Seribu Kali Cinta TV3

Drama Seribu Kali Cinta Dalam Slot Akasia di TV3

oleh Mohd Isa pada November 23, 2010

Seperti yang dijanjikan semalam, saya ada bertanya kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan drama yang sedang ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia iaitu Seribu Kali Cinta. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua yang berminat untuk menonton drama tersebut atau menambah koleksi drama Melayu anda.

Pasti sudah ramai blogger yang menulis mengenai drama Melayu sekarang, maklumlah trafik yang dihasilkan dengan keyword tajuk drama Melayu boleh dikatakan amat memuaskan. Mungkin agak ketinggalan bagi saya untuk menulis mengenai drama Seribu Kali Cinta yang menggantikan drama Chinta dalam slot Akasia di TV3.

Apa-apa pun, saya tetap akan menulisnya kerana permintaan daripada beberapa pembaca setia Blog Mohd Isa ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua, sebelum saya kongsikan link untuk anda menyedut. Apa kata kita lihat serba sedikit mengenai drama Seribu Kali Cinta yang dilakonkan oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish dan Norkhiriah.

Sinopsis Seribu Kali Cinta TV3

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Free Download Seribu Kali Cinta Slot Akasia TV3

Download Seribu Kali Cinta Episod 01 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 02 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 03 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 04 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 05 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 06 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 07 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 08 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 09 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 10 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 11 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 12 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 13 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 14 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 15 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 16 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 17 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 18 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 19 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 20 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 21 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 22 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 23 – Part 1 | Part 2 | Part 3
Download Seribu Kali Cinta Episod 24 – Part 1 | Part 2 | Part 3

Sumber: myvitrd.blogspot.com

Jangan lupa dapatkan juga drama-drama Melayu yang hanya di Blog Mohd Isa, selain itu juga anda boleh membuat permintaan dan melanggan blog ini agar anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan drama-drama Melayu yang ditayangkan di kaca televisyen anda.

Nota Penafian: Link dan URL di atas hanyalah perkongsian daripada sumber lain, jika terdapat sebarang masalah harap maaf. Tolong jangan saman aku, aku tidak bersalah.

Promosi: Dapatkan Kupon Percuma Kugeeku yang bernilai sehingga RM50 sekarang juga dan anda berpeluang untuk memenangi SmartPhone Blackberry Curve serta tajaan produk Kugeeku.com klik banner di bawah:

Kupon Percuma kugeeku

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

25 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

RedBoys 23 November 2010 at 7:52 am

wah. rajin ye bro share ni. sesungguhnya skrg aku tgh mood malas + hibernasi. hehe
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil Adha

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 6:56 pm

saja nak penuhi permintaan pelanggan la katakan. hehe, nak tgk, tv takda. so download jela jwbnya. hehe

Reply

zik 23 November 2010 at 4:01 pm

cerita nieh aku tak sempat tengok…
zik recently posted..Dimensi dunia fotografi di malaysia

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 7:17 pm

apa lagi bro, sedut la. best gak la citer ni.

Reply

Piston Pecah 23 November 2010 at 10:40 pm

aduyai,dah lama asik terlepas nak tengok cerita-cerita camni kt tv3…ish…
Piston Pecah recently posted..Kesan terhadap badan selepas meminum coca-cola

Reply

Mohd Isa 24 November 2010 at 1:52 am

samalah kita, tambah plak aku takda tv kat perlis ni. kalau nak tgk pun kat cafe. so nak taknak, kena download gak la jawabnya. haha

Reply

zaid 25 November 2010 at 3:13 am

episod 3 part3 tertukar dgn episod 1 part 3….please btolkn link

Reply

Mohd Isa 25 November 2010 at 5:43 am

yaka, nnt sy akan betulkan dari masa ke semasa. harap bersabar. maaf.

Reply

lazaac 26 November 2010 at 8:31 am

aku yg duk rumah 24 jam ni pun tak pernah tgk citer ni… lebih minat tgk discovery channel ngan citer memasak omputih… hahaha… next time kowt tgk drama melayu..

bro dah tgk lom movie 2Alam..? :p
lazaac recently posted..Lazaaccom Berpindah Hosting Lagi

Reply

Mohd Isa 26 November 2010 at 9:02 am

samalah kita, aku suka gak tgk discovery channel, animal planet, pasal sains dan teknologi. memang best, drama melayu aku minat gak. tapi yang menarik sahajalah.

2 Alam? Pergh…jangan sebut…walaupun aku tak tgk lagi…memang aku takkan tgk…aku tak suka…diperkuatkan lagi dengan review daripada member2 yang dah tgk…hehe

Reply

lazaac 26 November 2010 at 9:05 am

hahaha… itu review mereka yg ikhlas, cuba tgk review org kuat ddr… mcm hampeh… :p
lazaac recently posted..Lazaaccom Berpindah Hosting Lagi

Reply

Mohd Isa 26 November 2010 at 9:18 am

haha, itu lagilah aku menyampah. tengok promosi dalam paper pun aku dah muak, inikan review orang kuat ddr. memang aku terus tak bacalah jawabnya. haha

Reply

ahm2480 27 November 2010 at 9:03 am

salam bro.. tq rajin masuk blog aku..dah blog ni salah satu penyumbang trafik di blog aku..harap kerjasama ini dapat berterusan

Reply

Mohd Isa 27 November 2010 at 10:19 am

insyaAllah, harap-harap kerjasama antara kita akan berkekalan. tapi takut pula tengok entri terbaru daripada blog Ridzuan Richie yang menyatakan satu undang-undang baru akan diperkenalkan untuk menghalang aktiviti download kelak. risau pun ada.

Reply

zaid 3 December 2010 at 3:37 am

episod 4 part 1 xboleh download….

Reply

Mohd Isa 3 December 2010 at 6:12 am

tolong cuba beberapa kali, harap maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. :)

Reply

shi 9 December 2010 at 9:32 am

lagu ost die ade x?
gzell feat ruffedge- kamu yang..

Reply

asada 24 December 2010 at 5:48 pm

crikn la episod akhir … seribu kali cnta nie… gram lak… cari2.. x penah dpt….

Reply

Mohd Isa 24 December 2010 at 7:28 pm

akan diupdate tidak lama lagi, harap dapat bersabar. terima kasih. :)

Reply

nia 29 December 2010 at 1:11 pm

salam…
episod 5 part 1 x ley download ar…
dekat 10 kali na ceq try… awat ar ?? :)

Reply

Mohd Isa 30 December 2010 at 6:15 am

masalah juga tu, kena cuba banyak kali tu. orang lain ok la plak. kalau ada masalah lagi sila bagitau. nnt sy carikan link lain.

Reply

nia 31 December 2010 at 10:40 pm

episod 22 part 2 invalid file…
nk download… xley… :’(

Reply

Mohd Isa 31 December 2010 at 10:56 pm

ada masalah ye? nanti sy cuba cari link baru, kalau boleh cuba byk kali. mana tahu boleh. :)

Reply

fara 22 January 2011 at 1:40 pm

knp episod 5,part 1 xblh?ala…..bru nk download..cerita ni menarik…

Reply

Mohd Isa 22 January 2011 at 3:42 pm

sila cuba beberapa kali, harap maaf.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: