Minda aku sedang bercelaru dan masih berkira-kira mengenai kewangan yang kian meruncing, setiap orang ada masalah apabila sebut sahaja fasal wang. Bagi yang tiada wang, mestilah memikirkan bagaimana hendak mendapatkan wang. Bagi yang ada wang, banyak wang sudah tentu memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan wang tersebut. Orang cakap, lagi banyak wang lagi banyak hutang yang ditanggung.
Wang, duit dan pitih suatu objek atau benda yang sama. Mempunyai nilai yang telah ditentukan oleh manusia itu sendiri, kadang-kadang sampai berbunuhan kerana wang. Sanggup berlapar kerana ingin menyimpan wang. Wang boleh menguasai individu seseorang, dengan wang kita boleh membeli bermacam-macam. Zaman sekarang yang harus dipercayai, cinta juga boleh dibeli. Percaya atau tidak, korang fikirlah sendiri.
Aku rasa cukuplah dua perenggan mukadimah untuk entri aku pada kali ini, apa yang aku merepek mengenai wang di atas lahir dari minda separuh sedar aku sendiri. Kepala aku sedang berputar-putar ketika menulis entri ini. Mana tidaknya, penat pun belum habis. Baru pulang dari Penang bos! Jom layan Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kali ini.
Tanggal 20 Januari 2010 yang lalu, menanda tamatlah penyertaan buat contest yang dianjurkan oleh blog DenaiHati. Bermakna tiada lagi penyertaan akan diterima oleh pihak penganjur bagi menyertai contest pada kali ini. Nantikan sahaja contest yang akan datang, mana tahu ada lagi wang tunai yang boleh dimenangi lagi. Tak banyak, sikit pun jadilah.
Bagi peserta-peserta yang menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini, korang bolehlah berkira-kira sejauh mana entri yang korang paparkan di blog korang mampu bersaing di arena Search Engine Optimization (SEO) dengan menggunakan Google.com (the web) dan Google.com.my (page from Malaysia) serta browser Firefox lagi menarik dan mantap gitu.
Untuk memenangi dengan lebih banyak wang, korang bolehlah ubahsuai entri korang dengan lebih menarik dan lebih mantap lagi sehingga 27 Januari 2010. Mana tahu, korang boleh tersenarai dalam 10 entri menarik dan diundi sehingga menjadi entri 5 terbaik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sekaligus membawa pulang RM50.
Bagi yang menjadi referral kepada peserta contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL juga tidak akan pulang dengan tangan kosong, RM10 juga disediakan untuk setiap referral ke blog korang. Untuk lihat senarai referral dan peserta boleh klik di sini. Apa lagi, debaran mula dirasai. Setiap pemenang akan dikumpulkan pada 3 Februari 2010 dan keputusannya akan diumumkan seminggu selepas tarikh tersebut. Nantikan keputusan tersebut dengan penuh debaran dan kesabaran. Peluang masih terbuka kepada semua peserta untuk memantapkan penyertaan korang semua. Aku juga. Layan.
Nota Dupdup: Mampukah aku memenangi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang paling mencabar ini? Mana tidaknya, RM4250 disediakan untuk contest ini. Wang besar!
Popularity: 43% [?]
Related Posts
- Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
- Calon Entri Terbaik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL HAMPIR TAMAT
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 3 trackbacks }
{ 29 comments… read them below or add one }
adakah ni satu lg cara utk SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL…semoga ko menang nnt
khairil´s last blog ..Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati
haha, maybe kot. memperbanyakkan entri mengenai sesebuah keyword juga salah satu meningkatkan SEO kita. InsyaAllah, mudah2an rezeki aku murahlah hendaknya. Amin
Yeahh… bile² masa je rank leh jatuh ni.. menakutkan nk tunggu 3.2.2010 hahaha..
Mr.Bintang´s last blog ..Why I Like It Longer
haha, tp ko dah mantap abis dah tu. hehe
hope Is menang..pastu blanje saya ye..hahaha
haha, boleh jerk. klu menang leh belanja sesapa pun. dgn syarat turun perlis. haha
turun Perlis??…xder hal..hahah
eiyda´s last blog ..eiyDa :: Banyaknyer Kaki::
haha, yolah tu. bila masanya nak mai perlis.
sasapen gak contest ni…hahaha..aku tak join…payah2 susah2 nk pikir sal SEO..hehe..
siapa yg menang agaknya ehh…?
harap2 blog mohd tersenarai gak salah seorang pemenang………..
insyaAllah, mudah2an dimurahkan rezeki. mmg susah dan agak mencabar SEO contest ni. mmg menariklah. byk faedah yg dapat diperolehi.
baguih .. taktik ni cukup berkesan

aku harap hang boleh menang … kalo ada rezeki
hydir´s last blog ..Perlu ke majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan?
aku dapat rase ko menang la bro… bnyk blog aku usya. tp ko nye paling menarik la..
zuwairiaiman´s last blog ..Proper Baby Care
haha, ada2 je ko ni. klu mcm tu. ko kenalah vote aku. itu pun kalau tersenarai dalam entri terbaik.
Fuh.. hebat2..
memang ada harapan untuk menang..
gud lak ..bro
Nazz´s last blog ..Lagu Halimah Jongang Hiburan Dalam Penghinaan
thanks bro, minta2lah aku menang kali ni. hehe. amin
Slam Isnin bro, semoga menang!
Aha ! Ulasan yang menarik pasal wang. Terus terang cakap memang macam tu lah keadaannya. Ilmu mengurus kewangan memang penting ,tambah-tambah zaman ekonomi mencabar ni.
Thanks zuls, akhirnya ada juga orang yang perasan tentang isu yg aku selitkan dalam entri ini. haha, wang kalau dah banyak lagi susah nak diuruskan. betul tak?
Terlambat gua mau challenge korang xD Apapun, Semoga berjaya bro !!
Eldy´s last blog ..Contest blogspot template jejaktrend + Ang Pao
Tak kisah, nnt mesti ada lagi kontest sebegini. Joinlah, byk lagi contest. anyway, thanks bro.
amat terasa debarannya.
yang menang senyum gembira.yang tak menang cuba lagi.
hidup berani untuk gagal
Wan Perlis´s last blog ..Auladjannah Contest Dialog Lucu dari Kak Pah
memang teramat dirasai, mampukah aku memenangi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL buat kali ini. sabar sahaja. yang menang pasti bergumbira. yang tewas, itulah makna HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Hidup Berani Untuk Gagal..masa masih ada teruskan usaha insyallah siapa yg terus berusaha pasti sukses
denaihati´s last blog ..Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL masih dalam usaha yang mantap di sini, semoga keputusan memberi peluang kepada aku untuk menang buat kali ini. amin
salam isa…gud luck yea…
result dah kuar la…hehe
haha yeker tak tau…ada gak masuk tu..tp mmg xleh menang..hahahaa tu yg x amik port sgt tu
yanmie´s last blog ..Blog Yanmie di terjah oleh Andy Bailey
baru kuar pagi td, alhamdulillah. ada gak rezeki. untung bermain dengan seo ni. best gak klu ada contest cam ni lg.
sukses ya

aqila´s last blog ..Kelenjar Getah Bening
alhamdulillah, ada gak rezeki berblog ni.