Home > Entertainment > Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

August 3, 2010 · 40 comments

Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Epilog Syurga Cinta yang ditayangkan di dalam slot Akasia di TV3 sudah memasuki episod yang ke-2, bagi yang belum menontonya seperti aku sudah pasti tertanya-tanya adakah drama ini mampu menandingi drama Adamaya sebelum ini. Drama Epilog Syurga Cinta ini baru ditanyangkan di TV3 bagi menggantikan drama Ilusi yang tamat pada minggu lepas.

Epilog Syurga Cinta
Sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah filem Melayu iaitu Syurga Cinta yang dilakonkan oleh gadis comel yang pernah bertandang ke UniMAP, iaitu Heliza yang digandingkan dengan Awal Ashaari serta diceriakan oleh adik Haziq. Dalam drama Epilog Syurga Cinta pula dilakonkan oleh Fida, Zizan Nin dan bintang kecil Adamaya, adik Mia Sara Nasuha.

Sinopsis Drama Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Kredit: Yan

Mampukah drama Epilog Syurga Cinta menandingi drama Adamaya yang meletup satu ketika dahulu? Apa-apa pun, bagi penggemar drama Melayu jangan lupa menonton drama Epilog Syurga Cinta setiap Isnin hingga Khamis dalam slot Akasia di TV3 jam 6.30 petang.

Klik untuk download Epilog Syurga Cinta!

Nota Epilog Syurga Cinta: Untuk mendownload drama Epilog Syurga Cinta ini, sila pastikan anda telah melanggan Blog Mohd Isa terlebih dahulu untuk mendapatkan update terkini dengan memasukkan email anda di sidebar. Terima kasih.

Acer Aspire One Percuma

Komuniti Drupal & phpBB Malaysia SponsoredTweets referral badge Iklankan di Blog Mohd Isa Iklankan di Blog Mohd Isa

Related Posts

Dapatkan Update Terkini!

Langgan sekarang juga Feed RSS atau terus ke Email anda.

{ 36 comments… read them below or add one }

yanmie August 3, 2010 at 9:23 pm

salam isa, thanks for the credit :P
drama nie memang best! setakat episode 2 nie memang best sgt dh, betul2 teringat kt drama adamaya, sebab blh kata muzi2 latar dlm drama nie lebih kurang mcm adamaya…

xsabar nk tengok untuk besok. lagu ost pun best! sampai skrg xjumpa lg lagu tu…adoiii giler nk lagu tu gak..klu dpt jgn lupa entry…dh kemaruk lak ngan drama dan ost epilog syurga cinta nie…hahhaa

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 9:59 pm

sama-sama
yeke best, uiks. tak leh jadi ni. esok juga kena sedut
takda tv nak tgk
hehe
nnt sy cuba carikan ost dia
mudah je tu
hehe

Reply

boy_bersahaje August 4, 2010 at 2:21 am

Ohhh ni the series dari movie syurga cinta la kan. Boleh layan ni. Dulu jalan cerita movie dia pun x la membosankan. Kira boleh masuk la

Reply

Mohd Isa August 4, 2010 at 1:24 pm

lebih kurang la, aku pun tak layan lagi ni. yan cakap, memang seronok. hehe

Reply

dahlia August 4, 2010 at 5:16 am

salam,

kenapa sinopsis drama epilog syurga cinta ni macam lain sikit dengan cerita?ini macam sinopsis filem syurga cinta..

rasanya watak ikmal (lakonan haziq tom tom bak) telah ditukar kpd watak adik mia sara..dan watak cikgu syuhada pun telah ditukar kepada watak cikgu siti…

maaf kalu sy tersilap…

Reply

Mohd Isa August 4, 2010 at 1:27 pm

Salam,
Ye tak ye jugakan, baru perasan. Sinopsis ni untuk filem Syurga Cinta. Takpa, nanti saya update kemudian. Terima kasih atas teguran. :)

Reply

Ali ridha August 4, 2010 at 9:48 am

walaupun bertudung.aku tetap tergoda.hehehehe………….
Ali ridha´s last blog ..Makan karipap dan cucurMy ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 4, 2010 at 1:39 pm

tergoda dengan siapa? fida yerk? hehe

Reply

Ali ridha August 5, 2010 at 10:54 am

sape lgi.klu bkn fida.
jgn lupa no fon.aku nk
ngorat dia.hehehe….
Ali ridha´s last blog ..Pendrive BackgroundMy ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 5, 2010 at 11:14 pm

hoh, bertuah kalau aku dapat no fon dia.
hahaha

Reply

suraya August 4, 2010 at 12:57 pm

ala.. xleh nk tgk.. xsempat.. blk lmbt.. donlod jela.. hehe..
dh tgk yg filem nyer, best gak..
suraya´s last blog ..Buat Duit dengan ChurpChurpcomMy ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 4, 2010 at 1:43 pm

tahu takpa, tambah plak org kat sini takda tv. nak taknak kena sedut jela jawabnya. hehe

Reply

HidrogeN August 5, 2010 at 4:51 am

dah berapa blog saya tengok orang dok promote cerita ni. memang best ke ceritanya?

p/s:kena tengoklah baru tau..hehe
HidrogeN´s last blog ..Water Dispenser baru dari M6My ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 5, 2010 at 11:13 pm

kurang pasti, sebab saya sendiri belum menontonnya. baru hendak bermula. :)

Reply

naz August 5, 2010 at 9:59 pm

budak mia tu cute,antara sebab aku usha kejap cite ni :P
naz´s last blog ..Protect Your DreamsMy ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 5, 2010 at 11:17 pm

haha, tahu takpa. nama pun dah comel. mia sara…hehe

Reply

Azuan August 7, 2010 at 8:21 pm

Akhir aku buat gak post ni.. hehe.. penangan nye hebat,.. hehe
Azuan´s last blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3My ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 1:58 am

aiseh…tajuk sama la plak bro…hehe

Reply

Azuan August 8, 2010 at 11:51 am

hehe.. tajuk nampak sama, tp berbeza tu bro.. hehe.. aih, ramai pula yg cari lagu tema epilog syurga cinta ni..hehe
Azuan´s last blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3My ComLuv Profile

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 12:41 pm

yurp, lagu tema je aku tak wat lagi. ko wat la. hehe

Reply

Azuan August 8, 2010 at 2:55 pm

hehe.. x de sumber lg.. nnti ada nnti blh la nak buat..
Azuan´s last blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3My ComLuv Profile

Mohd Isa August 8, 2010 at 3:07 pm

itulah pasal, jenuh juga nak mencari. apa tajuk lagu dia yerk?

Reply

Azuan August 8, 2010 at 3:46 pm

aku pun x tau apa tajuk dia.. hehe
Azuan´s last blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3My ComLuv Profile

we August 11, 2010 at 12:20 am

nk ost cerita ni……

Reply

Mohd Isa August 11, 2010 at 5:16 am

masih dalam carian
harap bersabar :)

Reply

mizi August 11, 2010 at 2:48 pm

aku pun nak jugak lagu lagu tema epilog syurga cinta ni..dah cari tapi x jumpe…

Reply

Mohd Isa August 12, 2010 at 4:18 am

nanti aku carikan, kalau boleh cuba bagi tajuk dan artis. mudah sikit aku nak carikan. hehe

Reply

dinie August 14, 2010 at 4:19 pm

salam,apa tajuk lagu untuk cita ni ya???

Reply

dinie August 14, 2010 at 4:25 pm

maksudnya lagu tema untuk cita nie…

Reply

Mohd Isa August 14, 2010 at 9:21 pm

untuk lagu tema drama ini belum dikenalpastilah. harap bersabar. :)

Reply

abid August 16, 2010 at 12:53 pm

Ku Memohon Padamu – Rafidah Ibrahim

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu

Ku Memohon Padamu

(lagu tema Epilog Syurga Cinta)

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 12:59 am

thanks for sharing…:)

Reply

mizi August 17, 2010 at 9:51 am

lagu ni dlm mp3 x ade ke…

Reply

mizi August 17, 2010 at 9:54 am

lagu tema Epilog Syurga Cinta dlm bentuk mp3 ade x…

Reply

mizi hasan August 17, 2010 at 5:11 pm

lagu dlm mp3 x ade ke…

Reply

Mohd Isa August 19, 2010 at 1:00 am

nanti sy cuba dapatkan…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: