Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

oleh Mohd Isa pada November 6, 2011

Drama Soffiya baru sahaja tamat pada Selasa lepas, memang menarik drama melayu sekarang ini. Peminatnya juga sudah semakin meningkat dari hari ke hari, kini slot Akasia di TV3 akan dimuatkan lagi sebuah drama baru iaitu Tentang Dhia. Jom layan serba sedikit mengenai drama Tentang Dhia ini.

drama tentang dhia
Hati wanita mana yang mampu menahan duka lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti? Tentang Dhia sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance yang akan mula disiarkan pada 9 November ini.

Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah. Jom layan sinopsis drama Tentang Dhia yang bakal ditayangkan dalam slot Akasia di TV3.

Sinopsis Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.

Sumber: Berita Harian

Untuk mendapatkan drama Tentang Dhia sila ke Free Download Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3. Terima kasih.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

6 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

wazy 7 November 2011 at 2:28 pm

Boleh tahan jugak bila baca dari sinopsis cerita ni,ada Nora Danishs ekali tu
wazy recently posted..Permulaan Dunia Baru

Reply

hafidz 8 November 2011 at 11:08 am

aduhai citer sedih ke ni. huhu. bila la nak ada drama berunsurkan komedi romantik nih huhu :P

Reply

lydia qistina 9 November 2011 at 9:21 pm

even bru je mula cerita nie,tapi rasa sronok mcm bca novel..hope part klimaks story nie boleh buatkn penonton ingt crita nie smpai ble2..

Reply

titan 10 November 2011 at 12:55 am

habisla..penuh la orang lelaki depan tv kul 7 petang nih..hoho..
titan recently posted..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..

Reply

ella 29 December 2011 at 11:44 pm

Dhia dah nak tamat dah…. esok episod final.. apa jadi kat Dhia ek.. dia mati ke..kalau betul mati, berjaya la hasrat busuk mak Zikir…ramai ke manusia macam mak Zikir ni…..

Reply

Mohd Isa 1 January 2012 at 1:28 am

Dhia mati, Zikir pun mati. Siyes, drama tentang dhia ni banyak yang mati.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: