Sempena dengan entri aku yang ke-120 ini, aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai hantu. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang korang paling takut? Aku rasa semua jenis hantu korang takut bukan. Sebab aku sendiri tidak mengetahui hantu apa yang paling menyeramkan kerana aku tidak pernah menjumpainya lagi. Apa-apa pun aku berdoa agar aku dielakkan dari berjumpa dengan hantu. Seram juga bulu ketiak aku nak menulis pasal hantu ni. Hidup Berani Untuk Gagal aku bawakan juga untuk menulis entri pada kali ini, semoga korang semua layan aja.
Baiklah, mengikut pengertian yang ada dalam Encik Wikipedia kita. Hantu secara asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
Yang Pertama
Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
Yang Kedua
Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.
Kalau korang semua tak faham dengan istilah di atas, korang cubalah menjelma jadi hantu. Lepas itu barulah korang tahu nikmatnya menjadi hantu. Seterusnya berbalik kepada Dunia Hantu Banyak Geng yang aku ingin bawakan, iaitu dunia tanpa sempadan. Terdapat 33 jenis hantu yang telah disenaraikan oleh Encik Wikipedia kita, tapi setelah aku meneliti secara seramnya. Aku senaraikan agar menjadi pendek, tidaklah korang bosan nak melayan entri aku panjang-panjang nanti.
-
Pontianak – dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
-
Polong – merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
-
Toyol – merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
-
Langsuir – adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
-
Bunian – sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Aku rasa cukuplah 5 geng hantu yang agak popular dikalangan kita ini, kalau korang nak lihat geng-geng hantu yang lain. Sila klik sini. Di situ korang boleh kenal semua dengan geng-geng hantu, jangan bawa pulang sudah. Cari nahas nanti.
Satu lagi tambahan untuk geng hantu ni, iaitu Hantu Online iaitu geng hantu yang sedang meningkat naik jumlahnya dari hari ke hari. Iaitu korang sendiri, yang kerja online sahaja mengadap internet. Sampai makan minum ntah ke mana, tidur pun tidak ikut masa tak cukup jam. Termasuklah aku.
Nota Hantu: Dalam entri ini juga terdapat penerangan mengenai perbezaan pontianak dan langsuir. Ini kerana ada pertanyaan yang telah diajukan dalam entri sebelum ini. Semoga dengan adanya entri ini, pertanyaan Encik Aenaz kita terjawab.
Popularity: 32% [?]
Related Posts
- Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda
- 5 Photo Editor Ala Photoshop
- Penulisan Di Waktu Kecil
- Wang Tunai RM13000 Untuk Dimenangi
- Dapatkan Koleksi Font Secara Percuma
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.






![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 1 trackback }
{ 38 comments… read them below or add one }
byk jugak ye kuarga hantu nie
kosong´s last blog ..9 Nyawa
haha, tahu takpa. tu pun ada lagi yg aku tak senaraikan.
saya pun hantu seperti yang disebut diatas. HANTU ONLINE, HANTU BLOG~ huhu~

Akuro San´s last blog ..Mahu Jadi Guruh, Kilat dan Petir di TABIKA
haha, tahu takpa.
salam kenal…hehehe…saya pun sama hantu online, hantu blog *sambil angkat tgn*…kikiki…
tp siyes…seram gak tgk pic2 tu…
memang dah tahu pun, banyak dah hantu masuk blog sy ni. hehe
wah..banyak gak hantu…saya takut hantu..hehe..bkn takut ekceli Serammmmmmmm huhu
eiyda´s last blog ..~eiyda :: heppy BeDay To Me~da makin TUA..hakhak
hehe, so bila plak nak jadi hantu ni?
nati owang jadi hantu..owang g cekek kamoo yer…tunggu2 .haha owang Hantu Twitter kot..hahah
eiyda´s last blog ..~eiyda :: Terima Kasih Semua::
haha. meh2, silakan. hantu twitter memang suka cekik orang ke?
saya x takut hantu… hantu taku saya.. wakakakakaka… hehe..
ade 1 lagi weh.. selain Hatu Online..
Jin Online – Sebuah MMORPG yang cam populer jek kat sini.. hahahaha.. mentang² la O2 Band jadi duta.. ekekekek…
Erk, apa yg ko merepek ni jin. hehe
seram sejuk baca. seb bek la siang is oooi..
hehe, klu cmtu tgh malam kang datang la lg.
menakutkan…
alaaa… karut je sume tu…
xpernah jumpa satu pon..
(errr…. mintak2 jgn betul2 ada)
amboi, berlagaknya dia. hehe
Dunia ghaib memang wujud syaitan, iblis, jin dan sebagainya. Kalau di Mekah ada Masjid Jin. Sebab kita jangan rasa bahawa kita hidup di dunia ini sendirian sahaja.
denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang
betul tu denaihati, malah di sekeliling kita pun mempunyai pelbagai makhluk yg kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. semoga kita berhati-hati selalu.
aku rase antu2 kat bandar la kot paling menyeramkan,
24jam ade je kat kaki2 lima, tmpat2 lepak, sampai antu2 original pon takut nak g situ…haha
wan2911´s last blog ..Result Contest!
haha, antu apa yerk? antu rayap ke antu lepak?
bapak segala antu…hahaha
tengok la perangai ngan dress remaja2 zaman sekarang camne kan..huhu
wan2911´s last blog ..Samsung Corby Paint Fight
haha, itu hantu apa. hantu gila fesyen namanya tu.
hantu hantu ada x bro?hehehe..hantu mane hantu..hantu..hahaha
azizan4444´s last blog ..Jangan Salahkan Orang Lain Untuk Menutup Kelemahan Sendiri
haha, siut jerk ko ni. nak sgt ke jumpa dengan hantu?
adeeeiii…ade lak gmbr2 tu…syuuuhh….jgn mlm kang xleh tdo dh la…bahaya tul…perrgghh, pengalaman tgk bnd 2 kat sblh, xkan lupa smpai bila2…
wah, ada pengalaman bertemu dengan antu ke? taknak kongsikan bersama kami semua ke?
bukan la bertemu dgn hantu..but something like them gak la…hahaha..ein ade je wat entry psl 2…
yeke? apa dia yerk? nak tahu jugak ni. hehe
hahaha…xyah la tau…tp ckup la wat ein fobia gelap smpai sekarang
hehee.. rajin.. tp, malas la aku nk berkenalan dgn hantu2 ni sbb dah byk cerita benar yg buatkan segala bulu yg ada berdiri. huhu.. tu baru cerita, kalau tgk dgn mata kepala dan alaminya sendiri, ntah2 3 hari 3 malam tak sedar kot. hee..
Azizwan´s last blog ..Misi gagal dan selamat tinggal 2009
tahu takpa, tp bila org cerita seronok pun ada. seram pun ada, bulu usah kata menegak. nak luruh pun ada. haha, tp klu jumpa. tak tahulah apa jadi plak. mahu terkucil buatnya, tak pun kena demam panas. haha
mak aih, aku plak tanya. aku memain je kot. okay la tu. btw, aku tak suke hantu melayu, vampire org putih aku suke ah, semua cun. ahaha
naz´s last blog ..Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging
lol, ko gak yg cakap. pontianak ng langsuir tak sama ke? so aku terangkanlah, budget nak wat entri pontianak versus langsuir. jenuh pk, utraman dah pintas dlu. hehe, vampire plak yerk.
argh ! dats mean kite sume pun hantu ? grrr.. naseb kite pun tak pernah jumpe hantu. seramm wooo.. grrr..
* tanks ya comment my entri. pay u back ! hehe TQ
edaolala´s last blog ..Nuff oh Nang !
tu la pasal, hantu online. gila duk mengadap internet jerk. hantu seram ada, jgn tak perasan depan awk tu. hehe
sama2, semoga komen tu dapat membantu awk.
Macam-macam hantu rupanya. Jangan jadi kachang hantu cukuplah.

bloginformasi´s last blog ..Nizar Kemalangan
kachang hantu? hehe
@ein
abis tdo tak tutup lampu ke? bukan ein burung hantu ke? hehe