Rasanya tak lengkap kalau aku tidak menulis untuk calon-calon entri terbaik buat contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang hampir ke garisan penamat. Bagi yang tersenarai aku ingin ucapkan tahniah kerana entri korang memang mantap dan menarik. Tapi apa-apa pun, keputusan harus dibuat untuk memilih entri yang terbaik antara yang terbaik.
Berikut adalah calon-calon yang tersenarai dalam pemilihan ala-ala pilihanraya yang dinyatakan oleh saudara sibintang hati kita, hampir terkena aku dengan entri beliau.
1. Beliau dan isteri asalnya bekerja di kilang. Pada suatu masa, ekonomi agak merudum, kilang banyak problem. Mereka berbincang dan bersepakat untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Satu tindakan berani gagal!
. Kawan-kawan banyak pertikaikan keputusan mereka . Ada yang kata kalau kerja kat kilang lama sikit lagi untung-untung naik pangkat jadi supervisor. Tapi matdi dan isteri buat dek aje. Baca kisah menarik ini @ Zul’s Blog.
2. Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim.
3. Awalnya ke terasa sepi…di akhirnya ku tertawan, ku ubah cara… ku tunjukkan jalan moga dicontohi, walau ada ketikanya aku kantoi, kantoi bukan bermakna tewas, tapi sebenarnya aku lemas, ada masanya aku cemas…ku gagahi ku lawan, kerna Hidupku berani untuk gagal, seketika ku lihat…wah!!! hebat ideanya memang kreatif… ku biar, harapanku semua yang lain turut teruja…dan menjadi ikutan. Baca sajak Berani Untu Gagal @ YangBaik.
4. Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif. Bagaimana untuk bangkit kembali @ MyAdha.
5. So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja. Baca motivasi selanjutnya @ Azizwan.com.
6. Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Baca motivasi selanjutnya @ Ini Blog Neyra.
7. Kisah Saudara Ariff yang gagal melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan yang akhirnya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Russia. Baca kisah beliau @ Blog Ariff.
8. Sajak Hidup Berani Untuk Gagal nukilan pelajar darjah 1 @ Aku dan Kamu.
9. Gagal….Manusia malu menyebut gagal…manusia malu bertemu gagal..dan manusia amat takut jika GAGAL…Gagal merupakan suatu suasana yang tercipta apabila makhluk yang menghajati sesuatu namun tidak kesampaian…kesian….Motivasi yang menarik @ Teratak Maya.
10. Bila anaknya lahir, seorang ibu tetap memberinya susu, walaupun mungkin ada suara2 sumbang menyatakan “Alah, bagi je la susu formula, susu kami bukannya ada/tak cukup!”. Disebabkan semangat hidup berani untuk gagal, si ibu itu cuba jugak untuk menyusukan, dan walaupun disahkan menghidap masalah seperti PCOS dan sebagainya, dia terus berusaha memberi yang terbaik untuk anaknya. Bukan terus mengalah. Baca kisah menarik peranan ibubapa @ MySuperkids.
11. Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu aku telah dreject oleh Miss I yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..Baca kisah benar ini @ Topotato.
12. Bukan melayu je yang mudah lupa,cina india semua sama. Tapi jarang gua tengok cina yang run bisnes main main. Biarpun bisnes mereka tu tak la bagus mana, tapi komitmen terhadap bisnes memang tinggi. Mereka HIDUP BERANI UNTUK GAGAL , berani untuk explore benda benda baru. Baca kisah kegagalan berniaga @ TengkuAizat.
13. Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah gagal kan. Semua orang pernah mengalami kegagalan tiada yang terlepas dari tidak berjaya mencapai hajat. Tahun 2007 adalah tahun hitam bagi aku, selepas 2 tahun setengah ambil A-Level untuk ke Jerman aku gagal memenuhi hasrat mak bapak aku. Aku gagal memenuhi syarat kelayakan MARA untuk fly ke Jerman. Baca kisah benar ini @ MohdHafizul dot com.
14. Gagal, tewas, kalah dan tumpas. Bagi mereka yang kental hatinya mereka tidak akan pernah mengalah untuk menempuhi kegagalan itu kerana bagi mereka hadiah paling bermakna adalah kejayaan yang menanti mereka kelak. Mereka yang pernah gagal pasti akan mengakui bahawa kegagalan itu merupakan pengalaman serta pengajaran untuk mereka terus maju ke depan. Bacakisah selanjutnya @ Oh! Blur.
15. Kawan aku. Azli bin Mahathir (bukan nama sebenar) Gagal dalam perniagaan simen. Ditipu oleh kontraktor. Dipinggirkan dari kawan rapat. Dia dihina. Di tinggalkan isteri. Di hina oleh bekas mak mertua. Di benci masyarakat sekeliling. Dia reda. Dia tabah. Baca kisah menarik ini @ EarnCent.com.
16. Failure teach us one of the most precious lesson in the world. Nothing comes without pain. There is no good without bad, there is no black without white, there is no dark without day. Failure happens to everyone, but it varies based on individuals. Banyak ILMU yang boleh dapat @ Adiaz’s World.
17. Hidup kami memang agak sempit pada awalnya. Sukar untuk menyediakan keperluan anak. Seingat saya hanya selepas anak berusia 1 bulan baru saya mampu membeli buaian. Baca kisah yang menyentuh hati @ Kulanzsalleh.
18. Tatkala azan Subuh berkumandang, semestinya ramai yang masih bergantayangan atau hibernasi [baca : tido]. “Marilah kita solat”.”Marilah kita menuju kejayaan”. Sucinya Islam, di pagi hari lagi telah menyeru kita supaya menuju kajayaan. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mensyukuri setiap pamberianNya. Tersentuh hati aku membaca entri @ HBZ.
19. Sesungguhnya, kegagalan yang pertama itu akan mengajar kita bagaimana untuk kita mengejar cita – cita. Tanpa kegagalan, engkau tidak akan tahu erti kesusahan, kepayahan dan kenikmatan. Kegagalan juga sebenarnya adalah satu kuasa yang mampu mengubah tahap keberanian kau kepada lebih tinggi dan cekal. Motivasi yang mesti dibaca @ Hans.
20. Hidup Ada pasang surutnya, Ada persembahan Ada kurnia, Ada rotan Ada duri, Ada rupa Ada harga seperti Angin berputar, ombak bersabung ; Elok Buruk dan Busuk Hanyir. Banyak lagi kata-kata semangat @ Bicara Santai.
21. Ada dikalangan pasangan zaman sekarang sudah cepat mengalah dalam proses mendapatkan zuriat. walaupun terdapat pelbagai teknik dan juga teknologi canggih yang berada dipasaran sekarang ni, ada dikalangan mereka tidak berani untuk mencuba dan tak berani handak mempelbagaikan usaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Best juga kalau baca ni @ Luxh Textile.
22. You see, last week i was feeling a bit down due to one major project. It was a project that had taken almost 4 years to prepare with constant changing and refining . At the end, I passed or should i say fail on 60% score-mark. Baca kisah seterusnya @ RestnRileks.
23. Setiap hari ibu mengingatkan saya tentang prinsip hidup lawannya mati. Setiap langkah yang sukar, pasti ada imbalannya nanti. Prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL perlu saya teruskan juga. Berbekalkan kata-kata ibu, saya semakin yakin dengan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang saya pernah pegang separuh jalan. Baca kisah seterusnya @ LizaRazak.com.
24. Pernahkah anda ketawa apabila anda mengalami GAGAL? Biar kita hidup untuk berani menghadapi kegagalan. Dan insyaALLAH kejayaan yang menyusul selepas itu adalah sangat manis. Kejayaan seseorang itu hanya akan menjadi lazat setelah dia menghadapi kegagalan. Baca seterusnya kisah @ Lady Nass.
25. Aku seorang ibu tunggal muda yang berkerja biasa-biasa. Join bisnes MLM, trading, dan macam-macam sebab aku nak ubah nasib keluarga yang memang susah dari dulu. Baca kisah seterusnya @ Aku Wanita Biasa.
26. Aku merupakan anak sulung dalam 6 beradik. Kehidupan ku susah. Ayah hanya seorang nelayan pesisir pantai. Ummi seorang suri rumah. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya. Ayah dan ummi sentiasa berusaha untuk menyekolahkan aku walaupun kami kesempitan hidup dan wang. Baca kisah yang menyentuh hati ini @ Imagination.
27. “Ma, kalau saya pulang tinggal nama, mohon ikhlaskan dan, ampuni segala dosa dan salah saya.” Itulah kalimat terakhir, ketika aku mencium tangan Mamaku saat hendak berangkat ke Jakarta menuju proses untuk ke Malaysia. Mamaku terlihat tegar. Meskipun aku yakin, hatinya sudah berinai air mata. Baca kisah dari Indonesia @ Anazkia.
28. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua. Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya? Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya. Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang. Baca seterusnya @ Kemanarahkita.
Jadi korang semua bolehlah mengundi atau memilih 5 entri terbaik di sini, 5 entri tersebut akan menerima RM50 setiap seorang. Undian akan tutup tepat pada jam 11.59 pm pada 7 Februari 2010, selain itu juga pemilihan SEO juga akan dibuat pada 11.59 pm 7 Februari 2010.
Semoga berjaya semuanya, untuk aku juga. Tapi SEO tak boleh vote lah plak. Kalau boleh dah tentu aku kalah juga. Maklumlah, aku bukan femes cam blogger lain. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Popularity: 39% [?]
Related Posts
- Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal
- Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- HIDUP BERANI UNTUK GAGAL HAMPIR TAMAT
- Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 1 trackback }
{ 24 comments… read them below or add one }
semua entri hebat-hebat belaka… memang susah mau pilih..
tahu takpa, semua entri boleh dikatakan yang terbaik. susah untuk membuat pilihan.
Ternyata masing-masing memang mempunyai pengalaman yang hebat,rambang mata gak masa nak buat pilihan
wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting
Jadi pilihlah mana2 yang benar2 berkualiti dan penulisan yang matang. aku pun tak tahu nak vote yang mana satu. huhu
so… siapa pilihan ko..? ekekekeke..

Mr.Bintang´s last blog ..SiBintang.com pada Januari 2010
aku dah vote kat ko satu, lg empat aku tak tahu lagi. hehe
hoho ramai btl yg tercalon..tp aku xtercalon plak..wahaha
x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU
haha, aku juga tak tercalon. mana taknya, entri biasa jerk. haha
Dah undi dah.. Mmg susah laa nak pilih.. Baca pny baca.. Last2.. Wat gak kputusan.. Heehee..

farhana´s last blog ..Bila Bibir Melafaz Kata, Dapatkah Kamu Bezakan Samada Ia Datang Dari Hati???
tulah pasal, susah juga nak wat penilaian yg betul2 terbaik. cam manalah klu jadi pemeriksa yerk. hehe
Dah start pilih pemenang lah ni ye =)
blinkky´s last blog ..My Alexa Rank After 308 Days Blogging
yang ini untuk entri terbaik, bagi pemenang SEO akan dijalankan pada 7 Feb 2010 ni. doakan aku menang yerk. amin
debaran semakin terasa.semua entri memg best.

hope boleh baca entri Wan..klo suka vote for me
Thanks..
Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut
hehe, promote yerk.
korang best & good lucks
thanks ayie.
congrat.
semua entri terbaik.
hope can read my entri
klo suka vote for me k..Thanks
semoga berjaya wan.
gudluck la pada yg join tu..aku tumpang gembira..hehehe
azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri
haha, thanks bro. kalau aku menang…lagi ko gembirakan.
Good luck kpd smua yang join.. Ada rezeki menanglah.. Ye x? ^_^
kertaz´s last blog ..What In The Hell Happen To Me?
InsyaAllah, semoga rezeki aku dimurahkan. Amin
sape2 yg menang nnt kalo sudi buleh la blnje pisyek ye… hehe…
Pisyek´s last blog ..What goes around comes around
hehe, kalau ada rezeki. insyaAllah.