Baiklah, seperti yang di janjikan dalam entri sebelum ini, iaitu Twilight Membawakan Bulan Baru aku ada menyatakan hasrat aku nak membuat sedikit review mengenai filem Twilight ke-2 iaitu The Twilight Saga New Moon.
Kalau ikut tarikh seperti yang tertera di dalam gambar di atas, hari ini merupakan tayangan pertama di seluruh negara tidak silap aku. Kecuali di Malaysia akan ditayangkan pada 26 November 2009 nanti, apa-apa pun kita tunggu sahajalah kemunculan filem ini di seluruh pawagam tanah air kita. Jom layan review dari aku.

Bagi yang pernah menonton Twilight pertama, heroin dalam filem ini Bella (Kristin Stewart) hampir mati akibat serangan daripada langsuir (vampire) jahat. Dalam filem ini, setelah Bella pulih daripada kecederaan. Dia berharap agar dia dapat menyambut harijadinya bersama hero dalam filem ini iaitu Edward (Robert Pattinson) bersama keluarga Edward.

Tetapi malangnya telah berlaku kemalangan di majlis keraian itu dan menyebabkan Bella tercedera dan mengeluarkan darah. Ini menyebabkan keluarga Edward tidak selesa dan mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar Forks di Washington demi kepentingan Bella dan Edward.

Tetapi itu semua mengundang kekecewaan terhadap Bella dan kecil hati. Seterusnya untuk mencari ketenangan, Bella pergi berjumpa dengan Jacob Black (Taylor Lautner). Mungkin Bella akan lebih selesa bersama Jacob.

Walaubagaimanapun, bahaya masih menanti mereka. Jom lihat video promosi dari official website filem ini pula.
Jangan lupa tontoni The Twilight Saga New Moon di pawagam berhampiran anda pada 26 November 2009 ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Komen-komenlah.
Sumber: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2009.5862.saganewmoon.11103§ion=review
Popularity: 43% [?]
Related Posts
- Twilight Membawakan Bulan Baru
- Pari-Pari Gigi
- Entri Ke-100 Yang Penuh Dengan Memori Duka
- Edisi Khas November 2009
- Dua November 2009
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 40 comments… read them below or add one }
sejak akhir-akhir ni.. aku jarang masuk panggung.. terpaksa menorrent jer keje..
Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar!
haha, bawa la anak2 g tgk. baru best.

mohdisa´s last blog ..Zoom Player Home Professional 7.00 Portable
hehe..
adik aku dah ‘book’ aku awal2 suruh teman dia tengok cter ni rabu depan.
sebab dia tahu,ayah aku tak kasi dia kuar kalo sorang.
yang bestnya..tiket dia belanja! yeha.
tapi aku bukan ske tgok cter ni. n aku tak rasa si edward tu ensem. duh.
haha, poyonya. aku tak tahu nak g tgk ng sapa. maybe g tgk sorg kot. tak pun g tgk ng member aku, takpun adik aku. waaaaa
haha.
poyo itu bese.
aku oke je tgok sorang2. tp, setakat ni tade lagi cter yg menarik betul2 wat aku tertarik.
haha, mcm2 kerenah gak ko ni yerk. abis tu ko suka tgk cite cam mana? 2012 pun tak best yerk?
mohdisa´s last blog ..Dell Memperkenalkan Alienware Area 51
aku suka tengok poster nye jer …………… pastu tiru guna photoshop.
haha, poster mmg cantik la. tp tak pandai plak nak wat. hehe
gila review.. bikin waa takut..
haha, saja suka2. bosan, tak tau nak menulis apa lg.
wahaha.takut! langsuir ngn pontianak same ke?
entah la aku. aku pun tak tahu. pontianak bukan hantu mati time beranak ke? tak pun mati time mengandung.
Hmmm,cite ni nmpk cam bosan je bro. tak nmpk kekuatan la cite ni melainkan pertunjukan watak2 yang ensem2 je. Lyn download punye je la. hehe
finalcross´s last blog ..11 best online video converters.
haha, semua filem ada kekuatan masing dan terpulang kepada penonton untuk menilai. kalau ikut rating pun filem ni cuma dapat 4.2/10 jerk kat imdb.
http://www.imdb.com/title/tt1259571/
aku suka perempuan itu, sangat cantik, laki tu aku suka cara dia stailo gitu…
mrozaidi´s last blog ..Kek Meraikan Perceraian Semakin Popular
susah semestinya heroin mesti cantik dan hero mesti stylo. baru macho abis. haha
kalau baca buku dia pun, yang second nih jalan cerita xmenarik sgt.
ariff´s last blog ..7 Blogging Mistakes to Avoid
betulkah? adus, wajib tonton di pawagam atau tidak ni?
xpe. tgk je. ade awek comel. berbaloi kot. huhu//
ariff´s last blog ..8 Biggest Mistakes Malaysians Do and Lose Money
haha, tp kena fikirkan juga. dengan siapalah di sisi aku nanti. haha
Isk. Ingat kan dah tengok kat intenet ke apa ke.. =_=
BTW, klakat lah sebab VAMPIRE = LANGSUIR. Bukan pontianak ke?
cuba cari dalam kamus, vampire or langsuir. sama tak maksud dia? erk, 2nd person to make me crazy about langsuir and pontianak. hehe
Antara cerita femes yang baru sekali aku tengok. Anak aku hari2 nak tengok Barney & Friends, Thomas & Friends ngan Chuggington jek. Huhu.
haha, aku minat gak thomas & friends. best apa, aku siap main dia nyer permainan kereta api. best untuk susun2 track dia.
next week aku pergi tengok.dengan member-member aku.
loq´s last blog ..(Filem Pendek) ROY-KISAH WASIAT TERLAMPAU
nak join oits, haha. aku maybe tgk sesudah aku sampai ke taiping. maybe g tgk ng adik aku.
ehm..ikut hati,malam ni juga aku nak gi alamanda tengok wayang.Tapi esok aku ada hal yang perlu dibuat. begitu juga lusa, tulat dan minggu depan. arghh..
titan´s last blog ..Plan Percutian Titan ke Putrajaya
haha, sabar2. aku pun tak tgk lagi. bz gilak.
mohdisa´s last blog ..Edisi Khas November 2009
citer sgt boring dan lembab..ape yg nak ditonjolkan mcm novel tak menepati cita rasa..so slow movie..juz byk scene feeling..dan more kisses..hahaha..
BOWSAN!!!
uiks, kiranya ko g tgk gak la yerk? haha, aku tak g tgk pon. aku g layan ninja assassin jerk. wakaka
Waaaa~aku suke tgok cover citer nie!!!
heatzik´s last blog ..Download Fail Menggunakan Google!
dah tgk ke? aku pun tak tgk lg. haha
dah menorent tapi lom sempat tgok lagi. nak g panggung lagi la xder masa. bznye aku…
diaien´s last blog ..Cara mengelakkan emel spam
wah, aku tak tgk kat panggung pun. tak sempat. bz memanjang. ades, nak kena download juga la jawabnya. hehe
Salam…
First time gi tengok wayang sorang2 sebab nak layan cite nie.
Cite nie ok la cuma agak slow ckit.
Kalau gi tengok ngan awek best la.

Hadinur MS´s last blog ..Lima Tips Menghadapi Kegagalan Tanpa Penyesalan
haha, aku tak sempat tgk. agak sibuk, cuma semalam abiskan masa tgk avatar jerk. hehe
Humphhhhh…sdey r coz,x dpt tgok cite niyh kt pawagam!!!maybe,nunty kte bli cd …
tak tgk pun takpa, sy pun baru tgk semalam. hehe, starting slow sgt. last2 tutup balik. hehe
alaaahhhhhhh saya tak sempat la nak tgk citer nie kat pawagam…….waktu 26/11/2009
duduk terlantar kat hospital tak tahu pllak muncul yg no 2….baruharini tahu ish ish rugi rasa
kene tgk kat youtube la…..aduhhhh rugi tak tgk robertttttttt…(edward ngan belllaaa)
hoho, download jerk dari kraetiv.net dah keluar pun. takyah nak tgk kat youtube. buang masa jerk.