Gadis Berkebaya Merah

by mohdisa on January 20, 2010

Gadis Berkebaya Merah

Kalau nampak gadis atau awek yang memakai kebaya memang cantik, pasti terbayang pinggang si pemakainya yang ramping. Kadangkala boleh terbawa sampai ke mimpi. Orang putih kata Red Kebaya, memang mantap habislah. Tapi cerita kali ini bukan pasal wanita atau gadis cantik dan comel ya. Ini mungkin adalah kisah benar yang berlaku pada tahun lepas.

Bila cerita pasal Gadis Berkebaya Merah pasti ada yang sudah mengetahuinya, mengenai cerita hantu atau kisah mistik yang melibatkan beberapa buah kemalangan. Jom lihat beberapa petikan yang aku dapat cari melalui kuasa cari dan tekan butang ‘Enter’ :D

5 Februari 2009

Gara-gara terkejut ternampak kelibat wanita berkebaya merah melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

20 April 2009

Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.


Kalau korang semua terjumpa dengan Gadis Berkebaya Merah seperti ciri-ciri di atas, jangan lupa sampaikan salam aku pada dia. Jangan lupa tangkap gambar bersama dengan dia, tapi kalau korang jumpa sewaktu tengah memandu. Sila pakai tali pinggang keledar dengan sempurna, ingat pada orang tersayang.

Nota Red Kebaya: Masih overdraft entri seterusnya, sabar menanti. :roll:

Popularity: 56% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Sambungan Dua November 2009
  2. Penulisan Di Waktu Kecil
  3. Kereta Impian Ku
  4. Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda
  5. Blogger Boy Episod 5

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 2 trackbacks }

uberVU - social comments UNITED STATES
January 20, 2010 at 11:31 am
IMCurtain.com MALAYSIA
January 20, 2010 at 9:02 pm

{ 54 comments… read them below or add one }

1 zuls MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:16 am

hoho! Mistik ! Memang mistik..
zuls´s last blog ..MyID – Urusan Lagi Mudah My ComLuv Profile

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 8:59 pm

hoho, tahu takpa. nasib baik aku tak pernah jumpa lagi.

Reply

3 aini MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:19 am

huh penah degar gak biter ni. seram..
aini´s last blog ..Meracun Diri My ComLuv Profile

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:00 pm

berita lama je ni, tak tahulah benda ni ada lagi ke tak.

Reply

5 Chenta MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:22 am

meremang bulu roma eden :S
Chenta´s last blog ..serabut My ComLuv Profile

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:02 pm

haha, meh nak cabut bulu tu. nnt dah tak seram dah. :P

Reply

7 Lady Nass MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:23 am

banyak kali jugak dengar sal ni. kat lebuhraya utara selatan kan? byk accident jugak berlaku gara2 gadis kebaya merah ni.

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:03 pm

Yurp, kat lebuhraya utara selatan. belah utara tak silap. takut pun ada. hehe

Reply

9 denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:28 am

Aku dah lama dengar cerita ni. Pasti ada rohnya terperangkap disekitar itu. Sesuati mesti dibuat untuk kembalikan ketempat sepatutnya.
denaihati´s last blog ..Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat My ComLuv Profile

Reply

10 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:05 pm

tapi dalam berita di atas, berlaku di dua tempat berlainan. sekarang ni tak tahulah roh tu ada lagi ke tak.

Reply

11 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 20, 2010 at 11:33 am

kalau aku jumpe nnt, aku mintak no tepon dia pastu kasi kat ko je erk? hehehehe…
Mr.Bintang´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 2010 My ComLuv Profile

Reply

12 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:07 pm

haha, ok gak tu. mana tahu kalau dia pakai phone. leh la aku suh kaco org. :P

Reply

13 wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:36 am

huih…seram lak aku ,mintak dijauhkan la terjumpa ,hehehe
wazy´s last blog ..Contest Oh Kunci! by Arieza! My ComLuv Profile

Reply

14 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:08 pm

semua org taknak jumpa bro. len la klu dia dah pk dia hebat sgt. haha

Reply

15 hydir MALAYSIA Google Chrome Windows January 20, 2010 at 11:43 am

kat PLUS highway terowong menora selalu ada volkswagen merah
ramai yg jumpa tp abg aku cari kereta tu tak pernah lak jumpa …

:)
hydir´s last blog ..Terima kasih tidak terhingga dari Blogger We Care! My ComLuv Profile

Reply

16 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:11 pm

uiks, klu dalam citer hantu. volkswagen warna kuning. tp tak pernah gak nampak. ganaz, smpi pegi cari.

Reply

17 amad MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:46 am

betoi ka ni?ade ek?konpius2~
amad´s last blog ..Hear this: Song From YUNA – ROCKET My ComLuv Profile

Reply

18 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:12 pm

ntah la, tak penah jmp lg. klu nak test, g lah cari. hehe

Reply

19 Mr Kamikaze MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:55 am

Pelik tapi benar…
Mr Kamikaze´s last blog ..Dakwa disamun untuk tangguh kahwin… My ComLuv Profile

Reply

20 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:14 pm

benar tapi pelik, masih ada yg tidak mempercayainya bukan?

Reply

21 Mus MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 1:28 pm

seramnya bro!
Mus´s last blog ..Anak ke 3, Lelaki ke Perempuan? My ComLuv Profile

Reply

22 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:17 pm

hoho…lg seram kalau jumpa yg lain2. :P

Reply

23 Md Nasir MALAYSIA Internet Explorer Windows January 20, 2010 at 3:35 pm

Nak kata org buat2 citer,xkanlah semua org tu tipukan..menambah-nambah mungkin adalah kot..saper kata zaman moden cam skrg x der hantu2 nie..

“Jgn Biarkan hidup anda diselubungi misteriiii…”
Md Nasir´s last blog ..Perlu Bijak Memilih Mekanik My ComLuv Profile

Reply

24 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:18 pm

yang tu aku tak tahulah. kalau nak kepastian kena byk research lah jawabnya. tp jgn abaikan keje lain plak. :)

Reply

25 kisahsensasi MALAYSIA Google Chrome Windows January 20, 2010 at 5:21 pm

Semoga kita dijauhkan dari perkara mistik yang sebegini….

Reply

26 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:20 pm

Kuatkan keimanan yang penting sekali.

Reply

27 worldpure MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:15 pm

ntah2 sy kot gadis berkebaya merah berbunga putih bintik2 kecil…sy ada memakai baju tsbt bila g sekolah mengajar…..ha..ha…ha….terlesai…:P ,

eh ye ker…mengarut aah..:~ :roll:
worldpure´s last blog ..CORETAN : Akhir Kalam My ComLuv Profile

Reply

28 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 9:23 pm

hehe, mcm2. bahaya ni. :P

Reply

29 lazaac MALAYSIA Mozilla Firefox Mac OS January 20, 2010 at 10:11 pm

adakah ini salah satu gimik Photoshop…? huhu… xtau…

Reply

30 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 10:42 pm

itu tak tahulah plak. kosmo pun dah pakai photoshop yerk?

Reply

31 ienafazlyna MALAYSIA Opera Windows January 20, 2010 at 10:21 pm

ooooiii..kalo terjumpe pun xde nye nyempat nak kem salam2..hahahha..
ienafazlyna´s last blog ..12 skin creams banned for health danger My ComLuv Profile

Reply

32 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 10:48 pm

haha, tahu takpa. dah tentu buka langkah berjuta. :P

Reply

33 yanmie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 10:25 pm

owh…meremang pulak bulu roma..dh ler duk bertiga…nnggee~~~

Reply

34 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 10:49 pm

haha, mahunya tak meremang. bila nak duk berempat plak? hehe

Reply

35 bistari Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 10:51 pm

aku baca ni dalam mastika tak silap aku..
cantik menarik kau memang mistik..
bistari´s last blog ..Tersurat dan Tersirat My ComLuv Profile

Reply

36 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 4:28 am

haha, lebih kurang aku lah. aku baca mula2 dalam Infiniti. nak lebih lanjut search kat tenet plak. memang adalah agaknya benda mistik ni.

Reply

37 apiih MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 20, 2010 at 11:21 pm

cantik,lawa sangat ker gadis berkebaya merah nih??macam lady in red plak..huhu

Reply

38 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 4:29 am

yang tu tak tahu la plak. klu nak tahu sgt g lah cari. hehe

Reply

39 naz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 2:48 am

ko ni, seram dow! adeh, lpas ni takut nak tgk awek berkebaya di waktu mlm -___-”

Reply

40 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 4:29 am

huhu, tahu takpa. tp aku suka awek berkebaya ni. hehe, :P

Reply

41 mesticun MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 11:02 am

kira hantu ni.takkan bunian kot.

Reply

42 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 11:22 am

tak tahulah plak, bunian lain plak citernya. :)

Reply

43 eiyda MALAYSIA Google Chrome Windows January 21, 2010 at 12:45 pm

hantu lagi?..hahha
wanita berkabaya merah ni..mmg der ek..
sebb abg ipr saya salu balik perlis lalau kt jalan ni…penh la..die kn..rase meremang jek..huhu..menakotkan..

Reply

44 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 3:14 pm

yeke? tak pernah jumpa lagi, klu balik dari taiping ke perlis. tak rasa lagi. hehe, tp minta dielakkan la. :)

Reply

45 Roslan Nazri MALAYSIA Google Chrome Windows January 21, 2010 at 7:45 pm

aku ade wat entri pasal hantu ni tak lame dulu..ko leh rujuk sini…
sian ko threaded comment ko tak jadi..susah aku nak bajet ko bls komen ke tak..huhu..
siap dah hancur blog time tu cam blog megat.net dulu..then republish blk..tensen gua time tu..huhu..

http://www.qiilans87.com/bila-cerita-pasal-hantu-tahyul-betul-ke/

Reply

46 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2010 at 9:49 pm

hoho, tu la pasal. wat masa skg ni aku biar dlu. nnt aku pk nak pindah hosting jerk. then baru aku install wp balik. maybe time tu ok kot. hehe

Reply

47 kertaz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 23, 2010 at 1:39 pm

Bab2 mistik2 ni byk yg aku dengar blah2 Ipoh ni.. Dah la aku duk Ipoh.. ~.~’
kertaz´s last blog ..Jangan buat macam tu lagi! My ComLuv Profile

Reply

48 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 24, 2010 at 2:41 am

erk ipoh? aku duk ipoh 3 tahun dlu takda plak dgr citer pasal mistik ni. hehe, citer la skit apa yg ko tau.

Reply

49 Rjuna AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows January 24, 2010 at 4:48 pm

Wow gadis kebaya merah, aku filem Red Kabaya pun tak tengok lagi, siapa ada donlod filem tu (haha lari topik ni)

Reply

50 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 24, 2010 at 7:15 pm

haha, aku pun tak tgk lg. hehe

Reply

51 Syamzone MALAYSIA Opera Windows January 24, 2010 at 10:04 pm

Apa pun mulut mau jaga jgn ckp besar tu je….

Reply

52 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 25, 2010 at 2:52 am

haha, itu perkara paling pentinglah. dalam apa2 hal pun tak boleh bercakap besar. hehe

Reply

53 shazclan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:01 pm

huhu..tak nak aku terserempak dengan gadis berkebaya merah..haha
shazclan´s last blog ..Gandingan Lagu Sedih My ComLuv Profile

Reply

54 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:19 pm

kalau terserempak tu bertuah juga la bro. hehe
mohdisa´s last blog ..Gunting Dalam Lipatan My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]