Blog Mohd Isa Kini Kembali

by on July 10, 2010

Blog Mohd Isa

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga korang semua dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Aku di sini sentiasa doakan kesejahteraan korang semua. Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan masa yang diberikan oleh-Nya, Blog Mohd Isa kini kembali lagi daripada bercuti sebulan yang lalu.

Buat pengetahuan korang semua, Blog Mohd Isa baru menyambut ulang tahun yang pertama pada 12 May 2010 yang lalu. Banyak dugaan dan cabaran yang datang dalam dunia blogging ini, tambahan pula dengan masalah hosting yang digunakan sebelum ini. Syukur dengan bantuan daripada saudara Ilham, dapatlah Blog Mohd Isa ini bertapak di hosting yang baru iaitu ServerFreak yang amat-amat memuaskan.

Banyak juga masalah yang aku hadapi di waktu cuti yang lalu, yang pertama sekali sudah semestinya ketiadaan talian internet di kampung halaman aku menjadi punca utama aku tidak dapat mengemaskini Blog Mohd Isa ini. Ditambah pula dengan Maxis Broadband aku yang disekat perkhidmatannya akibat bil tertunggak yang tidak dapat aku jelaskan lagi.

Selain itu juga, aku tidak dapat menumpukan perhatian aku kepada Blog Mohd Isa akibat beberapa masalah peribadi yang aku hadapi. Malah di saat ini aku masih menghadapinya, mungkin aku tidak perlu perjelaskan lagi di sini. Kerana itu semua adalah dugaan daripada yang Maha Esa. Kita sebagai hamba perlu menghadapinya walaupun payah ataupun senang.

Apapun, Piala Dunia FIFA 2010 pun sudah semakin hampir ke penghujungnya. Pasukan manakah pilihan korang di antara Belanda dan Sepanyol yang bakal bergelar juara? Blog Mohd Isa kini kembali dan memilih pasukan Sepanyol bakal muncul juara pada edisi piala dunia kali ini. Kerana kawalan permainan yang mantap disajikan sebelum ini, aku yakin Sepanyol bakal menjulang piala dunia kali ini.

Nota World Cup: Jangan lupa baca ulasan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal aku karangkan untuk korang semua nanti. Terbaik dari ladang sempena Blog Mohd Isa Kini Kembali!

ADVERTISEMENT

{ 16 comments… read them below or add one }

Mus July 10, 2010 at 7:35 am

aksi abang kita sentiasa ditunggu-tunggu..

Reply

Mohd Isa July 10, 2010 at 7:48 am

ada-ada je bro ni. haha, bro. sorry lama tak jenguk blog bro. link exchange pun kena wat lain. :)

Reply

Azizwan July 10, 2010 at 10:38 am

selamat beraski bro :)

Reply

Mohd Isa July 10, 2010 at 10:53 am

thanks bro. :)

Reply

RedBoy July 10, 2010 at 5:05 pm

selamat kembali ke dunia blogging yg penuh dgn onak dan durinya.. moga sentiasa dapat menulis entri yg gempak2..
RedBoy recently posted..Design Template By RedBoy

Reply

Mohd Isa July 10, 2010 at 6:26 pm

terima kasih sekali lagi redboy, insyaAllah sy akan cuba paparkan entri yang gempak2 seperti diinginkan oleh pembaca. :)

Reply

RedBoy July 11, 2010 at 7:40 pm

sama2.. teruskan usaha anda..
RedBoy recently posted..Sotong Paul Pilih Sepanyol- Burung Nuri Pilih Belanda

Reply

zik July 10, 2010 at 5:08 pm

wah mantap gitu… aksi2 yang mendebarkan bakal digarap..
zik recently posted..Rancangan Malaysia ke 10

Reply

Mohd Isa July 10, 2010 at 6:29 pm

haha, takdalah semantap ko. jgn lupa baca entri yang akan datang ya. hehe

Reply

wazy July 10, 2010 at 6:22 pm

Selamat beraksi kembali di dalam dunia blogging bro
wazy recently posted..Cerpen Qaradawi Dan Misyar

Reply

Mohd Isa July 10, 2010 at 6:31 pm

thanks bro, hope u support me always. :)

Reply

arynet July 10, 2010 at 11:08 pm

hehe.. selamat kembali!!

Reply

Mohd Isa July 11, 2010 at 6:20 am

terima kasih bro, dah lama tak online ni. banyak idea nak tulis ni. haha

Reply

Nine July 15, 2010 at 3:07 pm

Selamat kembali berblog Isa, aku suka gaya penulisan ko..best jer baca, style cara ko wat mesti aku baca sampai abis..theme nih load..

Reply

Mohd Isa July 18, 2010 at 5:01 pm

wah, terima kasih bro. terharu aku membaca komen dari ko. :) pasal theme ni agak slow ke? kalau slow aku nak buang mana yg tak patut.

Reply

Zaid August 5, 2011 at 4:01 am

selamat beraksi kembali… aku selalu je masuk blog ko sebab best :)
Zaid recently posted..Ramadhan Buffet Di Holiday Villa Hotel & Suites Subang

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak