topup percuma

Dapatkan Topup RM5 Percuma Sekarang Juga!

Topup RM5 percuma untuk anda, ya ianya diberikan percuma jika anda benar-benar berminat. Topup percuma ini akan diberikan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) setelah anda menjawab survei mudah, tidak sampai 5 minit.

Topup RM5 Percuma – KAJIAN PERSEPSI BELIA TERHADAP CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PERDANA LEADER FELLOWSHIP

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana Leader Fellowship.

Program Perdana Leader Fellowship adalah satu program penjenamaan semula menggantikan The Leader yang merupakan satu daripada enam (6) inisiatif (Transformation Initiatives) yang dibentuk sewaktu Makmal Transformasi Pembangunan Belia.

Program ini menggunakan pendekatan berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorship bagi melatih, membimbing dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Perdana Leader Fellowship, anda boleh layari http://interaktif.kbs.gov.my/theleader atau http://vyrec.com/mari-sertai-perdana-leader-fellowship

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah prabayar (topup credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab kajian ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya.


Pembayaran top-up akan dibuat SELEPAS pihak IPPBM menerima penyertaan 5,000 responden. Selepas menerima kod topup, anda diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor topup.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke Borang Kajian. Kesemua jawapan dan pandangan anda akan dijadikan input kajian tersebut.

Menarik bukan, itulah emel yang saya terima sebentar tadi. Sebenarnya saya telah menerima beberapa kali survei sebegini dan diberi topup percuma. Tidak silap saya, saya pernah berkongsi di dalam blog ini juga.

Tidak tahulah sama ada anda sertai atau tidak. Dapatkan topup RM5 percuma sekarang juga! Peluang hanya untuk 5,000 terawal sahaja. RM5 pun duit juga.

Topup RM5 Percuma

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


14 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge