cara menghadapi putus cinta

Cara Menghadapi Putus Cinta

oleh Mohd Isa pada February 24, 2012

Cara menghadapi putus cinta bukan sahaja perlu diamalkan ketika menghadapi putus cinta, malah perlu diingati selalu. Agar diri ini lebih bersedia, maklumlah kita hanya mampu merancang tuhan jua yang menentukannya.

Pernahkah anda menghadapi putus cinta? Mengalami pengelaman sebegitu mampu mendewasakan kita bagi saya, tidak tahulah pula anda bagaimana. Tetapi memang terasa perit apa bila menghadapi putus cinta ini.

Mana tidaknya, saat putus cinta rasanya semua orang tidak mahu menghadapinya. Bahkan, biarlah nyawa yang menjadi penentu kepada sesebuah hubungan cinta. Tetapi itu semua kuasa Allah s.w.t.

Kita hanya perlu berdoa dan berusaha agar tidak menghadapi putus cinta ini. Di sini saya kongsikan cara menghadapi putus cinta melalui siri pembacaan saya. Semoga perkongsia pada kali ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Cara Menghadapi Putus Cinta

  1. Langkah pertama ialah redha. Apabila kamu redha, kamu tidak akan melakukan apa-apa yang membahayakan diri seperti bunuh diri. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan hati kamu akan tenang, insyaAllah.
  2. Luahkan apa yang terbuku di hatimu kepada seseorang yang dipercayai, seperti teman rapat ataupun kalau perlu berjumpalah dengan kaunselor. Hal ini kerana apabila kamu meluahkan apa yang ada dalam hatimu saat itu, kamu akan berasa tenang dan beban yang berat itu akan berasa ringan. Ini sangat perlu agar kamu tidak tertekan kerana tekanan akan boleh membawa kematian.
  3. Buang semua kenangan sewaktu bersama si dia dan jangan terus melayan perasaan sedih. Apabila kamu terus melayani perasaan sedih, risiko untuk melakukan sesuatu yang membahayakan diri adalah amat tinggi.
  4. Sibukkan diri kamu dengan aktiviti berfaedah yang lain. Ini akan membantu kamu melupakan si dia.
  5. Buka lembaran yang baru dalam hidup kamu. Putus cinta tidak bermakna hidup kamu sudah berakhir. Mulakan diari hidup yang baru dan kamu tidak perlu bersedih kerana apa yang Allah s.w.t. takdirkan itu tentunya ada hikmah di sebaliknya.

Begitulah di antara cara menghadapi putus cinta yang mampu menjauhkan diri daripada bahaya seperti kematian. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya daripada Allah s.w.t. InsyaAllah. Jom layan filem pendek Book of Love, mana tahu boleh dapatkan cinta sejati.

Cara Menghadapi Putus Cinta

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

13 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

shraqs 24 February 2012 at 9:58 am

Putus cinta bukan bermaksud segala2nya sudah berakhir. Ramai lagi yg lain…
shraqs recently posted..The Real Pink Panther.. Argyle Pink Jubilee

Reply

wanie 24 February 2012 at 12:58 pm

setuju. menangis satu tempayan pun xkn merubah apa yg berlaku. fikirlah ada hikmah di sebaliknya. mungkin mula2 agak susah nak terima keadaan tiada sms pagi si dia..tiada miskol tghari si dia..tiada sms ajk minum ptg dr dia..tiada suara lembut tatkala nk tdo mlm dr si dia…tp sebenarnya kita ada Allah…
apa yg sy buat dulu…sy dengar lagu2 sedih menangis puas2 utk lpskan apa yg ada…mmg x hilang terus tp skurang2 nya puas.
bila teringat je dkat dia, amiklah wudhu’ dan bacalah ayat2 suci Al-Quran..percayalah cara ini mmg berjaya..mcm sy return blk teddy bear semua tu sbb xnk igt dia..tp sebenarnya rugi..blh je bg kt adik/anak sedare? hehehe..jgn terburu2 cari pengganti..buat apa yg korang suka…bersukan ke…berjalan ke..hmm mcm sy dulu dia larang sy smbg blaja dulu,larang kuar ngn kwn2 main bowling + tgk wyg, larang pkai suar jeans…dan semua tu sy buat lps ptus dgn dia..satu kepuasan bg sy…tp ingatlah jgn smpai membatasi batasan agama kita.. =))

Reply

muazfaris 24 February 2012 at 3:43 pm

ramai yg bila putus cinta je rasa cam nak bunuh diri. relax la, bunga bukan satu je kan?
muazfaris recently posted..Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

Reply

Yus 25 February 2012 at 4:39 pm

jangan bercinta :-) senang.. kui kui kui.
Yus recently posted..Wawa Semput Vs Adnan Sempit 2

Reply

Mr.Sepet 26 February 2012 at 2:15 pm

huuhu .. tip yg mnarik .. lpas ni harap xda g yg ptus cnta mcm hilang nyawa ja ..
Mr.Sepet recently posted..Gambar Sekitar Perhimpunan Hijau 2.0 Stop Lynas

Reply

Ingrown Toenail 26 February 2012 at 4:38 pm

Putus cinta ,ramai da terkorban dek putus cinta. Minta simpang untuk aku,keluargaku sahabatku dan saudaraku
Ingrown Toenail recently posted..What Actually Causes Ingrown Toenail?

Reply

syahrilhafiz 26 February 2012 at 8:58 pm

putus cinta, perit tak..kot sama macam jatuh cinta lagi :)
syahrilhafiz recently posted..Top Blog Malaysia Paling Popular Tahun 2012

Reply

anis 27 February 2012 at 9:05 pm

huhu..kalo anis..anis suke dengar lagu sedih2..org kate jgn dengar lagu sedih kan..anis tebalik..weee..lagu sedih wat kite nangis..so dpt terluah ape yg terpendam..weee
anis recently posted..Dambaan Kasih Di Langit Syurga

Reply

beritaserius 28 February 2012 at 11:10 pm

Cari lain.senang citer.haha
beritaserius recently posted..Mati Setelah Nafsu Dipuaskan

Reply

titan 28 February 2012 at 11:58 pm

hoho..sakit jiwa gak dibuatnya. haha..
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Innity

Reply

azam 29 February 2012 at 11:37 am

kekekek isa ko putus cinta ek tips dia mudah 1 pergi 10 yang datang tau hahaha
azam recently posted..Nilai Kuih 20 sen

Reply

Neny 4 August 2012 at 10:07 am

Cinta-Cinta,,,,,,,,,,huffffffffffffffffffffffffffffff

Reply

zul 24 August 2012 at 2:45 am

Memang perit , tak payah dok cerita ,,yang pergi tu mesti ah tak sesuai dengan kita, species yang tak sihat , biar orang lain pula kena, Hal kita ,,kita lah yang jaga,,jadilah yang terbaik untuk diri kita Dan keluarga. Hidup biar berjasa jgn dok menderita membabi buta Dan hanyut dengan tipu daya.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: