Blogger Popular Malaysia

Ambil Kesempatan Daripada Blogger Popular

Baru beberapa hari yang lepas Shaheizy Sam dinobatkan sebagai artis paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlansung di Star Arena, Genting Highlands pada 3 April 2010. Memang agak amat mengejutkan apabila mengetahui keputusan itu.

Shaheizy Sam mungkin layak memenangi anugerah berprestij itu melalui lakonan beliau dalam filem top 2010 iaitu Adnan Sempit. Sebuah filem yang benar-benar mencuit hati, sehinggakan berulangkali saya menontonnya. Tahniah Shaheizy Sam atas kejayaan anda, saya juga turut berbangga dengan anda.

Baiklah, berbalik kita kepada tajuk asal. Ambil kesempatan daripada blogger popular, sebuah tajuk yang bermain difikiran setelah membaca artikel di blog Denaihati yang bertajuk Blogger Popular Tak Pandang Newbie, Betul Tak? Reaksi pertama saya apabila membaca artikel ini, ternyata ada blogger baru yang begitu sensitif.

Bukan sekadar sensitif, malah mungkin mereka tidak mengenali dan memahami dunia blogging terlebih dahulu sebelum menceburi bidang blogging ini. Bagi saya, semua blogger adalah newbie. Kerana saya berpendapat semua orang memerlukan sesuatu yang baru untuk menulis dan meningkatkan blog.

Jika kita baca komen yang terdapat dalam artikel Denaihati tersebut, hampir semua blogger lama atau old timer berpendapat hampir sama dengan saya. Tidak kira blogger itu popular atau blog popular, bagi saya adalah sama sahaja. Kerana mereka manusia, jadi kita perlu pandang dari sudut yang positif.

Jika hari ini mereka tidak membalas komen kita, haruslah berfikir positif. Mungkin mereka sibuk dengan kerja lain, jika komen anda amat penting untuk dibalas. Rasanya ada alternatif lain untuk menghubungi mereka bukan, hampir semua blog saya lihat ada ruangan contact atau hubungi.

Tidak cukup dengan contact, rasanya hampir semua blogger mempunyai Twitter dan Facebook. Jadi gunakan alternatif tersebut untuk hubungi mereka dan nyatakan anda memerlukan bantuan mereka. Jika tiada reaksi juga, mungkin anda boleh mencari blogger lain atau gunakan Google.

Itulah yang sering saya lakukan semasa saya mula-mula menulis blog, bahkan sehingga kini saya melakukannya. Jika komen (memerlukan bantuan) tidak dibalas di blog Denaihati, Ariff Shah, Khai, eTomyam atau sesiapa pun. Saya akan hubungi mereka melalui alternatif lain.


Mungkin cepat ataupun lewat, mesti ianya akan dibalas juga. Tanya sahaja Denaihati, saya sering hubunginya di Twitter. Selalu juga dia lewat membalas, Ariff Shah, Khai dan eTomyam pula saya sering hubungi di Facebook. Ada masa cepat, ada masa lewat. Tapi saya bersyukur mereka tetap membalas walaupun dalam keadaan sibuk.

Kalau soalan anda bagaimana hendak menjadi popular seperti mereka, rasanya soalan itu mampu dijawab anda sendiri. Paling mudah, adalah follow mereka. Ikuti perkembangan blog mereka, cara mereka menulis, cara mereka mempromosikan blog mereka, cara mereka menyusun tema blog mereka dan lain-lain lagi.

Itu semuanya bergantung kepada usaha sendiri, hendak seribu dayakan. Harus diingat juga, semuanya bermain dengan masa. Kadang-kadang kita di bawah, kadang-kadang kita di atas. Hendak dikata mereka tidak memberikan bantuan, rasanya hampir semua blog tersebut ada menyediakan tips.

Yang paling ketara sekali, ruangan komen mereka. Tidak pernah pula saya lihat ada yang menutup ruangan meninggalkan URL, jadi janganlah pula anda meninggalkan URL anda pada rungan komen pula. Isi URL anda pada tempat yang sepatutnya dan tidak ketinggalan juga ada plugin CommentLuv untuk memaparkan entri terbaru blog anda.

Jika itu juga dikatakan sombong, berfikirlah berulangkali dan kenali dunia blogging dengan lebih mendalam lagi. InsyaAllah anda boleh menjadi popular seperti mereka dan merasa apa yang mereka rasakan.

Satu lagi, ketika anda membaca artikel di blog popular atau blogger popular. Pastikan anda membaca dengan lebih teliti, ada tersirat dan tersurat yang anda mampu perolehi. Macam artikel Denaihati tersebut menyatakan, selalu memberi backlinks kepada blog yang mempunyai pagerank tinggi mampu meningkatkan blog anda. Tetapi pastikan backlinks anda berkualiti.

Nota: Harap anda membaca artikel ini dengan teliti dan ambil berat dengan link yang disertakan, kerana ia mungkin berguna kepada anda. Maaf jika artikel ini terlampau panjang, memang minat saya menulis, sebab itu saya ada blog dan bukan untuk menjadi popular. :P

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


58 comments… add one

  • erm, rasanya artikel ni ada mesej tersembunyi :-)

    hehe, semua orang pun newbie dalam blogging… setuju dgn pendapat tu… sentiasa ada benda baru yg boleh dipelajari dalam dunia IT nie… ada masa share dengan pembaca blog kita…

    sharing is caring… kadang-kala, masalah yang dihadapi oleh reader kita itu mungkin akan menjadi blog post terbaru di blog kita kerana kita telah menemui jawapan terhadap permasalahan tersebut dan ingin berkongsikan penyelesaian tersebut dengan pembaca blog kita… :-)

    Reply
    • setiap artikel memang ada mesej tersembunyi, terpulang kepada pembaca untuk menghayatinya. :)

      betul tu, setiap blogger adalah newbie. pasti ada benda baru yang perlu dipelajari setiap hari. maklumlah, dunia teknologi ni. setiap hari berkembang, so pemikiran kita juga perlu berkembang. :)

      Reply
  • Bro sokong tanpa keraguan

    Dengan etomyam.. if ade pe2 bro direct je hubungi melalui telefon.

    Kata orang, if xtau baik bertanya kan… if dah tahu baik bekongsi kan
    Bro Framestone recently posted..Sakit Belakang

    Reply
    • betul tu bro, better contact personally if dah memang perlukan bantuan sgt, insyaAllah dorg akan reply. cuma lambat atau cepat je.

      Reply
  • Yup agree with u..Tak semua orang ada masa mcm kita.kadang2 ada org banyak masa tuk blog.Ada org cikit masa yang diperuntukkan…Lambat or cepat je…Bagi saya nak fofular atau rating tinggi kena sabar n kerja kuat..
    faisal recently posted..dR or DR

    Reply
    • tahu takpa, tak semua org duk mengadap blog 24 jam. masing2 ada tanggungjawab. nak belajar kena sabar, nak popular kena rajin. :)

      Reply
  • sambil2 ni nak tanye crack theme tu pe???ade effect ke??
    faisal recently posted..dR or DR

    Reply
    • crack theme, theme yang org jual di cetak rompak. selalunya, crack theme ni ada script tambahan di footer utk tujuan free backlinks dan hack.

      Reply
      • oooo..itu ke rupanya..thanx bro..blog masih dlam pembaikan..huhu
        faisal recently posted..Malam di Putrajaya

        Reply
        • takpa, pelan2 kayuh. insyaAllah lelama ok la tu. lebih baik tya kawan2 theme mana yg sesuai dan selamat digunakan. :)

          Reply
  • rajin mengomen di page yg ranking lebih tinggi mmg bg byk kelebihan kpd newbie mcm saya. apa2 pon kita sesama blogger jgnlah asyik cemburu berhasad tapi cemburulah dengan berusaha lebih
    Ekspresi Ruang recently posted..Istana Di Tengah Tasik Ini Milik Seorang Arkitek

    Reply
    • Betul tu bro, kalau setakat blogwalking tinggalkan link kat shoutbox tak ada effect yang banyak. Tinggalkan komen adalah yang terbaik.
      Hisyam recently posted..Hisyam92 DOT Com Kini Berwajah Baru

      Reply
    • cemburu untuk motivasi diri adalah lebih baik daripada cemburu sibuk mengata orang. :P

      konsep yang bro guna tu betul, sentiasa berkomen di blog yang lebih tinggi rating boleh mendatangkan manfaat kepada kita. :)

      Reply
  • hai brother.. benar tuh
    bukan semua blogger free untuk melayan
    tetapi jika ada kelapangan
    jenguk2lah newbie yang baru nak bermula..

    p.s. itu semangat utk mereka berblog…
    nurmisnan recently posted..Lelaki ini minum air lopak

    Reply
    • insyaAllah, jika ada masa lapang. pasti akan melawat semua blog yang ada. tapi pastikan artikel yang dikongsi menarik dan memuaskan hati semua pembaca.

      Reply
  • cayalah bro…aku pun guna facebook utk hubungia ko dan arifshah dulu..hehhe….

    Reply
    • tahu takpa, aku tahu sangat ko. pepehal roger je kat fb. :)

      Reply
  • haha.. aku kadang2 memang fail kalau bab reply orang ni. Tapi kalau kena timing, memang aku reply on the spot. Ikut mana yang sempat la.
    ariff recently posted..After 2 years of hard work- I’m finally going part time and here’s a super awesome offer and bonus for you

    Reply
  • Button contact me tu bukan letak untuk hiasan, kalau pertanyaan tak dijawab terus je guna contact me. Twitter ada, tak kan malu kot nak letak @depan nama blogger tu untuk tanya diorang. Tapi entri ni memang ada kesan mendalam, Thanks untuk nasihat yang berguna ni dari blogger senior.
    Hisyam recently posted..Hisyam92 DOT Com Kini Berwajah Baru

    Reply
  • Oo gitu rupanya.. terima kasih lah sebab dapat banyak ilmu kat sini..
    blogger baru ke lama.. dah tak kisah dah.. kalau ada yg nak kawan terima je.. kalau ada yang nak buat lawan, bolayan je..

    Reply
  • ambil kesempatan dengan cara yang baik :)

    Reply
  • As salam..
    Pesanan utk newbie, jgn kecil hati. Tinggalkan komen byk2 dan kerap di blog popular. kesannya akan dpt dilihat dalam beberapa bulan akan datang iaitu trafik dr blog popular tersebut, InsyaAllah.
    iza recently posted..Ku Tinggalkan Dikau

    Reply
  • haa menarik, aku pun nak mintak tolong hang la lepas ni
    nak tukar thesis..ngee lepas final
    boleh kan? :D
    dan kepada newbie, aku pun dulu dah merasa macam hampa semua, tapi itu macam bro isa cakap, masa~ masa~ :))
    syahrilhafiz recently posted..Apa itu Kod QR

    Reply
  • cam menda sama berulang tetiap tahun. haha~
    aman recently posted..Lebih 10 Data Trafik P1 Digunakan Untuk Pemindahan P2P

    Reply
  • Aku tak lama dulu masa mula-mula jadi blogger, jangan kata nak sound ‘org lama’ nak komen pun segan. Sekarang ni, walaupun blogger newbie tapi berani komen. itu dah bagus tapi mcm hang cakap, sensitif sgt smpai kluar idea yg bukan-bukan plak….

    aku setuju pasai tak ada blogger yg otai, semua newbie. setiap hari kita belajar sesuatu yg baru. itupun kalau tujuan asal nk belajar la. klau setakat nk promote produk err…

    * hehe.. sori komen berjela… masuk bab ruang URL kat kotak komen tu aku tersengih. theme blog aku tu baru minggu lepas tukar. tapi boleh tak perasan theme tu tutup ruang URL secara default. patut la aku tgk org komen takde tinggalkan link blog. check balik tgk aduhai… sekarang dh ok dah aku ejas hehe
    zaryl recently posted..Nominal – Tema WordPress Terbaru percuma

    Reply
  • adakah entri ni pun ada maksud tersirat dan tersurat jugak.. :p
    aizuddin recently posted..Cek Pertama Dari Churp-Churp

    Reply
  • hm susah nak cakap macam saya dah biasa contact melz & Eyriqazz so no problem kot

    Reply
  • apa perlu untuk hidup dengan kesombongan…lebih2 lg dalam dunia blogging ni…newbie kena blajar dgn old timer blogger..dan sebaliknya juga, sama-sama memeriahkannya baru la jd bloger profesional dan sempoi!!
    p@kcikLie recently posted..Kenapa Isteri Merajuk !!

    Reply
  • saya pun newbie jugak, banyak benda yang kita tak tau dalam hidup. so, sama-sama la saling memberi dan menerima.
    eiela recently posted..Biasiswa Tak Cukup- Sedikit Sangat

    Reply
  • Tak dapat dinafikan memang ada pun blogger yang popular atau baru nak merasa popular dan berlagak sombong. Tak kurang juga blogger yang baru nak bergiat dalam dunia maya ni yang terlalu cepat terasa dan inginkan layanan VVIP. Semua orang ada komitmen masing-masing, mustahil nak layan semua orang dengan sepenuh perhatian. :D
    AMiRU recently posted..Upgrade ke WordPress 311

    Reply
  • aku pun penah emo masa mula2 blogging dulu.. sebab tension ngan blogger otai yang tak layan, tak balas komen.. skang nie baru paham sket ke’bz’an diorang tue.. haha
    samanosuke_04 recently posted..Blog Aku Takde Bahasa SEO- Jangan Tiru Blog Aku!

    Reply
  • setiap pro-blogger itu bermula dr “0” = kosong…semuanya pernah jd newbie… :)

    Reply
    • baetul2..ambo stuju.. :D

      Reply
  • satu perkongsian yang menarik… saya masih tercari-cari rentak…
    khairil recently posted..Facebook HARAM Kepada Wanita JIKA

    Reply
  • nak cemburu atau jeles? Boleh aje, tapi bergantung kepada keadaan.

    nak ambil kesempatan atau tidak, pun boleh aje. Bergantung pada keadaan.

    nak sombong ke tidak, pun boleh.

    nak jadi blogger otai, pun boleh..

    nak jadi blogger baru, pun bolehhh..

    nak jadi apa, pun bolehh..

    pendek kata, semuanya bergantung pada keadaan. Kita mahu atau tidak.
    titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicom

    Reply
  • jadi top blogger memang masyuk..tapi nila kita lupa jawab soalan..mulalah orang akan kata macam-macam…nasib baik aku tak femes huhu
    ishak recently posted..Mengenali Rahsia disebalik tarikh lahir setiap orang

    Reply
  • wahh sgt suke dengat ayat yg panjang lebar itu..:), nway menulis bukan utk popular, tp perlu ikhlas..pada ana, xsuke meninggalkan kesan kt shoutmix atau singah buta2 tp xbaca entry..seeloknye selak isi kandungan lihat chapters ;P
    Ana Admi recently posted..Tips untuk mengesan Kekasih yang Curang

    Reply
  • syok part nota kaki tu Isa..mmg betui, pandai hang menulis..:)
    Nine recently posted..Pastikan RAM Rosak Sebelum Membeli

    Reply
  • Saya pn masih baru dalam blogging ne ,tengah cari rentak supaya selalu dapat follow blogger lain dan memantapkan kaedah tulisan.
    Razlan recently posted..Panduan menulis resume

    Reply
  • betul tu bro.. apa pun jgn lupa ucapkan terima kasih pada blogger2 popular tu…

    Reply
  • kasi sedut itu linkjuice takpe kan?hehe..kagum ngan blog ni..ranking Alexa yang amat menggoda..:P

    Reply
  • mak setuju sepenuhnya dgn apa yg dihujahkan oleh mohdisa nih hah…

    Reply
  • “Satu lagi, ketika anda membaca artikel di blog popular atau blogger popular. Pastikan anda membaca dengan lebih teliti, ada tersirat dan tersurat yang anda mampu perolehi. Macam artikel Denaihati tersebut menyatakan, selalu memberi backlinks kepada blog yang mempunyai pagerank tinggi mampu meningkatkan blog anda. Tetapi pastikan backlinks anda berkualiti.”

    adakah maknanya kalau kita bagi backlinks kepada blog yang PR tinggi, mampu meningkatkan rank blog kita ke?

    apa maksudnya tu bro? (maaf sebab banyak tanya)
    SyafzMagz recently posted..Contest- MyNewshubmy – Portal Berita Online

    Reply
  • Assalamualaikum…

    Saya mula membina blog dalam tahun 2006 – 2007 dengan merujuk kepada artikel di dalam Majalah PC, keluaran syarikat KarangKraf. Sebelum itu saya pernah ada laman web yang menggunakan kaedah pembinaan kod HTML. Pada masa itu, laman web tersebut di hosting kan pada “geocities” namun kini “geocities” telah menamatkan perkhidmatannya beberapa tahun sudah.

    Apabila teknologi blog semakin berkembang dan mendapat sambutan, lantas membuatkan saya “teringin” mencuba kaedah yang baru bagi saya pada ketika itu. Artikel pertama dalam bahasa Inggeris, namun menukarkan penggunaan bahasa kepada Bahasa Melayu. Gaya penulisan dan konsep artikel yang dikarang masih lagi samar dan mencari indentiti. Pada ketika itu menulis di blog sekadar suka-suka, tak terfikir nak join agensi pengiklanan seperti Nuffnang. Masa tu punNuffnang tidak sepopular hari ini.

    Hanya pada sekitar tahun 2010, barulah saya meningkatkan keaktifan saya dalam dunia blogging. Dengan konsep yang semakin jelas dan mula mendapat “rentak”, saya berjaya menamatkan blogging bagi tahun 2010 dengan jumlah artikel sebanyak 111. Saya menyertai program Nuffnang dan lain-lain program affiliates bagi mencuba untuk mendapatkan pendapatan melalui internet dengan cara yang selamat dan tanpa modal yang membebankan.

    Tetapi matlamat utama iaitu berkongsi pandangan yang ikhlas dan teguran yang membina tetap menjadi keutamaan. Soal blogger “sangat” popular (popular sangat ke… sambil sentuh bahu dengan kedua2 hujung tangan dan mata pandang ke atas) atau tak, itu berdasarkan rezeki dan nasib masing-masing setelah berusaha mencuba dengan kaedah serta cara tertentu dalam ber blogging. Popular ni ibarat gula.., manis sangat pun tak elok untuk kesihatan, berkadaran dan berpadalah dalam setiap tindakkan kita.

    Pesanan saya ialah : “try to be like the water…, just flow with smooth movement, then you will can go futher without futile..” (ada ambil sedikit dari kata-kata mendiang Bruce Lee dan ayat saya sendiri..)
    Ahmad Zaki recently posted..Telefon eTouch -Touchberry Series- asal berry sudah

    Reply
  • thank for great info http://www.redlomo.com

    Reply
  • hihihihi biasalah tu,huhuhu baru nak berjinak2 tulis blog :)

    Reply
  • Satu nasihat, pandangan yg baik untuk semua blogger teutama ‘newbie’. Kepada mereka yang dari alam bisnes buat komen dalam blog2 yg popular adalah suatu stretegi mantap bagi mempromosikan produk atau laman blog masing2.
    zak recently posted..Buat Duit Online Tanpa Perlu Giat Promosi

    Reply
  • takdela best sangat pun kalau popular ni
    esempoi recently posted..Sepuntung Rokok Memberhentikan Keretapi Tercanggih di Dunia

    Reply
  • Salam,

    Yang pasti untuk menjadi seorang blogger, perlu pandai menulis dan perlu banyak idea . Kekadang bagi newbie blogger bab ini yang menjadi penghalang..betul ke apa aku rasa ni.. aku rasa betul.. tanpa idea. blog jadi kosong…

    Reply
    • betul tu, kena pandai menulis. sebenarnya idea itu boleh dapat jika kita rajin berjalan ke blog rakan-rakan yang lain. kalau nak senang lagi, baca sahaja portal berita semasa. menulis mengenai isu semasa pun ok juga, tapi jangan copy paste plak. olah dan tweek artikel tersebut dan kredit. :)

      Reply
  • Salam,

    memang betul apa yang ditulis tu, nak main blog pertama sekali kena faham bagaimana game dia berfungsi, bukan boleh sekadar jump in dan harapkan everything is going to be okay.

    Selamat hari raya

    Reply
  • saya orang indonesia yang bangga dan terkesan terhadap para blogger… seorang blogger pasti kreatif dan inovatif….
    Ifa Nurfazriyah recently posted..Daftar Tempat Wisata di bandung

    Reply
    • benar, seorang blogger perlu kreatif dan inovatif dalam menulis mahupun menyampaikan sesuatu. :)

      Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge