aku di forum Ubuntu.com.my. Aku semakin galak ingin menjadi seorang blogger, hampir setiap masa yang terluang. Aku habiskan dihadapan blog aku sendiri.

Sehinggalah beberapa orang blogger yang aku kenal di dalam dunia blogging ini mengajak aku menggunakan platform (CMS) WordPress self hosting untuk terus hidup sebagai seorang blogger. Minta maaf, sebab aku sendiri tidak berapa ingat siapa di antara blogger awal yang aku kenali dahulu. Aku mula mendapatkan hosting sendiri di JomlaHost.my dengan harga murah dahulu iaitu pakej unlimited iaitu RM69 sahaja.

Tetapi malang tidak berbau, belum sempat setahun usia hosting tersebut. Secara tiba-tiba, akaun hosting aku telah di’suspended’ tanpa sebarang sebab yang munasabah. Itulah cabaran yang paling berat aku hadapi dalam hidup seorang blogger. Ditambah pula, aku tidak berjaya mendapatkan backup untuk database daripada pihak hosting tersebut.

Aku hampir ingin berhenti hidup sebagai seorang blogger, sehinggalah aku berjumpa dengan beberapa orang blogger yang pemurah untuk menaja hosting baru untuk aku terus hidup sebagai seorang blogger. Blogger tersebut adalah saudara Ilham iaitu pemilik Denaihati.com penganjur SEO Contest Hidup Seorang Blogger ini sendiri.

Tidak lupa juga kepada Kak Jie, pemilik blog Kujie2.com yang turut memberikan sumbangan kepada aku ketika itu. Itulah hidup seorang blogger sebenarnya, bukan sekadar berkongsi ilmu yang ada melalui penulisan di blog. Bahkan prihatin sesama blogger lain seperti yang dinyatakan oleh Anarm dalam komen beliau sebelum ini.

Memang benar apa yang dibawakan oleh Denaihati.com iaitu Hidup Untuk Memberi, aku mula merasai apa itu kehidupan sebagai seorang blogger. Bukan sekadar mengarang entri, mencantikkan blog, mengetahui ilmu SEO, mendalami apa itu coding dan sebagainya. Hidup seorang blogger adalah hidup sebagai masyarakat, menyampaikan apa yang patut. Membantu apa yang sepatutnya, memenuhi apa yang perlu dipenuhi.

Itulah erti hidup sebagai seorang blogger, kini aku berbangga menjadi seorang blogger. Aku mula mempunyai ramai kawan di dunia blogging ini. Ada yang pernah bertemu, ada yang belum berkesempatan untuk bertemu. Blogging With Passion mula menjadi antara prinsip hidup aku. Terima kasih kepada semua blogger yang ada, terutama kepada blogger-blogger Malaysia yang aku kenali. Tanpa anda, siapalah saya. :)

Hidup Blogger! Akan aku laungan di ambang merdeka nanti. Sekian, ini kisah Hidup aku sebagai seorang blogger.

ADVERTISEMENT

{ 44 comments… read them below or add one }

boy_bersahaje August 29, 2010 at 12:30 am

Huhuhu, kesah hidup yang best dan aku suka. best betul ko start dah ade org sponsor. aku start blogging dulu dengan bermodalkan $10. Dari situ baru kembangkan sikit sampailah sekarang. xde org yg nk sponsor aku mase tu :(

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 2:51 am

uiks, aku start duit sendiri dlu la bro. time hosting aku kena suspend baru ada orang nak sponsor. mana tidaknya, time tu aku mana ada sen. tp bila dah pakai hosting baru ni, memang puas hati abislah. :)

Reply

fahmi ibrahim August 29, 2010 at 12:34 am

Hidup ibarat roda. Ada naik pasti ada turunnya. Bila dah turun tu, baru ada thrill nak bangkit semula. Aku orang baru dalam dunia blogging ni. Merangkak pun belum. Tengok semangat blogger lama, terasa perlu lebih berusaha keras. Apepun selamat berjaya!
fahmi ibrahim recently posted..Keputusan Undian UEFA Champions League

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 2:52 am

betul tu, ada masa kita di atas. ada masa kita dibawah, bila di bawah barulah nak berusaha lebih. itu orang kita, tapi dalam blogging ni. setiap masa perlu bekerja. :)

Reply

wazy August 29, 2010 at 12:38 am

Memang banyak rencah di dunia blogging ni
teringat juga masa mula-mula kenal blog,macam-macam nak letak untuk setiap entri
good luck bro
wazy recently posted..1 Malaysia – Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Ke 53

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 2:55 am

haha, samalah aku. tambah plak widget. kalau boleh nak taruk macam2 kat widget. :)

Reply

syahrilhafiz August 29, 2010 at 9:45 am

wah memang syok la macam tu eh..
dah berblog ramai je orang yang kenal..
familiar la gini..
syahrilhafiz recently posted..Semuanya tentang fikir kehadapan

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 7:50 pm

memang menyeronokkan bila berblog ni
kita akan dapat lebih ramai kenalan
tidak kira dari ceruk mana pun
tambahan pula orang yang faham dengan bahasa kita
kalau menulis dalam english maybe lebih ramai kenalan yang kita akan dapat :)

Reply

bikesifoo August 29, 2010 at 10:43 am

good luck bro

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 7:52 pm

thanks bro. :)

Reply

syafiq.net August 29, 2010 at 12:50 pm

huh. nasib aku tak lah sampai begitu dasyatnya. hosting ok, tak de banyak masalah. memang blogging banyak manfaat. aku rasa boleh buat tajuk debat haha
syafiq.net recently posted..Hidup Seorang Blogger- Hidup Untuk Memilih

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 7:56 pm

mungkin di situ silap aku mula-mula memilih hosting
maklumlah, waktu tu aku tak tahu apa-apa tentang pemilihan hosting
sykur alhamdulillah, kali ini aku sudah pandai memilih hosting yang baik
malah lebih mahir memberi pendapat kepada blogger2 baru yang ingin melanggan hosting

benar, blogging byk manfaatnya jika kita sendiri berfikiran terbuka
banyak perkara yang boleh didebatkan :)

Reply

syafiq.net August 29, 2010 at 9:02 pm

yup. aku juga banyak belajar dari blog. betul salah itu kira belakang. asal kita belajar diakhirnya :D

tapi kalau salah tu kene la betulkan haha
syafiq.net recently posted..Hidup Seorang Blogger- Hidup Untuk Memilih

Reply

Nasrul Hanis August 29, 2010 at 1:08 pm

memang kita kena bermula dari bawah. Problogger2 yang ada sekarang ni pun dulunya bermula dengan zero juga.. sikit2 naik dan mula dikenali. Btw keep blogging bro!
Nasrul Hanis recently posted..Tingkatkan Prestasi Blog Anda Dengan Thesis

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 8:00 pm

benar tu, bukan mudah nak berada di atas.
semuanya bermula daripada bawah, zero ilmu.
dari situ kita akan pelajari semuanya dan perlu dipraktikkan.
anyway, thanks for ur support. :)

Reply

Hadi Rofiee August 29, 2010 at 2:55 pm

”Hidup Untuk Memberi”

ada maknya tersendiri.. Hidup perlu b’masyarakat walaupun di alam maya ( dunia blog). :mrgreen:
Hadi Rofiee recently posted..Pelik tetapi benar

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 9:40 pm

benar tu, hidup untuk memberi dengan penuh keikhlasan. insyaAllah pasti ada balasannya…:)

Reply

Nine August 29, 2010 at 3:54 pm

smart Isa penulisan ko, khusyuk aku baca, yup aku masih ingat ko pakai domain dot com kat blogspot dulu..tahun lepas, masa tu duk kenal ngan adzfar..

sekarang ko dah makin mantap, semakin hari semakin passion ngan dunia blog nih…gud Isa, n gudluck ngan contest nih bro :)
Nine recently posted..CONTEST Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 9:48 pm

thanks bro, sekadar menulis secara santai bak kata denaihati. baru aku teringat, antara blogger terawal yang aku kenal. ko dan adzfar. teringat aku masa menuntut ilmu dengan adzfar mengenai wordpress. cuba2 dekat free hosting. ko pun nak belajar sekali. lepas tu buat frontpage sama2, ikut gaya adzfar. tp skg ni dia menyepi jerk. :)

anyway, thanks bro. :)

Reply

Abang Chik August 29, 2010 at 6:00 pm

saat paling sedih kene suspend account mesti rasa macam dah putus harapan…..tahniah sebb bangkit semula bro semoga menjadi blogger yang lebih berjaya
Abang Chik recently posted..Ray ban Classic Metal Leather

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 9:55 pm

tahu takpa, memang sedih gila time tu. ditambah pula dengan layanan pihak hosting yang kurang memuaskan, memang sedih tambah sakit hati terus. tapi nasib baik aku ni tak suka memburukkan orang. kalau tak dah lama kena kutuk. anyway, terima kasih bro atas ucapan tahniah. :)

Reply

haru August 29, 2010 at 8:03 pm

aku nasib baek ko ade bro..kalu x kena mimpi je la nk gune domain n hosting sndri..hoho
haru recently posted..Contest- Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 9:58 pm

uiks, jgn cakap macamtu. kalau aku takda pun ramai lagi boleh ajar ko. cuma ko perlu belajar perlahan2. lama mahirlah tu. sebb aku tengok ada masalah skit pada theme yg ko pakai skg ni.

Reply

haru August 29, 2010 at 10:02 pm

kalu blja on9 ssh cket..die kena face 2 face baru sng blja..
hmm aku rase bkn cket..byk kot error..tensen dah aku..haha
haru recently posted..Contest- Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 10:11 pm

haha, takpa2. nnt ada masa aku ajar ko. tp aku suggest tukar theme je. haha

Reply

haru August 29, 2010 at 10:16 pm

mmg nk tukar..tgh survey gk nie..kl boleh nk tkar sebelum blk cuti sbb nk suh ko tlg adjuz2 ape yg patut(yg kena mngena ngan coding) sbb aku xreti lg..
haru recently posted..Contest- Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Mohd Isa August 30, 2010 at 12:27 am

pergh, time cuti nak suh aku adjust plak yerk. cam la kampung aku ada tenet. haha

Reply

Azizwan August 29, 2010 at 9:09 pm

tak tahu nak komen apa.. tp bab database hilang tu memang sangat menyakitkan hati sbb aku pernah kena.. kalau sbb diri sendiri maybe tak mengapa tp ianya dsebabkan oleh pihak server.

suka dgn prinsip blogging with passion tu..

akhir kata, keep on blogging and just look forward =)

Reply

Mohd Isa August 29, 2010 at 10:03 pm

tahu takpa, hampir putus asa aku time tu. nasib baik ada rakan blogger yang ingin membantu. database ilang memang sedih gila la, abis semua komen dan entri hilang macam tu sahaja.

blogging with passion akan ku jenamakan satu hari nnt. hehe

anyway, thanks bro. :)

Reply

ashraf August 30, 2010 at 12:38 am

huhu, begitu ceritanya….lebih kurang sama dng aku…bermula pada awal 2008 dng platform blogspot kemudian ke domain sendiri akubadboy.com kemudian + hosting terbina la tunashraf.com… happy blogging bro :)
ashraf recently posted..Sampul Duit Raya Berbentuk Wang Kertas

Reply

Mohd Isa August 30, 2010 at 1:47 am

oic, mana pegi domain akubadboy tu? dah tak pakai ke? anyway, happy blogging to u to. :)

Reply

ashraf August 30, 2010 at 1:57 am

ada lagi bro.. http://www.akubadboy.com tapi skg dah stop, dah berhabuk pun.. sejak guna wordpress dah tak sempat nak update 2 blog dlm satu masa..hehee

Reply

Mohd Isa August 30, 2010 at 2:26 am

oic, bape lama dah usia domain tu? rugilah kalau tak pakai, hosting ko takleh add domain lagi ke? guna wp gak. :)

Reply

DonHa August 30, 2010 at 9:51 pm

ingat balik kisah lama bagus bro. boleh betulkan mana yang kurang.masa awal2 dulu buat blog dulu, saje nak kumpul koleksi gambar je. sekarang baru belajar menulis. roflt!
DonHa recently posted..Permainan orang kafir

Reply

Mohd Isa August 30, 2010 at 10:14 pm

tak salah kalau nak mengumpul koleksi gambar, aku dlu macam tu juga. aku menulis melalui gambar. dengan gambar aku menulis entri aku. banyak otai blogger yang bermula dari situ. bukan senang nak generate idea untuk menulis. jalan mudah, kita generate dari gambar. dari gambar kita mula menulis. :)

Reply

Rjuna September 1, 2010 at 11:40 pm

Tahukah anda, Abg Juju belajar buat blog wordpress hanya melalui ebook dan kaedah trial n error, maka terhasil la Rjuna.net seperti sekarang, pengalaman adalah guru terbaik

sekarang sedang memperbaiki cara penulisan, dan memikat hati pembaca hehe
Rjuna recently posted..Suatu Masa

Reply

Mohd Isa September 2, 2010 at 7:48 pm

wah, hebat tu. aku guna wordpress pun orang ajar. siap tolong setupkan dlu kat free hosting, kaedah cuba-cuba. bila dah familiar baru berpindah sepenuh. syukur alhamdulillah, sekarang dah makin mahir. :)

samalah kita, sentiasa akan memperbaiki penulisan demi memikat hati pembaca dan menurunkan peratus bounce rate. hehe

Reply

Hidup Seorang Blogger Borneo September 2, 2010 at 6:22 am

Sebuah kisah yang menarik, hampir sama prosesnya seperti apa yang telah saya alami 3 tahun yang lalu. Trims…

Reply

Mohd Isa September 2, 2010 at 8:10 pm

sama-sama, banyak lagi perkara yang berlaku yang masih belum dikongsikan semasa berblogging ini. nanti saya karangkan untuk tatapan pembaca. :)

Reply

etomyam September 2, 2010 at 1:02 pm

pengalaman yg cukup beerti dan seribu kenangan ni bro..semoga selepas ni semakin aktif berkarya
etomyam recently posted..August Review- 20 Blogger Paling Steady

Reply

Mohd Isa September 2, 2010 at 8:12 pm

terima kasih bro, insyaAllah aku akan terus berkarya. ingin jadi seperti bro. banyak perkara yang mampu bro karangkan buat pembaca. :)

Reply

diriku September 3, 2010 at 11:43 pm

salam ziarah..ni rasa bersemangat nk jd blogger yg berjaya jgk..nt nk mntk tunjuk ajar blh? =]

Reply

Mohd Isa September 4, 2010 at 5:49 am

boleh, takda masalah. selalu-selalulah melawat blog ni, mana tahu ada ilmu yang boleh dapat. :)

Reply

diriku September 4, 2010 at 12:27 pm

ok tanx..akan selalu singgah :-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak