Hidup Berani Untuk Gagal umpama sebuah pepatah yang sering digunakan oleh kita yang dulunya pernah dipopularkan oleh sebuah buku yang bertajuk Berani Gagal. Banyak pengertian yang boleh kita bawakan dengan Hidup Berani Untuk Gagal atau dengan kata lainya Berani Gagal.
Entri aku pada kali ini membawakan pengalaman hidupku mengenai Berani Gagal, terdapat pelbagai pengalaman yang aku harungi untuk berjaya. Dari kecil aku diajar mengenai Hidup Berani Untuk Gagal kerana aku bukan dari keluarga yang berada atau senang. Masih aku ingat dahulu sewaktu kecil, aku hanya makan nasi berlaukan ikan goreng dan kicap sahaja.
Bukan senang untuk mengecapi kejayaan sekarang ini, banyak kegagalan yang aku harungi. Orang kata, Usaha Tangga Kejayaan. Memang betul, setiap kejayaan perlu ada usahanya. Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja, bahkan kita akan menemui kegagalan dahulu sebelum kejayaan.
Pelajaran aku, syukur kepada tuhan sekarang aku hampir menamatkan pelajaran aku dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan Mikroelektronik. Bukan mudah, Hidup Berani Untuk Gagal aku bawa ke menara gading. Waktu sekolah dahulu, rotan menjadi teman aku. Setiap kali aku gagal (tidak pernah gagal pun, cuma kurang memuaskan) pasti rotan akan hinggap di tapak tangan aku. Itu kegagalan aku dahulu.
Minat aku bersukan, bermain bola sepak, berlari dan bermain hoki. Kegagalan juga aku temui dahulu sebelum kejayaan. Waktu sekolah rendah, hanya hoki sahaja aku berjaya mewakili sekolah. Itupun duduk di bangku simpanan. Sekarang, piala dan pingat aku telah berjaya kumpulkan. Berani Gagal, tebalkan muka tebalkan telinga menerima segala kritikan yang memberi semangat untuk aku terus berjaya.
Hanya satu dan mungkin dua aku belum mengecapi kejayaan. Hanya kegagalan menemani aku ketika ini, iaitu soal hati dan perasaan. Soal percintaan, hidup mesti berani untuk menerima kegagalan. Itu yang sedang aku pelajari lagi, kegagalan di dalam percintaan. Kata orang, tiada jodoh. Mungkin itu semua dugaan dari Allah swt. Aku terima kegagalan aku dengan berani. Mungkin kejayaan menanti dihadapan aku kelak. Kedua, cita-cita aku belum dikecapi. Beranikah aku melawan kegagalan sebelum aku berjaya? Hidup Berani Untuk Gagal aku perlu terus berusaha.
Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, bermakna tahun 2010 menanti dihadapan. Tahun 2009 jugalah akan menjadi memori dalam hidup aku, kerana lebih banyak kegagalan yang aku harungi daripada kejayaan. Semoga kegagalan ini bakal meransang Minda Bawah Sedar aku untuk mengharungi tahun 2010 yang akan lebih mencabar lagi.
Entri pada kali ini adalah sebahagian daripada promosi atau penyertaan contest yang dianjurkan oleh denaihati yang telah ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Hadiah bernilai lebih RM3750 disediakan untuk contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“.
Aku sudah menyertainya, anda pula bagaimana? Untuk menyertai, sila lihat entri sebelum ini atau anda boleh terus ke blog penganjur contest ini. Jika anda baru mengetahui contest “Hidup Berani Untuk Gagal” dari blog ini, sila masukkan code di bawah ini di akhir entri anda.
Kredit: SiBintang
Popularity: 70% [?]
Related Posts
- Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL HAMPIR TAMAT
- Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
- Calon Entri Terbaik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 15 trackbacks }
{ 54 comments… read them below or add one }
yeahh! u said it.. ekekekek.. gud luck bro…
saingan sengit skrg ni.. hihihi..
tahu takpa, dah macam main tarik tali plak. hehe, agak2 bila ye tarik tutupnya?
hehehe semoga semua kegagalan membawa kepada kejayaan yang lagi best.. haha
gud luck bro…
topo´s last blog ..Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I…
insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin, thanks bro.
Salam Bro Good Good Good Luck!!!! Bagus bro dapat lalui segalanya. Tak macam Tettt~~.. Cayuk2 bro.. Bro Bolehnyerr la….
hanc~´s last blog ..Mentang2 ade 5 hari lagi. Chiss!!!! Streamyx Oh Streamyx
thanks, bukan mudah nak lalui semua ini. susah bangat kalau kita berfikiran negatif.
kena ade kegagalan dahulu, br la manis utk mengecapi kejayaan…klo terus berjaya, kt xkan phm n xkan dpt rasa kan kesakitan gagal itu….org yg berani gagal, adlh org yg berjaya…so, good luck in whatever u do…chaiyo…gambatte
**p/s: klo menang, share lerr hadiah 2…hahaha
biasalah tu, setiap org yang nak berjaya pasti akan bertemu dengan kegagalan dahulu. oleh itu kita perlukan keberanian untuk berjaya. anyway, thanks.
p/s: huhu, klu menang. klu kalah? ein nak belanja plak ke?
yup..keberanian utk menerima kegagalan…klo xleh nak terima, susah utk bgn kembali n berjaya..bila kt penah gagal, kt pasti akn igt detik2 tu n berusaha supaya tidak gagal lg…
*p/s : klo kalah, ein lari dl la…hahaha..ok x camtu
nzms_ein´s last blog ..jumaat + sabtu = happy
tahu takpa, kalau tiada keberanian jgn membuat keputusan untuk memilih sesuatu.
p/s: aci jerk, larilah ke mana-mana pun.
ok dah update link kat senarai peserta
denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat
thanks, hehe. makin mencabar rasanya bila ada syarat baru. ades
salam bro…
DEbaran contest ni makin terasa ,ramai jugak yang join,btw entry ko ni pun menarik gak sebab di dalam mengecapi kejayaan kita di dahului dengan kegagalan.Dengan kegagalan yang lama tu la akan membuahkan hasil untuk mengecapi kejayaan
wazy´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
wslm,
haha, entri biasa jerk. just banyak citer pengalaman hidup aku sahaja dalam kegagalan demi kegagalan yg aku terima untuk jadikan ia sebuah kejayaan. agak susah dan payah.
tahu takpa, contest ni memang mencabar minda la. ades
takpe bro.. sesungguhnya kegagalan semalam adalah kunci kpd kejayaan hari esk.. yg penting, jgn jadikan kegagalan smalam itu sbgai penghalang utk kita terus mencuba demi menikmati sebuah kejayaan.. teruskan perjuangan yg belum selesai.. dan semoga berjaya utk comtest ni

azizwan(dot)com´s last blog ..Hanya untuk mereka yang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
thanks bro atas nasihat yg diberikan. akan aku manfaatkan setiap kata2 bro.
semoga berjaya bro

loq´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
thanks bro.
failure is the key to success right???

Bill´s last blog ..Mand Behind The Gun – TechCats
yes, thats right. no failure no success.
blog baru ku tu, mesti payah sikit, sbb baru seminggu, pakcik google mesti terkial2 nak cari…
takpe2..hidup berani untuk gagal…saingan sengit seyh,,,,
tak kisah blog baru atau lama, jji keyword dan kemahiran bermain SEO mesti power. hehe
gud luck bro. you can do it. Malaysia boleh. Peace
donotclick´s last blog ..Free MP3 Download Centre – BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY
haha, thanks bro. Malaysia dari dulu memang boleh.
gud luck bro untuk contest ni..pe2 pun, sdh aku tgk header ko tu..huhu
haha, thanks bro. header mana?
cabaran kini makin sengit. Dah ada 62 penyertaan. Esok mungkin bertambah lagi..

aminjohar´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
oh. pertandingan rupenye.. nak join gak leh?
boleh, apa salahnya. peluang masih terbuka.
salam ziarah… good luck untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
wan anie´s last blog ..Contest – HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
terima kasih. semoga mendapat keputusan yg baik. saja suka2 je ni.
gud luck…
kuina´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
erk, gud luck tuk apa plak ni. hehe
Salam awak,
semoga berjaya ea.:)
arnamee´s last blog ..Dot com dot net dot my – berdomain sendiri , sombong?
terima kasih awk.
Salam ziarah dan salam kenal…suka membaca entri berani gagal anda…:)
Saya pun ada join jugak…penyertaan yang ke 90++..tak harap menang pun
tapi sekadar berkongsi Berani Hidup untuk Gagal…sememangnya inspirasi
yang sangat berguna untuk semua..salam tahun baru dan semoga sukses selalu…
bluedianthus´s last blog ..Realitikan Impian
salam..
goodluck kpd semua blogger yg menyertai.
byk contest yg best2 skrg ni.
Wan perlis´s last blog ..Siapa Blogger
wslm
terima kasih wan
betul tu, byk contest yg boleh disertai sekarang ni
hehe
Salam..
goodluck for this competition.
blogger malaysia makin rancak dan yipieee.
ajar la cara nak main SEO.hehe..
hope can comment my new entry.ada kaitan gak.
thanks..
Wan Perlis´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal
haha, nak ajar pasal SEO?
aku pun tak berapa pandai lg
masih dalam silibus
masih study lg
hehe
insyaAllah, nnt aku komen yerk.
contest eh…
good luck tau…semoga berjaya…
ntah la, cam tak berjaya jerk. hehe
hahaha….kadang2 aku dah naik pening dah dgn entri sal hidup berani ntuk gagal ni…keliru pun ada gak…semuanya kerana SEO…hahaha….
haha, tahu takpa. aku lagi pening, tak tau sapa duk atas, sapa duk bawah.
Baru bangun da..ehehe
lAl´s last blog ..Menjadi blogger terhormat.
uiks…baru bangun dari mana? tidurkah?
good day
what mean a good day?
Tido lambat malam smlm.. Mcm malam ni jugak.. Keja lagik..
lAl´s last blog ..Menjadi blogger terhormat.
oic, keje apa yerk?
gud lux, bro…
always think positive in life..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye…
titin´s last blog ..~Ezma, you jump, i jump! contest~
thanks titin…yes…betul tu…berfikiran postif.
Tahniah kerana memenangi Hidup berani untuk gagal contest.. U deserve it,…keep up a good work k?
eyriqazz´s last blog ..Ada Apa dengan Pembaca
terima kasih atas ucapan tahniah itu, bernai mencuba.