Korang mesti tidak percayakan dalam dunia ini ada pari-pari. Aku dulu pun tidak mengenali apa itu pari-pari. Aku mengenal pari-pari setelah aku menonton kartun Cinderella yang diminati oleh semua kanak-kanak di dunia. Bagi yang belum kenali apa itu pari-pari, baik korang tanya pada ibu atau bapa korang.
Pari-pari Gigi atau dalam bahasa inggerisnya adalah Tooth Fairy merupakan filem komedi terbaru yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Januari 2010. Filem ini merupakan arahan Michael Lembeck dan dibintangi oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan The Rock.
Ulasan Tooth Fairy
Tooth Fairy mengisahkan The Rock melakonkan The Tooth Fairy yang turut dikenali sebagai Derek Thompson di dalam filem ini yang berperanan sebagai pemain hoki ais yang mantap gitu. Pada satu hari Derek telah mendapat sumpahan apabila dia melemahkan impian seorang kanak-kanak. Sumpahan yang telah menjadikan beliau seorang/seekor pari-pari iaitu Tooth Fairy. Selama seminggu beliau terpaksa bekerja keras untuk menjadi Tooth Fairy yang sebenar lengkap dengan sayap, pakaian pari-pari dan tongkat sakti. Pada mulanya Derek tidak dapat membiasakan dirinya sebagai pari-pari sehinggakan terbang terhuyung-hayang dalam keadaan yang amat melucukan. Tapi beliau tidak berputus asa dan lama kelamaan dia dapat membiasakan diri dengan melakukan kerja sebagai pari-pari sehingga dia melupakan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya. Nantikan Tooth Fairy di pawagan berdekatan korang pada 21 Januari 2010. Kemudian tentukan ia adalah benar-benar melucukan atau tidak.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi sila layari laman IMDb.
Jom tonton trailer khas Tooth Fairy yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air kita, layan…
Menarik bukan trailer yang ditayangkan. Tidak sabar rasanya untuk aku menonton filem komedi ini. Tooth Fairy yang dilakukan oleh The Rock. Korang macam mana pula?
Nota Review: Jom layan sebuah lagi review aku sebelum ini iaitu The Twilight Saga – New Moon
Popularity: 39% [?]
Related Posts
- Ulasan The Twilight Saga New Moon
- Dunia Hantu Banyak Geng
- Twilight Membawakan Bulan Baru
- Seks Bebas Semakin Meningkat Di Negara Kita
- Kereta Impian Ku
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 3 trackbacks }
{ 10 comments… read them below or add one }
nampak menarik ni..tapi cite yang tak action aku tak bape suke la tengok kat wayang.
suki´s last blog ..Sebab Utama Lelaki masuk Neraka..
biasalah tu, cerita macam ni sesuai untuk org yang dah berkeluarga. bawa anak2 g tgk wayang best la.
Macam-macam idea diaorang ni buat cerita…di Malaysia tak abis2 cerita seram je…seram sangat ke Malaysia ni.
denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL Denaihati.Blogspot.Com jasamu TETAP dikenang
Tahu takpa, agaknya Malaysia ni banyak dengan hantu je kot.
Harap filem ni lakonannya mantap, kengkadang soil juga tgk lakonan keras & kaku The Rock. Rosak filem sudahnya. Hehehe
Dak Wan´s last blog ..Apabila Ulama Di Cabar
haha, tahu takpa. tp aku tgk the pacifier lakonan dia dlu best jerk.
pasti ku tgk!

ekino´s last blog ..aku merindui..
tgk jgn tak tgk.
erkk
patut la penuh je nuffnang cite ni
haha, tahu takpa. rugi kalau tak tgk ni.