Drama BFF Teman Tapi Mesra

by on January 16, 2012

download bff teman tapi mesra

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

BFF Teman Tapi Mesra. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Tertarik dengan drama Melayu terbaru yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini iaitu hari Ahad jam 9 malam, BFF Teman Tapi Mesra.

BFF Teman Tapi Mesra baru sahaja memasuki episod pertama pada 15 Januari lepas, drama lakonan Munif Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan, Razak Ahmad dan Liza Abdullah benar-benar menarik minat saya. Apa kata kita layan sinopsis drama BFF Teman Tapi Mesra di bawah:

Sinopsis Drama BFF Teman Tapi Mesra TV3

BFF Teman Tapi Mesra mengisahkan tentang dua teman rapat, Iskandar dan Shahidah yang membesar bersama. Mereka berdua saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing.

Setelah menamatkan pengajian, Iskandar mendapat tawaran latihan sebagai juruterbang Institut Penerbangan Malaysia Airline. Shahidah pula merancang untuk ke Kuala Lumpur demi merealisasikan impiannya menjadi pereka fesyen. Bagaimanapun, impian Shahidah dihalang oleh ibubapanya yang mahu Shahidah terus tinggal di kampung.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Kerana sifat prihatin dengan cita-cita teman baiknya, Iskandar membuat keputusan berani yang bakal merubah persahabatan mereka. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran?

Pelakon Drama BFF Teman Tapi Mesra TV3

Munif Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan, Razak Ahmad, Liza Abdullah

Download Drama BFF Teman Tapi Mesra TV3

Untuk memuat turun drama BFF Teman Tapi Mesra bolehlah melayari Download BFF Teman Tapi Mesra

ADVERTISEMENT

{ 13 comments… read them below or add one }

titan January 16, 2012 at 5:31 pm

ada juga yang drama macam nih. makin pelik drama sekarang ye. haha..
titan recently posted..Komisen ke 10 dari 701panduan

Reply

blackrosehunter January 17, 2012 at 10:32 pm

kadang-kadang yang pelik tu orang suka..hehe
blackrosehunter recently posted..Hadis Pilihan

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:26 pm

tahu takpa, orang kita suka pelik…

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:25 pm

haha, itulah pasal. tp siyes, best bro…

Reply

Shah Blogger January 17, 2012 at 10:35 pm

Dunia berdedar. makin lama makin pelik sifat2 nya :D … aku dah jrg tgk tv :D
Shah Blogger recently posted..Template Google Snippet Set Up

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:26 pm

haha…aku layan je…kalau best memang aku layan abis…hehe

Reply

ohcikgu January 18, 2012 at 4:35 am

tengok tv pun sebab nak tengok berita atau bola aje. hehe..
ohcikgu recently posted..Video Jaringan gol dalam Liga Super 2012 pada 17 Januari 2012

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:27 pm

haha, samalah kita…drama ni sampingan je…klu ada masa mmg layan je…

Reply

wazy January 18, 2012 at 4:33 pm

Layan gak la cerita ni
wazy recently posted..Wordless Wednesday #9

Reply

Mohd Isa January 28, 2012 at 11:27 pm

best bro…hehe

Reply

Sukri Abdullah February 12, 2012 at 10:06 pm

saya lagu yang dinyanyi oleh penyanyi perempuan dalam BFF Teman Tepi Mesra. Boleh bagi tahu nama penyanyi dan tajuk lagunya

Reply

Sukri Abdullah February 12, 2012 at 10:08 pm

RALAT:
saya suka lagu yang dinyanyi oleh penyanyi perempuan dalam BFF Teman Tepi Mesra. Boleh bagi tahu nama penyanyi dan tajuk lagunya?

Reply

Mohd Isa February 16, 2012 at 2:18 pm

yang saya tahu lagu Tanpamu – Amir Jahari sahaja…yg lain tak pastilah pula…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak