cuti panjang

Cuti Panjang Bersama Blogger

oleh Mohd Isa pada December 29, 2012

Cuti panjang yang sungguh panjang rasanya, maklumlah ingin habiskan cuti tahunan. Itu pun masih ada baki lagi dan dibawa kehadapan. Sudah bekerja makan gaji, pasti diberi cuti tahunan. Betul tak?

Kalau tidak dihabiskan cuti itu rasa rugi pula, nak bawa kehadapan pun bukan boleh banyak-banyak. Ada juga had tertentu, nak tuntut bayaran pula kena tunggu tamat kontrak. Apa-apa pun bukan nak cerita pasal cuti pun sebenarnya.

Sekadar ingin memeriahkan blog yang kian suram ini, jika dulu dunia blogging di Malaysia tidaklah semeriah mana jika dibandingkan dengan sekarang. Dulu trafik blog ini boleh mencecah 20k sebulan, kini nak capai 10k pun tercungap-cungap rasanya.

Tambahan pula sudah bekerja, mana mungkin ada masa yang lama untuk blogwalking dan menarik trafik dari blog lain. Sekadar tunggu dan lihat sahajalah, cuti panjang lagilah menyiksakan. Internet kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Lagi meluat nak fikirkan pasal blog.

Mungkin kini pemikiran saya sudah berbeza, dunia blogging rasanya sudah terlampau padat dengan blogger. Setiap blogger rasanya pasti mempunyai lebih daripada sebuah blog. Tambahan pula, pasti akan bertanya kepada saya bagaimana membuat blog?

Itu bermakna, akan bertambah lagilah blogger di Malaysia ini. Kian tinggilah persaingan dalam dunia blogging di Malaysia ini. Apa-apa pun, setiap blogger pasti ada matlamatnya apabila mempunyai sebuah blog. Mungkin pada mulanya sekadar suka-suka, lama-lama kita tengoklah apa yang akan jadi.

Cuti Panjang Diluangkan Bersama Rakan Blogger

Seperti saya juga, dengan ada cuti panjang ini pasti saya tidak lepaskan untuk bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Mostly yang telah berjumpa beberapa kali dan pertama kali pun ada.

Tapi apabila berjumpa di luar dunia maya ini, saya selalunya tidak akan berbual mengenai blog. Selalunya saya akan bercerita mengenai minat dan berkongsi dengan mereka. Jika mempunyai minat yang sama, sudah pasti ianya akan menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam cuti panjang ini.

Apa-apa pun, saya pasti ada para pembaca dan blogger yang lain sedang cuti panjang sekarang ini. Apa yang anda lakukan? Adakah sekadar mengadap monitor di rumah sahaja sambil minum nescafe? Adios!

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

10 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

haru 29 December 2012 at 11:31 pm

emmm untunglaaa boleh gi cuti..dgr cite dpt bonus banyakkkkkkk kan :3

Reply

Mohd Isa 29 December 2012 at 11:40 pm

dah keje makan gajikan, lainlah orang tu. ikut suka je nak g keje kan.

Reply

haru 30 December 2012 at 12:30 am

kalo xgi kije xde duetlaaa :(
haru recently posted..Niat Kahwin Awal Yang Tidak Direstui

Reply

Mohd Isa 31 December 2012 at 1:42 am

tahu takpa, macam tu gak aku. waktu keje, keje la. ada cuti kita cuti. :)

Reply

titan 1 January 2013 at 12:54 pm

dah habis cuti dahhhh. haha..
titan recently posted..Tahun 2012. Sayonara.

Reply

Mohd Isa 1 January 2013 at 2:58 pm

haha…aku last cuti esok…khamis baru masuk keje balik. :)

Reply

titan 2 January 2013 at 5:03 pm

demm. mana aci weh.
titan recently posted..Lelaki ni kekadang banyak bangangnya..

Reply

Mohd Isa 2 January 2013 at 9:13 pm

haha…sampai sudah perlis…esk mulalah kerja…cam berat je…:p

Reply

sensasi2020 12 January 2013 at 1:43 am

Dah lama tak dengar khabar tentang saudara, nampaknya semakin kurang publish. Tulah blogger semakin bertambah, ini membuat trafik semakin perlahan.Walaupun begitu nama saudara masih diingati. Selamat bercutilah…Pasti ada yang lebih power akan saudara publishkan. Nak melihat Mohd Isa yg dikenali suatu ketika dahulu. Lihat saja pada Denaihati. Sentiasa mencari strategi utk lebih berjaya.
sensasi2020 recently posted..Bilakah Pilihan Raya Umum ke 13 Akan Diadakan?

Reply

Mohd Isa 12 January 2013 at 12:34 pm

Maklumlah, sudah bekerja. Agak sibuk bekerja, masa terluang sahaja mampu mengemaskini blog ini. InsyaAllah suatu hari nanti akan menaikkan balik blog ini. :)

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: