dunia blogging

Dunia Blogging Yang Kian Suram

Sebut sahaja mengenai dunia blogging, pasti saya akan tertanya-tanya kepada diri saya. Mampukah lagi saya meneruskan hidup saya sebagai seorang blogger lagi. Tambahan pula rakan-rakan blogger yang sering bertanya mengenai blog saya yang tidak dikemaskini seperti dahulu lagi.

Jika difikirkan, memang sayang untuk meninggalkan dunia blogging ini. Apatah lagi dunia inilah yang membawa saya mengenali rakan-rakan yang banyak memberi bantuan ketika saya susah dahulu. Saat yang tidak pernah saya lupakan di mana saya mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan blogger, tidak kira dikenali dan tidak dikenali.

Bukan saya ingin nafikan rakan-rakan disekeliling saya tidak menghulurkan bantuan, tapi faham-fahamlah. Bukan senang untuk mencari seorang rakan yang akan bersama kita ketika susah dan senang. Bila kita senang, pasti ramai yang nampak dan ingin mendampingi kita. Bila kita susah, ramai yang menjadi buta atau buat-buat tidak nampak.

Tetapi itu tidak menjadi masalah bagi saya, mungkin itu sudah menjadi lumrah alam dan tertulis dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya diberi peluang menceburi dunia blogging yang benar-benar mengubah hidup saya. Bukan dari segi buat duit dengan blog, tetapi dari segi sahabat sesama blogger yang prihatin walaupun tidak pernah berjumpa.

Dunia Blogging

Kalau ingin bercerita mengenai dunia blogging dalam hidup saya dari mula hingga kini, saya rasa sampai bila pun tidak akan habis. Cukuplah sekadar apa yang saya rasa dan apa yang saya lihat ketika ini.


Jika dahulu, menulis untuk berkongsi dan bercerita. Tetapi apa yang saya rasa kini, dunia blogging penuh dengan politik wang semata-mata. Lebih kepada menulis untuk mendapatkan wang lumayan.

Mungkin itu yang saya rasa dan itu juga yang saya maksudkan dunia blogging yang kian suram dengan perkongsian ikhlas daripada seorang blogger tanpa mengharapkan balasan. Cukup sekadar ada dan itulah yang dikatakan pemberian Allah s.w.t.

Tetapi jangan pula disalah anggap apa yang saya sampaikan di sini, saya tidak nafikan buat duit dengan blog. Mungkin itu akan menjadi sumber rezeki dan pendapatan seseorang yang benar-benar serius dalam menjana pendapatan dari blog. Maklumlah, untuk mendapatkan pekerjaan sekarang ini memang sukar.

Apa-apa pun, sebenarnya saya ingin mengembalikan mood untuk menulis blog semula. Jadi inilah artikel pertama setelah sekian lama agak menyepi. Artikel sekadar meluahkan apa yang dirasa. Jangan marah aaa…

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


12 comments… add one

  • ko bertapa lama sangat nih..
    titan recently posted..Tak best la main hack-hack macam ni..

    Reply
  • samalah kita bro dok lama dah sepi… faktornya bukan malas tapi mendahulukan apa yang benar2 perlu dahulu. Akibatnya blog bersawang. Apapun kita jgn mudah mengalah. Selamat berblogging semula bro…
    mancai recently posted..Apa itu API?

    Reply
  • semoga mood untuk berblog tuh datang semula.. selamat berblog…
    Akuro San recently posted..Wordless Wed – Maintenance Life

    Reply
  • kalau aku takde mood macam ko, tiap2 malam aku paksa otak pikir untuk publish entri..walaupun tak ada..try jugak cari idea..sampai dapat..haha
    hafizrahim recently posted..Axiata Cup – Up Your Game

    Reply
  • bertambah suram jika terus menyepi bro…

    Reply
  • ada makna menyepi tu…erk…. :)

    Reply
  • Tak apa bro,ambil masa untuk naikkan mood menulis di blog ni :-)

    Reply
  • dunia blogging kian suram munkin dah tak minat berbloging or dah sebok skrg
    HafizAmri recently posted..Rahsia Bawang Putih

    Reply
  • Samalah kita bro,kalau ada sebab nak usik blog ,pasal blog jatuh dan earning mesti jatuh. Pastu cepat2 buat entry baru macam sekarang ne

    Reply
  • sejak berkahwen dan ade anak nie, dah xblh nk luangkan mase berblog dah :(

    kije pulak makin byk..bos taw nk tu nak nie..die xtaw ke kite nie kije aritu pon berlambak~

    Reply
  • semoga mood bro kembali terbaik dan capai target..insyaAllah

    Reply
  • dunia blogging sudah begitu dikenal masyarakat sebagai ajang pencari uang sehingga sebagian besarnya memanfaatkan blog untuk mengais rejeki itu termasuk saya juga. semoga kita bisa tetap menyeimbangkan antara monetasi dan sharing ilmu agar dunia blogging tetap cerah dan tidak suram
    Rina recently posted..Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover Effect

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge