Berdiri Tegak Dalam Solat

Dalil Wajib Berdiri Tegak Dalam Solat

oleh Mohd Isa pada January 17, 2011

Jika sebelum ini saya ada berkongsikan sedikit info mengenai beza solat lelaki dan wanita, kali ini saya ingin berkongsikan sedikit dalil mengenai salah satu rukun solat iaitu berdiri tegak dalam solat.

Bediri tegak dalam solat bagi yang mampu merupakan salah satu rukun dalam solat. Suatu simbolik seseorang yang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan sekalian alam, Yang Maha Mendengarr apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan oleh hamba-hambaNya.

Tidak syak lagi sesiapa yang melakukannya lima kali sehari pastinya akan meninggalkan kesan terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah s.w.t. Yang Maha Melihat dan mengawasinya.

Dalil Wajib Berdiri Tegak Dalam Solat

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berdirilah untuk Allah s.w.t. dalam keadaan taat (khusyuk).” (Surah al-Baqarah 2: 238)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklah dan jika tidak berkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Para ulama empat mazhab telah sepakat dalam mewajibkan berdiri tegak ketika solat fardhu bagi individu yang berkemampuan. Walaubagaimanapun, tidak wajib berdiri ketika solat sunat walaupun dalam keadaan kemampuan kerana kerangka asas solat sunat dibina atas dasar keringanan.

Namun pahalanya adalah separuh daripada mereka yang solat sunat secarai berdiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Solat duduk adalah (pahalanya) sebahagian daripada solat dalam keadaan berdiri.” (Riwayat Malik)

Sumber: Solusi #27

Itulah di antara dalil yang telah disebutkan mengenai keadaan berdiri tegak dalam solat di mana ia merupakan salah satu rukun solat yang wajib kita laksanakan dengan kemampuan, maka diringankan pula kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

24 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

syahrilhafiz 17 January 2011 at 9:22 am

thanks info bro..
selalunya aku sembahyang tutup mata tak pe x?
syahrilhafiz recently posted..Moovida – Pemain Media Percuma dan Persekitaran Grafik 3D

Reply

Mohd Isa 17 January 2011 at 11:36 am

most welcome bro…
erk tutup mata? kalau boleh elakan bro, tak silap aku benda tu tak elok. ustaz aku ada pesan, klu nak khusyuk pandang sahaja ke tempat sujud. tak perlu tutup mata.

Reply

wandisini 17 January 2011 at 3:52 pm

kalau tutup mata aku rasa pening-pening lak. memang tak tutup lah time solat
wandisini recently posted..Cerita Kedai Kopi 1

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 11:51 am

haha, tahu takpa. lagi banyak fikir benda lain nanti. :)

Reply

Ayie 24 January 2011 at 8:43 am

Menurut mazhab maliki, seseorang manusia yang sedang solat patut lihat ke tangan mereka. Tetapi kita ini mengikut mazhab syafiie. Jadi kita haruslah lihat ke tempat sujud agar solat kita khusyuk
Ayie recently posted..Saya sudah mahu berkahwin

Reply

Mohd Isa 24 January 2011 at 11:32 pm

itulah, kalau baca semua mazhab memang ada perbezaan. tapi tak kisahlah ikut mazhab mana, yg penting niat kita betul. beribadah kepada Allah s.w.t.

Reply

zik 17 January 2011 at 1:24 pm

bukan sahaja perlu tegak… mata pun kena jaga… jangan duk meliar… sah tetap sah.. tapi kurang lah pahala khusyuk tuh…
zik recently posted..Lohong hitam angkasa yang menakutkan!!

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 11:52 am

betul tu bro, satu lg. bila dah mata meliar, mulalah fikir yang bukan2. jadi tak khusyuk dibuatnya.

Reply

mancai 17 January 2011 at 2:59 pm

terima kasih bro dengan info ni… mengadap yang Maha Besar kena ada adap sopan…

Reply

wandisini 17 January 2011 at 3:54 pm

aah..betul tu, kadang-kadang itu ada orang, nak berjumpa awek lebih wangi dari berjumpa allah
wandisini recently posted..Cerita Kedai Kopi 1

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 12:01 pm

tahu takpa, disunatkan tuk pakai wangi2an untuk solat tak silap aku. betul tak?

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 11:53 am

sama-sama, betul tu. kalau boleh pakai baju baru selalu. ini idak, asal nak keluar je pakai baju baru. :)

Reply

RedBoys 17 January 2011 at 6:28 pm

inilah kelebihan untuk umat islam yang tidak berkemampuan (sakit). Allah tetap menyuruh kita agar solat tetapi jika tidak larat, boleh duduk ataupun baring.
RedBoys recently posted..Bagaimana Menarik Pengunjung Ke Blog Anda

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 12:11 pm

betul tu bro, Islam itu memudahkan. aku ingat lagi, ustaz aku pernah bagitahu, dahulu solat itu banyak waktu. maka nabi kita minta Allah memudahkannya, jadilah 5 waktu sahaja.

Reply

Wan Perlis 17 January 2011 at 9:56 pm

perkongsian yang baik dari anda

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 12:12 pm

terima kasih bro. :)

Reply

nurmisnan 17 January 2011 at 10:28 pm

brother isa… tima kasih atas perkongsian ini
nice posting bro…
good for us to know
nurmisnan recently posted..Aku dah lalok

Reply

Mohd Isa 19 January 2011 at 12:27 pm

sama-sama, semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah.

Reply

eiela 19 January 2011 at 11:32 pm

bagus nih. saya pun ade tanya seorang ustaz pasal kelonggaran bersolat nih.
eiela recently posted..Wow- Nenek Glamour Yang Bergaya

Reply

Mohd Isa 21 January 2011 at 4:15 pm

so apa ustaz tu jawab?

Reply

Pejuang Kesenian Extreme 21 January 2011 at 2:26 am

terima kasih bro kerana menyediakan entri macam ni..Menjadi peringatan kepda diri sy..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Faktor Yang Menjadikan Kita Pelupa

Reply

Mohd Isa 21 January 2011 at 4:30 pm

sama-sama bro, semoga entri sebegini dapat membantu semua orang. insyaAllah.

Reply

Ayie 24 January 2011 at 8:46 am

Solat jemaah lebih bagus berbanding solat secara bersendirian kerana kalau kita ada salah dalam solat, solat kita akan diterima sahaja oleh Allah. Pergilah kamu ke masjid untuk mengimarahkan masjid lalu solat secara berjemaah
Ayie recently posted..Saya sudah mahu berkahwin

Reply

Mohd Isa 24 January 2011 at 11:33 pm

betul tu, tambahan pula solat maghrib dan solat subuh. besar pahalanya.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: