Selamat sejahtera cikgu, teringat pula zaman persekolahan dahulu. Ucapan inilah yang sering kali dilafazkan setiap kali kelas bermula. Ingin rasanya balik ke bangku sekolah dahulu, banyak memori pahit manis yang tidak dapat dilupakan. Terutama mencari erti persahabatan dan kawan, jangan sampai kawan makan kawan. Apa, kawan makan kawan?
Itu adalah sekadar mukadimah bagi entri ini, tiada kaitan pun dengan tajuk entri. Saja hendak melalut sebentar dan memanaskan keadaan. Kalau anda semua perasan, setiap kali aku mengunjungi blog rakan-rakan yang lain. Pasti ada entri Hidup Berani Untuk Gagal, bagi yang belum mengetahuinya. Hidup Berani Untuk Gagal itu merupakan sebuah entri yang sangat menarik untuk dikongsikan, bagi akulah. Bagi anda semua tak tahulah pula aku, sebab melalui tajuk Hidup Berani Untuk Gagal ini. Banyak pengalaman atau perkara yang dapat dikupaskan satu-persatu, apa orang kata “Minda Bawah Sedar.”
Selain itu juga, Hidup Berani Untuk Gagal merupakan sebuah contest yang dianjurkan oleh denaihati yang menawarkan hadiah sebanyak RM3750. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melihat entri sebelum ini iaitu Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail. Kali ini aku ingin kongsikan beberapa tips yang telah ditulis oleh rakan saya iaitu Muhd Farhan, antaranya ialah:
Tips 1: Teori Hidup Berani Untuk Gagal
Rangking susunan mengikut kata kunci merujuk kepada kekerapan kata kunci tersebut digunakan di mana-mana enjin pencarian. Kata kunci tersebut perlu dipublish di mana-mana website yang mahukan enjin pencarian memaparkan nama website/blog mereka terpapar di keputusan enjin pencarian . Semakin berpengaruh sesuatu website/blog maka ianya akan dipaparkan dahulu dan seterusnya mengikut kekuatan pengaruhnya. Kita gelar pengaruh tersebut sebagai SEO (Seach Engine Optimization) . Maknanya, anda perlu memaparkan kata kunci “Hidup Berani Untuk Gagal” terlebih dahulu. Kemudian tulis kata kunci tersebut berulang kali di dalam blog anda. Seterusnya, mantapkan SEO anda.
Tips 2: Theme Hidup Berani Untuk Gagal
Rata-rata blogger baru tidak mengetahui betapa pentingnya theme yang anda pakai, terutama pengguna Wordpress. Ini kerana theme yang anda pakai mempengaruhi SEO anda. Contoh yang paling mudah adalah perbezaan antara premium theme dan free theme ialah ianya mempunyai script untuk meningkatkan SEO blog anda secara automatik. Jika theme yang anda pakai tidak membantu dalam SEO, di mana theme yang ringkas tanpa script linkback ke enjin pencarian ianya akan menjadi terlalu susah untuk enjin carian mencari blog anda. Untuk membantu theme anda, anda boleh menggunakan All In One SEO Pack plugin atau anda lebih rajin. Gunakan theme thesis buat blog anda, ini kerana aku telah meggunakannya. Banyak perbezaan yang aku dapat lihat antara theme yang aku pernah gunakan dahulu. Bagi pengguna blogspot, aku rasa tidak mempunyai banyak masalah kerana blogspot merupakan milik Encik Google.
Tips 3: Entri Hidup Berani Untuk Gagal
Untuk menjadikan blog anda berada di atas dalam enjin pencarian, anda tidak boleh hanya bergantung pada satu entri sahaja untuk berjaya. Perbanyakkan entri mengenai “Hidup Berani Untuk Gagal” di blog anda. Sebagai contoh, anda dapat lihat berapa banyak entri mengenai Hidup Berani Untuk Gagal di dalam blog SiBintang. Percayalah yang blog-blog yang di atas sana banyak mengulangi entri mengenai peraduan Hidup Berani Untuk Gagal. Maknanya, anda pun boleh buat benda yang sama. Semakin kerap blog anda mengandungi keyword tersebut, ianya mampu meningkatkan rating blog anda. Sebaiknya tambah tag yang selalu orang kesan mengenai tajuk peraduan tersebut.
Tips 4: Tarikan Pembaca Hidup Berani Untuk Gagal
Sekali imbas tajuk Hidup Berani Untuk Gagal mungkin berkisarkan kisah peribadi kita, ini mungkin tidak dapat menarik minat pembaca. Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk menarik minat pembaca. Sebagai contoh, kita boleh menarik minat pembaca dengan membuat ayat sebegini “Pergaduhan di antara denaihati dengan semua blogger! Hidup Berani Untuk Gagal.” Sebarkan ia di Twitter dan Facebook atau jaringan sosial anda. Ayat sebegini nampak ganas dan mampu menarik minat pembaca. Kemudian pastikan entri anda ringkas dan padat supaya tidak membosankan pembaca.
Tips 5: Banner dan Logo Hidup Berani Untuk Gagal
Buat banner atau logo untuk orang ramai klik terus ke website tuan punya peraduan melalui nama korang. Caranya lebih kurang sistem affiliate. Semakin banyak anda mempromosi dan linkkan blog anda, semakin banyak peluang anda untuk menang peraduan ini. Ada beberapa blog yang sudah bertindak dengan teknik ini. Pastikan pelawat untuk menampal logo di blog masing-masing dan promosi peraduan ini se-optima mungkin.
Rasanya cukuplah 5 tips yang aku kongsikan di sini, kalau anda semua hendak lagi. Sila lawati blog Muhd Farhan – Tip berguna untuk menang peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Popularity: 50% [?]
Related Posts
- Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- Calon Entri Terbaik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL HAMPIR TAMAT
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 1 trackback }
{ 54 comments… read them below or add one }
agak2 blog ni ade chance x utk menang…kih3….
menang kalah belakang cerita, peluang semua orang ada. haha, tak salahkan kita mencuba.
Pasti boleh bro!!
Mus´s last blog ..Adat Perkahwinan Kaum Bisaya Daerah Beaufort Sabah
thanks bro, insyaAllah. semua berpeluang untuk menang.
yay… ade tips kat sini.. hehehe..
aku juge turut tersenarai.. ekekeke..
peluang tu ada sbnrnya.. cuma kita x tahu cara yang betul utk mengaplikasikannya.. kan?
hehehehe… caya lah.. x terpikir aku nk wat tips ni.. hihi..
haha, mestilah. setiap jasa yg diberikan mesti ada pembalasannya. tak semestinya dgn wang ringgit. betul tak?
semua org ada peluang untuk menang, cuma kita kena tingkatkan usaha jerk. aku pun takda la pk sgt pasal tips ni. just terbaca kat blog paan. so kongsikan la.
bagus info ni..nnt aku nak wat entry byk2 psk contest ni..hehe ranking makin jatuh skrg, xleh dibiarkan camtu je..haha
x-po´s last blog ..BAGAIMANA KALAU DAPAT TAHU MANDUL BILA DAH KAHWIN?
aha, tp jgn terlalu byk pasal contest ni saja. cuma selitkan keyword yg penting. nnt pembaca bosan plak nak baca blog ko. asyik cite pasal benda ni jerk. haha
pergh!! semangat! aku saje je join..good luck beb
Roslan Nazri´s last blog ..HSBB Kini Dalam Proses Pembikinan
takda la semangat, saja nak kongsi2 jerk. aku pun saja je join. mana tau ada rezeki. thanks bro.
Memang bnyk faedah kita sertai contest hidup berani untuk gagal tu.. bukan sekadar dapat memenangi hadiah, tp yang lagi penting kita semangat utk tingkatkan trafik dan baiki SEO, gud luck juga bro
betul tu bro, aku sebelum ni tak tahu sgt pasal SEO. lepas aku menyertai contest ni, byk benda yg aku pelajari pasal SEO ni, membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog dan tingkatkan lagi trafik ke blog aku ni. thanks bro.
fuyo.. siap ada tips.. gud luck bro..

topo´s last blog ..this song never fail to make me smile..
haha, saja suka2. memeriahkan suasanalah katakan. thanks bro.
Apasal selamat sejahtera cikgu,
bukan Assalamualaikum cikgu ke..??
erk, cikgu bukan islam kot. hehe
Aku suka entri ni..ko mmg kreatif r..siap selit benda bermanfaat lagi smbl2 wat entri contest..trimas2..
Doku´s last blog ..Silence is Golden
idea member2 kot, berkongsi apa yang bermanfaat. bukan sekadar untuk kepentiingan diri, sharing is caring right.
sama2 bro
gila mantap, macam mana aku nak masuk ni? ramai sangat nak menang!
ala, masuk je. tujuan aku pun sekadar untuk memantapkan trafik dan seo jerk. klu menang tu satu bonus la.
wah siap ada tips lagi untuk menang contest ni..bagus..bagus..

meezwan´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
haha, sudah semestinya. nak berbuat sesuatu mesti ada caranya. betul tak?
thanks
kosong´s last blog ..Aku kamu
ur welcome
bagus tips nie…
saja aja join… nak memriahkan majlis..
kuina´s last blog ..Spongena
terima kasih
sama2lah kita memeriahkan contest ini.
pergh!! terbaik ar tips. kehkehkeh. aku baru 2 aje entri.nak kena tambah lagi ni
Lizz´s last blog ..The Psychology of Blogging
haha, ok lah tu. nak tambah pasal apa yerk?
yang pasal theme mesra seo tu~ patutlah sekarang saya tgk ramai yang dah guna theme thesis~ apa pun, terima kasih dengan tips yang diberi~

Akuro San´s last blog ..Menguji Kelajuan, Populariti & Kata Kunci Blog
betul tu, theme thesis ni dilengkapi dengan script seo. so mudah untuk kita gunakan. sama.
Ramai jugak blogger yang pakai Thesis Theme ni…Rupanya mesra SEO…Thanks bro, nanti sy try tengok-tengok theme ni =)
blinkky´s last blog ..Collection Of Free RSS Feed Icons
bukan blinkky dah pakai ke sblm ni?
Tak pernah lagi….mungkin theme cutline kot…Nampak cam theme thesis…Theme thesis ni bukan free kan? Saya tengok kat website thesis tadi dalam $87….Mahal jugak tu… =)
blinkky´s last blog ..Collection Of Free RSS Feed Icons
oic, mmg pun. thesis ni berbayar. tp klu nak percuma ambik je yg pirate, tp biasalah ada masalah skit.
banyak gak org join contest ni.. cambest ja… huhuhu
rasa mcm nak join gak plak =p
budak hostel´s last blog ..Exchange Link!
haha, join la. tak rugi pun kalau join.

mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
salam.mohd disa.
blog anda 2 column ckup clean dan minimalist…senang nak indicate contain post awak..sy ske yg tepi tu yg youtube punader kat sederet scroll bar tu..
sy br nak cuber2 berbloggin..hrp ble tunjuk ajar.
cmner lak letak { Tagged as:} atu cmner nak letak tag dekat wordpress?? kne pakai third party plugin ker atau ader kat dlm dash board dier?
hrp dpt tunjuk ajr dr saudara..
terima kasih.
oic, klu kita pakai wordpress.com kita tak dapat install plugin yg kita inginkan. kena langgan hosting sendiri dan install wp baru leh pasang plugin. pasal tag tu megikut script yang ada dalam theme yg anda pakai. rasanya wp byk sediakan theme yg lengkap dengan tag skali. harap dapat membantu.
pergh. banyak tul tips. huhu~ bleh guna tuk keyword lain skali. yayy~
aman´s last blog ..Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
haha, tips biasa je ni bro.
yg theme tu…? baru tau..bagus naa buat tips2 mcm ni..kdg2 ada yg tak tau…
theme pun mempengaruhi SEO, so kena juga pandai pilih. hehe, thanks.

mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
dah tambah blog ni kat blogroll @ http://denaihati.blogspot.com/2009/02/teman-teman-blogger.html
wah, thanks denaihati. aku amat menghargainya.
hehe.cayo la.hehe
muhdfarhan´s last blog ..Thesis 1.6 dari DIYtheme yang rangup
haha…tips dr bro juga….
Salam bro,
InsyaAllah tak mustahil bro leh menang…
saya support dari belakang…
Mantra´s last blog ..Tips: Cara Menyusun Page Blog Wordpress
Salam, InsyaAllah.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin.
bagus tips ni.. patut pon blog aku jauh kena tinggal.. hahah
joe´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
untuk itu, pertingkatkan lg usaha anda.
wuhaa.. memang terbaek. cayalah.. so, sape2 yg target nk menang tu, kena la follow tips2 ni.. aku dah tak target nk menang sbb blog aku dah jauh terkebelakang.. nak guna enjin turbo nos dah rosak. hahaha.. anyway, blog kamu ni mcm ada harapan je menang. hehee..
azizwan(dot)com´s last blog ..Misi gagal dan selamat tinggal 2009
insyaAllah kalau ada rezeki, banyak lagi peserta yang hebat2 di luar sana. tambahan lagi menggunakan search engine google.com bukan google.com.my tau. susah sikitlah jawabnya. hehe
gud luck la bro..baru aku perasan ada tips kat sini..huhu..pasal theme pun aku baru tahu dia mempengaruhi seo..thnx
aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma!
thanks bro, tips ni dah lama dah. theme memang mempengaruhi seo kita. klu css dia tak mesra seo abislah. tp yg penting teknik yg kita guna tu betul.