Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

by on February 21, 2012

download sinopsis apa celop tv3

Apa Celop drama melayu terbaru yang ditayangkan dalam slot Aksi di TV3 bermula semalam setiap hari Isnin. Ada orang cakap Apa Celop membawa maksud lucah, saya sendiri pun kurang pasti.

Apa-apa pun, rasanya dalam kamus celop atau celup bermaksud lain dan tidak membawa maksud lucah. Orang cakap kena yakin, baru sempurna maksudnya. Jom layan sinopsis Apa Celop di bawah:

Sinopsis Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Download Drama Apa Celop Slot Aksi TV3

Untuk mendapatkan drama Apa Celop ini, anda bolehlah melayari Download Apa Celop

ADVERTISEMENT

{ 5 comments… read them below or add one }

Mr.Sepet February 21, 2012 at 8:15 pm

cerita ini best gak ..
Mr.Sepet recently posted..Perkara Yang Boleh Dibuat Ketika Berada Di Wad

Reply

titan February 22, 2012 at 8:19 pm

ada juga drama macam ni rupanya. haha
titan recently posted..Top Link Referral MamaMurai.com

Reply

Yus February 23, 2012 at 6:49 pm

lucah ke? macam tak je. best pe cerita tu. patut tengok :-)
Yus recently posted..Filem Adnan Sempit 2 Buat Orang Pecah Perut Ke?

Reply

Harfiz Perniagaan Internet February 25, 2012 at 8:42 am

Dah berapa episod dah ni? :D
Harfiz Perniagaan Internet recently posted..Tukar Template Mesra SEO Free

Reply

leena March 1, 2012 at 12:25 pm

tak tgk lagi

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: