petua memutihkan gigi kuning

Cara Memutihkan Gigi Kuning

Gigi kuning memang akan membuatkan keyakinan diri berkurangan, kadang-kadang hingga membuatkan diri sendiri rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Mana tidaknya, gigi merupakan aset penting bagi seseorang. Bukan sahaja untuk mengunyah makanan, malah ianya aksesori semulajadi setiap insan untuk kelihatan menawan dan kacak.

Tips Putihkan Gigi Kuning

Jika anda salah seorang yang mengalami masalah gigi kuning dan tidak menarik, di sini saya akan kongsikan beberapa cara atau petua untuk memutihkan gigi anda.

Cara pertama adalah dengan colekkan sedikit kapur sirih di kapas, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada celah gigi kuning. Amalkan selalu, pasti dapat membantu memutihkan gigi anda.

Cara kedua memutihkan gigi kuning adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang, kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan serbuk pinang tersebut pada gigi kuning dan kumur sehingga bersih.


Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng sedikit biji asam jawa tanpa minyak, kemudian tumbuk sehingga halus dan ambil debunya serta gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.

Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih. Kemudian, gunakan ubat gigi.

Semoga cara-cara di atas dapat membantu anda dalam mengembalikan keputihan pada gigi anda agak kelihatan lebih cantik dan kacak sentiasa.

Cara Memutihkan Gigi Kuning

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


17 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge