12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan izinNya dapat kita bersua sekali lagi di blog yang tidak seberapa ini. Saya juga ingin mengucapkan syukur kepadaNya, kerana diberi kesempatan untuk mempelajari sesuatu dan dikongsikan bersama anda semua.

Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini, setiap nafas juga akan berhenti suatu hari nanti. Jika difikirkan, cukupkah amalan dan ibadah kita didunia ini? Itulah persoalan yang sering bermain difikiran saya setiap kali mengenangkan dosa yang dilakukan. Terasa takut juga apabila sampai masa untuk menghadapi saat ke akhirat.

Di barisan manakah saya sebagai manusia akan menuju ke akhirat? Adakah layak saya untuk menduduki barisan yang ke-12? Di sini saya ingin sebarkan ilmu atau sedikit info yang telah dikongsikan oleh sahabat di Facebook mengenai barisan-barisan manusia yang menuju ke akhirat.

Jika sudah ada yang membaca, rasanya tidak menjadi kesalahan untuk dibaca sekali lagi sekadar peringatan buat kita. Serta jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga dengan perkongsian ini dapat mengukuhkan lagi iman kita ke akhirat kelak.

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

  1. Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Kadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.:

    “Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat.”

    Firman Allah S.W.T.: “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat Ku (yang menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

  2. Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.:

    “Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”

    Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.”

  3. Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh dengan ular serta kala jengking.

    “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.”

    Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.


  4. Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut.

    “Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.”

  5. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.

    “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.”

  6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.
  7. Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.
  8. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala kebawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

    Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

  9. Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
  10. Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
  11. Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
  12. Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

    Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan: “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal salih dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T.”

Semoga dengan perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua mengenai hukuman yang bakal tiba di akhirat kelak. Terasa sedih akan diri ini, telah banyak dosa yang dilakukan rasanya. Semoga Allah mengekalkan cahaya keimanan di dalam diri ini hendaknya.

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


9 comments… add one

  • Semoga kita sama2 meningkatkan iman, amal dan taqwa kita kepada Allah.. InsyaALLAH, kita akan tergolong dalam barisan ke-12.. Amin..

    Reply
    • insyaAllah bro, semoga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain hendaknya.

      Reply
  • aku pon slalu gak rasa mcm amal yg dibuat seperti kurang je. huhu
    RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil Adha

    Reply
    • tahu takpa, terasa banyak dosa yang belum terhapus. malah bertambah-tambah rasanya. sedih pun ada akan diri ini.

      Reply
  • Seram gak baca post camni. Insaf , insaf !!
    bolamalaysia recently posted..Keputusan UEFA 23 &amp 24 November 2010

    Reply
    • jangan insaf sekejap sahaja tau. :)

      Reply
  • amalkan bersama..
    tq bro kongsi ni ;)

    Reply
    • most welcome bro, jangan lupa amalkan apa yang patut dan sentiasa menunaikan kewajipan. insyaAllah selamat dunia akhirat.

      Reply
  • Semoga info yang diberikan dapat menginsafi diri kita sebagai makhluk yang lemah lagi kerdil!

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge