Tinggal lagi enam episod sahaja lagi drama Laila Asyikin dalam slot Samarinda TV3 akan sampai tamat. Pasti ada yang sudah menontonnya televisyen dan pasti ada yang ketinggalan seperti aku untuk menonton Laila Asyikin yang menggantikan drama Noktah Buat Erna pada 1 Julai yang lalu.
Entri ini adalah permintaan daripada peminat yang gemar menonton dan mengumpulkan koleksi drama Melayu seperti aku. Secara realitinya, aku belum lagi menonton drama Laila Asyikin yang ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Sekadar membaca sinopsis dan ulasan mengenai drama ini melalui blog rakan-rakan yang lain.
Mengikut sinopsis atau ulasan yang ditulis mengenai drama Laila Asyikin ini, boleh dikatakan menarik dan kena dengan kehidupan rakyat Malaysia yang mengisahkan kekeluargaan dan kekayaan. Bagi yang belum menonton, rasa lebih elok membaca sedikit sinopsis mengenai drama Laila Asyikin dalam slot Samarinda TV3 di bawah.
Sinopsis Drama Laila Asyikin Dalam Slot Samarinda TV3
Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian, Adeline Tsen dan ramai lagi.
Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad.
Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan menjadikan United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta itu yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang berusia tiga bulan.
Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad).
Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.
Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?
Sumber: Berita Harian
Catch Up Drama Laila Asyikin Slot Samarinda TV3
Laila Asyikin Episod 01 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 02 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 03 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 04 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 05 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 06 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 07 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 08 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 09 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 10 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 11 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 12 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 13 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 14 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 15 – DOWNLOAD
Laila Asyikin Episod 16 – DOWNLOADKredit: dramamelayu.com
Lirik Lagu OST Laila Asyikin Samarinda TV3
Faizal Tahir – Sampai Syurga
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamuDan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begituSemua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertungguDi hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburuAku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimuNamun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamuKu membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamuBersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakankuAku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimuSampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamuDan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu sajaKu mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurnaAku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk dirikuHanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimuSampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Nota Penafian: Link dan URL di atas hanyalah perkongsian daripada sumber lain, jika terdapat sebarang masalah harap maaf. Tolong jangan saman aku, aku tidak bersalah.


{ 34 comments… read them below or add one }
salam, link utk Download OST Laila Asyikin Samarinda TV3 rosak ker bro..? :p
lazaac recently posted..Selamat Hari Lahir Lazaac – 22yo – 21-07-88
dah dibetulkan, salah paste url plak. hehe
baru wife tanya mana nak download citer ni… tq bro
sama-sama, ajar wife download yerk. hehe
lepas ni aku amik kat blog ko je la eh isa…tenet aku slow skang..dah susah nak wat koleksi tv3 ni..huhu
comentluv pun xdetek2..aduyai…
takda masalah, selagi boleh share. aku share je.
Baru tertengok malam td siri ni. Tengok2 tatau ujung pangkal, rupanya dh famous lama dah kah3x
Mommy Lyna recently posted..Jemputan ke Airashii Mummy Kawaii Putri
haha, kira dah terlewatlah ni yerk. takpa, boleh sedut. tak pun layan streaming kat tv3 jerk.
aku suka muatturun je.senang nak tengok.
nak harapkan internet kat umah.eeeeeeeeeeee
Ali ridha recently posted..Makan nasi lemak ikan gulai
tahu takpa, nak streaming. memang tak sesuai la. hehe
salam,
episod sebelas tak der ker….. semalam tak sempat nak tgk tv……
dah update, boleh download sekarang…:)
Tq…
baru sudah download… download kat ofis je kat rumah tak de internet…
nanti episod seterusnya sya download kat sini je…
tq….
baru sudah download…. download kat ofis je kat rumah tak der internet…
nanti episod seterusnya sya download kat sini je….
sama-sama, samalah. download kat ofis je. laju skit. hehe, kalau kat umah tenet slow sgt. jgn lupa melanggan blog sy yerk.
saya jumpa blog awak pun sbb cri “laila asyikin”… INSYAALLAH sya akn terus lawat.. TQ utk laila asyikin….
sama2, jika ingin download drama lain. sila bagitahu, saya akan cuba membantu. sharing is caring.
dah nak habis cerita ni kan….
apa kesudahannya…
saya pun tak pasti, sebab saya sendiri belum menontonnya lagi.
bro, episod 3 xleh download lah…suke download kt cni laju…
episod 3 takleh download? jap nanti saya cuba tgk.
boleh je bro, sila cuba berulang kali. harap maklum.
mana episod 14 & 15?..
blum upload lg
belum lagi, harap maaf. sila bawa bersabar.
hehe
nk episod 15&16,he3
masih belum diupload, harap bersabar.
best gak cito ni.. kawe tangkap cintan ngan Laila Asyikin.. huuhu.. tp cito ni dh abis n ending xbrapo best r.. my blog kawepehedemo.blogspot.com
kawe baru nak tengok, dop abis download lg.
hehe
demo dload mano.. kawe cek dale website tv3, xleh bukak plok..
sedut kat tv3 la, kan dowg tgh renovate. hope bersabar. hehe
yeah! dh leh dload pon.. thnks bro…
bro, xleh jgk r download episod 3…
bila wa klik Laila Asyikin Episod 03 – DOWNLOAD terus g kt page mediaFire pas2 wa klik ‘click here to start download…’ tp terus g ke page yg kosong…
cuba check bro…
mungkin masalah pada mediafire, ko download guna apa? gulalah internet download manager.
Epilog syurga cinta Episod 8 boleh d download sekarang.. http://myvitrd.blogspot.com/2010/08/free-download-drama-terbaru-tv3-2010.html
{ 3 trackbacks }