buffet ramadhan casa ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak khas buat individu yang gemar inginkan suatu kelainan ketika berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Kali ini saya akan perkenalkan promosi buffet Ramadhan oleh Casa Ombak Sdn. Bhd.

Buffet Ramadhan pada kali ini akan diuruskan oleh Ombak Creatives, sebuah nama yang sinonim dengan pengurusan majlis perkahwinan, katering, majlis korporat atau persendirian di sekitar Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun.

Latar Belakang Ombak Creatives Penyedia Buffet Ramadhan

Ombak Creatives dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, sebuah syarikat di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan majlis perkahwinan, katering, majlis korporat atau persendirian.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Di bulan Ramadhan ini, pasti ramai tercari-cari promosi buffet Ramadhan yang menarik untuk dicuba ketika berbuka puasa seisi keluarga atau bersama rakan-rakan. Terutama yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, sudah pasti buffet Ramadhan menjadi pilihan.

Kali ini saya kongsikan promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dibawa khas oleh Ombak Creatives sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan majlis perkahwinan dan katering.

Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan pelbagai hidangan menarik yang berkonsepkan masakan kampung seperti asam pedas, ikan bakar, gulai kawah, gulai tempoyak ikan patin, ulam-ulam dan pelbagai lagi pilihan yang mampu memikat hati untuk dijadikan juadah berbuka.

Hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak
Pelbagai juadah ini disediakan di stall corner dengan susunatur menarik dengan konsep taman dan laman di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mampu menaikan suasana santai ketika berbuka sesama keluarga atau rakan-rakan.

Pakej Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sudah pasti harga yang menarik menjadi pilihan sebelum membuat tempahan buffet Ramadhan, berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Casa Ombak dalam promosi buffet Ramadhan kali ini:

Pakej Buffet Ramadhan Casa Ombak
Dewasa: RM55 nett
Kanak-kanak: RM27 nett (5-12 tahun)


Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak
Buffet Ramadahan Casa Ombak bertempat di Casa Ombak Sdn. Bhd. No. 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur. Berikut adalah paparan Google Maps untuk panduan anda menggunakan GPS:

Mengapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Casa Ombak

Pilihan Buffet Ramadhan Casa Ombak
Di sini saya nyatakan mengapa anda perlu pilih hidangan buffet Ramadhan oleh Casa Ombak?

  • Pengalaman penyedia buffet Ramadhan Ombak Creatives lebih 10 tahun dalam pengurusan pelbagai majlis dan katering sudah pasti memberi kelebihan dalam menyediakan hidangan dan tempat yang mampu memuaskan hati pelanggan.
  • Hidangan masakan kampung yang menjadi keutamaan pasti membangkitkan lagi selera anda ketika berbuka puasa terutama apabila tinggal di bandar.
  • Tempat penyedian hidangan dan tempat makan sudah pasti memberikan keselesaan dan suasana santai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika menjamu selera.
  • Promosi pakej Buffet Ramadhan Casa Ombak sudah pasti amat berpatutan dan menjanjikan kepuasan kepada pelanggan.
  • Lokasi yang amat sesuai di tengah kotaraya, sudah pasti selesa dan mudah untuk dicari tanpa perlu terburu-buru.

Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak

Rasanya pakej buffet Ramadhan di atas amat-amatlah berbaloi, dengan suasana taman yang selesa dan hidangan masakan kampung di tengah kota Kuala Lumpur. Memang menarik untuk dicuba, untuk tempahan sila rujuk di bawah:

Call/WhatsApp: Akma Omar di 013 268 0001
Tel. Casa Ombak: 03 2181 8750
Call/WhatsApp: 013 624 1417
Call/WhatsApp: 012 662 1062
Facebook: Ombak Creatives
* Tempat solat disediakan

Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda semua dalam mencari promosi buffet Ramadhan yang menarik untuk dicuba di bulan puasa pada kali ini.

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Buffet Ramadhan Casa Ombak

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


19 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge