Entri pada kali ini aku nak ceritakan perihal kucing kesayangan keluargaku yang mati dilanggar pagi tadi dalam jam 8.45pg. Sebelum itu aku nak kenalkan kucing aku yang telah diberi nama SinChan oleh adik aku. Aku pun tidak tahu mengapa kucing ini dipanggil SinChan yang aku tahu, aku panggil kucing ni Kecik sahaja.
Yang pasti Kecik merupakan kucing yang hyper-active, di mana tidak mengenal soal penat lelah jika matanya masih terbuka (kalau tidur tu letih la agaknya). Aku ingat lagi sewaktu Kecik masih kecil lagi (ala-ala baby la katakan), setiap pagi Kecik akan kejutkan aku. Kecik akan bermain dengan tangan dan kaki aku jika dia nak kejutkan aku, maklumlah di kampungku aku hanya tidur di depan kata televisyen.
Aku kadang-kadang marah juga jika Kecik ni suka menganggu aku, mana tidaknya. Kerja dia kira nak bermain sahaja, tidak senang duduk aku dibuatnya. Cuba banyangkan, dalam telefon bimbit mak aku penuh dengan gambar Kecik (padahal tak banyak mana pun). Kecik ni suka pose maut, asal orang nak capture picture dia. Mulalah wat aksi-aksi yang mencuit hati.
Waktu tidur pula, tak seperti kucing-kucing lain. Tidur nak tempat yang selesa, port dia atas sofa gebu yang ada dirumahku. Tidur seakan-akan manusia, baring baik punya. Kalau time dia tengah lepak, duduk macam manusia gak. Huh, apa punya kucing tah. Kalah tuannya. Haha…Tapi itu semua tinggal kenangan setelah Kecik terlibat dengan kemalangan.
Kecik dilanggar dalam jam 8.45pg pada 19 Ogos 2009, diwaktu itu aku sedang diulik mimpi. Maklumlah tengah cuti. Siapa yang langgar? Anak Pak Cik Ghani, tokey kedai runcit atas bukit nun. Di sini aku tidak dapat memaparkan gambar-gambar aksi si Kecik sebelum nafas terakhirnya, gambar di dalam telefon bimbit mak aku tidak dapat ditransfer ke handphone aku. Tapi aku sempat capture gambar si Kecik sebelum dikebumikan oleh adik bongsuku (menangis teresak-esak melihat pemergian si Kecik kesayangan dia).
Beginilah keadaan si Kecik apabila dicabut nyawanya, menggelupur dia setelah dilanggar. Sehingga menitiskan air mata mak dan adik ku. Apa yang pasti sekarang, hanyalah tinggal kenangan.


{ 36 comments… read them below or add one }
comelnye kecik ni +_________________+
mest sedih sgt ya allah
waaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sedihnyaa
ko letak gamba dia nape..
wane kelabu tu
takziah bro
comelnya kucing..
huhu.. takziah utk kucing awak…
waa (tgh nangis gak nih.. sha suka kuceng sngt2 tau)
OMG!! please remove that pictures!!
R.I.P !!
a'a la. remove la picture, sedih la. isk isk. takziah la. kucing yang kita dah lama bela, dah sayang2 bila mati mmg sedih woo T____T
remove that picture of dead..sgt sedey tgk bende mati ade dalam ni.. :'(
mohd isa,sy pun penah lalui bnda mcm ni…hm sedeh2
teringat kat kucing ku si bengkok yg kena langgar last week..ish..ish..ish..sedih nye..takziah ye..
takziahh.
@Ynn.
memang comel gila, tp nak wat cam mana. dah tiada. tinggallah sekor sahaja lg.
@Luth
sorry bro, ini je gambar yg aku ada skg ni. yg len suma dalam phone ma aku. ades…sedihnya.
@sha
comel sgt, ades. jgnlah nangis, nnt nak nagis gak. ades
@ted
sorry, just this picture i have.
@chokilala
nnt i remove la. ades, mmg syg gila la. dari kecik bela, tiba2 mati. ades
@Roslan
sorry lan, nnt esk aku remove.
@syukran
benar, maybe suma org akan lalui benda yg sama. tak kisahlah peliharaan ataupun org yg kita syg.
@ein
waaaaa….ikutkn byk lg kucing yg dh mati…tp yg ini plg ku syg…
@hazari
thanks,
Oh, tidak! Kalau aku ada di sana aku mungkin juga bleh nangis…walaupun muka ku ganas macam pembunuh, tapi hatiku mudah tersentuh dengan hal2 macam ni…hehehe…comelnya kucing tu! Sayangnya…masa dah tiba untuknya pergi selama-lamanya…
@wan
tahu takpa…ades…poyo muka ganas…haha
nampak sahabat handal yang pergi dulu..
kesian comel kucing tu.
huwaaaa~ hilang kucing mmg sedeh
@safar
itulah…tinggallah si hitam tiada kawan…sedih melihatkan si hitam tiada lagi kelibak si kecik.
@ery
kucing kesayangan ku pergi tanpa meninggalkan apa2
hanyalah kenangan menjadi igauan
orang kate binatang nie kalau selalu amik gambar dia akan cepat mati…
sape la bagi teori nie… syirik tau….
just share info nie, x dak kaitan pon ngan en3 ko
aku tak bleyh handle jiwa tengok kucing mati tersebut.btw, takziah utk family ko.
Semua tinggal kenangan..takpe sabar bro. Kucing tu memang comel giler..
@pauh
entah la…aku rasa camtu gak…tp takda la percaya…usah kata capture picture binatang jerk…bersanding kat pelamin tu plak bidaah…korang tahu tak? erk…bab agama sudah keluar…ayo
@naz
thanks naz…biasalah tu…tambah benda yg kita syg…wuuu
@mantra
tahu takpa…sedih pun ada…cian plak si Hitam, sekor2…takda member…hmmm
alahai comel kucing ko, mesti syok kan kucing hyper active, seronok main² n buli²
cari lah kucing lain, mesti jumpa yg senakal dia
takziah
@rjuna
kalau nak cari tu boleh, dah ada pun yang offer. tp mak aku dah taknak bela, sbb dia takut kehilangan lagi.
em..saya dulu ada kucing gak
'comel' nama nya..tipikal sungguh..huhu
namanya tak sesuai langsung bagi seekor kucing jantan
suatu hari dia hilang..beberapa hari lepas 2 dia balik rumah semula
badan dia habis luka2
kaki ada kesan koyak
da nazak…
kene belasah ngan anjing kata ayah
tak lama pastu dia mati huhu
adik bongsu menangis2 bila dia mati…
sy? sedih je huhu
sebab sy suka buli comel..bila dia da takde rase cam xbest je..da takde kucing nak dibuli
@teh
biasalah tu
setiap yg kita syg
mesti akan pergi jua
tambah pula yg bernyawa
tabole tgk meow kne langgar.
((((
@mira
waaa…tahu takpa…ades…gerun pun ada time tgk dia menggelupur.