Google Pagerank

Google Pagerank Naik Tetapi Alexa Ranking Turun

oleh Mohd Isa pada July 22, 2011

Rasa sekejap benar Google mengemaskini pagerank, rasanya tidak sampai sebulan Google Pagerank dikemaskini lagi. Tetapi itu satu perkara yang boleh dianggap baik jika Google sentiasa mengemaskini sistem pagerank mereka.

Baru-baru ini saya ada menulis berkenaan dengan Alexa dan Page Rank Jatuh, mana tidaknya. Saya jarang mengemaskini blog sejak akhir-akhir ini. Dengan kekangan masa dan talian internet yang tidak menentu, membuatkan saya hilang mood untuk menulis artikel-artikel baru di blog ini.

Jika sebelum ini Google Pagerank blog ini jatuh kepada PR2, baru-baru ini Google telah mengembalikan pagerank blog ini kepada PR3. Terima kasih Google kerana telah mengembalikan pagerank tersebut. Maklumlah, agak susah untuk mencapai PR3 jika blog yang jarang dikemaskini dengan artikel-artikel yang berkualiti.

Cuma sesuatu yang agak pelik dengan Alexa Ranking blog ini, hampir setiap hari ianya kian menurun. Kini telah hampir ke angka 200,000 walaupun boleh dikatan pelawat yang bertandang ke blog ini adalah konsisten. Tetapi ianya tetap menurun, mungkin kerana jumlah pageview yang sedikit.

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. InsyaAllah saya akan cuba kemaskini artikel-artikel baru untuk blog ini sekerap mungkin. Jangan sampai tidak mampu membacanya sudah. :)

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

24 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

Mus 22 July 2011 at 3:24 pm

tahniahlah bro.. aku jer PR kurang..
Mus recently posted..Cabaran Anak Mandalipau

Reply

Mohd Isa 22 July 2011 at 3:32 pm

pasni nak kejar pr4 plak…ada bran ke? hehe

Reply

naimulfirdaus 22 July 2011 at 3:31 pm

alexa lebih utamakan trafik berbanding google pagerank kan?
naimulfirdaus recently posted..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Reply

Mohd Isa 22 July 2011 at 3:33 pm

yurp, tp itu yg pelik tu…trafik ok jerk…maybe pageview n bounce rate tinggi sgt kot…nnt nak kena analisis blk la plak…haha

Reply

Faizal Fredley 22 July 2011 at 3:38 pm
Mohd Isa 22 July 2011 at 3:44 pm

ko lagi mantap kot…update selalu…aku xmampu la plak nak wat camtu…weh…masuk unimap balik la nnt…hehe

Reply

MuJE 22 July 2011 at 3:39 pm

Tahniah dah naik pangkat! hehe

Yang pasti Alexa pelik. kejap naik kejap turun.
MuJE recently posted..Giveaway Julai Bersama Blogger by andyhowtt.com

Reply

Mohd Isa 22 July 2011 at 3:44 pm

thanks bro..dpt blk pangkat…bkn naik pun…haha

Reply

Azuan 22 July 2011 at 4:23 pm

Tahniah bro naik balik..
apa yg aku perasan dgn alexa ni, kalau trafik konsisten pun, susah juga nak naik alexa.. dia perlu sumber trafik yg pelbagai dr pelbagai negara.
Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog

Reply

Mohd Isa 24 July 2011 at 8:13 pm

thanks bro…hehe, nak kejar ko…PR5 lg kan?
itulah pasal, tambah plak kalau bounce rate yg melampau tingginya…bounce rate aku mmg tahap yg kurang memuaskan skg ni…xtau kat mana silapnya…ades

Reply

Azuan 24 July 2011 at 8:32 pm

Tak lah.. aku dh PR4 pun.. bounce rate aku pun tinggi semacam jer… hehe
Azuan recently posted..Aku Seorang Blogger

Reply

FD 22 July 2011 at 6:00 pm

tak pernah lagi ada niat nak check PR dengan Alexa ni. blog masih baru mentah lagi.. haha
FD recently posted..#FearlessFriday – Kesakitan Ini, Hanya Benar Benar Lelaki Memahaminya

Reply

Mohd Isa 24 July 2011 at 8:14 pm

cek la bro, xkena bayar pun. atleast kita dapat tahu peningkatan dan penurunan blog kita. ghehe

Reply

Azah 22 July 2011 at 10:04 pm

tahniah, x dpt nk merasa PR tinggi2 ni.. x pela, nk wat cemana x de rezeki lg. :D
Azah recently posted..Penjagaan Cik V!

Reply

Mohd Isa 24 July 2011 at 8:15 pm

azah.my xsilap baru lagikan. ok la tu, lelama naik la. hehe

Reply

Jai 22 July 2011 at 10:23 pm

Tahniah bro.. Aku baru nilah 1st time merasa ada PR, kalau x asyik bawa tulur jelah..he3
Jai recently posted..Amaran Google Komputer Anda Mungkin Dijangkiti Virus

Reply

Mohd Isa 24 July 2011 at 8:15 pm

wah, dah lama xnampak jai. hehe…ok la tu…xkan nak telur sentiasa kot. hehe

Reply

jai 25 July 2011 at 8:08 am

Aku pening2 sikit, bulan lepas blog down, moral pun downlah..ha3
jai recently posted..(Gambar) Proton Saga FLX IAFM + CVT Mula Dilancarkan 25 Julai

Reply

Mohd Isa 25 July 2011 at 8:46 am

yoyo jerk…skg bukan main mantap aku tgk…sbln lbh 60 pos kot…mmg dasyat la…dah rupa blog penyampai maklumat pun ada…haha

Reply

alamonline 23 July 2011 at 1:23 am

tahniah bro..rajin pulak pakcik google ni update page rank ye. blog saya masih baru…segan nak check PR lagi.
alamonline recently posted..Boxing Untuk Hilangkan Stress, Skipping Senaman Paling Mudah

Reply

Mohd Isa 24 July 2011 at 8:16 pm

thanks, nak segan apa. cek sudah. hehe

Reply

Zaini 9 August 2011 at 10:39 pm

Tahniah. Semakin tinggi semakin bagus. Semakin berat poket..hehe

Reply

iezul 5 December 2011 at 9:41 am

makasih infonya bro
iezul recently posted..Cara agar blog berada di halaman 1 google

Reply

Mohd Isa 5 December 2011 at 8:35 pm

sama-sama. :)

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: