Bagaimana Mengira BMI?

Ketahui Indeks Jisim Badan Anda Sekarang Juga

Pernahkah anda mengambil tahu mengenai indeks jisim badan atau body mass index anda? Saya percaya semua orang mengetahui apa itu body mass index (BMI) yang lebih terarah kepada kesihatan tubuh badan dan sudah pastinya mengenai berat badan.

Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel terbaru oleh rakan blogger saya iaitu Etomyam yang bertajuk Rekod BMI Untuk Semua. Di dalam artikel tersebut ada menyebutkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan dan 1.7 juta daripada rakyat yang berumur 18 tahun ke bawah dikatakan masalah obesiti.

Terkejut juga membaca laporan tersebut, ini bermakna ramai yang masih muda lagi sudah mengalami masalah kesihatan yang mereka sendiri tidak tahu. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bakal memperkenalkan kaedah buku rekod BMI kepada setiap pelajar sekolah.

Semoga tujuan untuk mengesan di peringkat awal lagi pelajar sekolah yang mungkin mengalami masalah berat badan dan obesiti ini mampu mengurangkan masalah di atas. Baiklah, untuk membantu anda semua. Jom kita kira BMI sekarang juga, malah setiap hari pun boleh. Bagi mengelakkan masalah berat badan dan obesti kepada kita.

Mengikut definisi daripada Wikipedia, Indeks jisim badan (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.


Bagaimana Mengira BMI?

Secara amnya, untuk mengira BMI adalah sangat mudah seperti formula di bawah:

BMI = berat(kg) / [tinggi(m) x tinggi(m)]

Manakala status BMI boleh dikategorikan seperti di bawah:

indeks jisim tubuh (bmi)
Untuk memudahkan anda lagi, bolehlah cuba mengira BMI anda sekarang juga di Calculate Your Body Mass Index yang telah disediakan oleh National Heart Lung and Blood Institue. Kalau rasa tidak berpuas hati lagi, bolehlah kira menggunakan kalkulator anda ya. :)

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


30 comments… add one

  • Aku 28.sebenar bukan kategori gemuk tu. huhuhu/ lebih berat badan. sekarang ni tengah workout nak turunkan 3 kg dlm sebulan.. doakan aku berjaya ek

    Reply
    • wah, byk gak tu bro. kena kurangkan lagi tu, workout tu kasi hard skit. hehe, aku pun 19 lbh jerk, nak kena tambah berat badan skit lg. :)

      Reply
    • gambate zool. hehe. boleh2, air kena minum banyak2

      Reply
      • haha, dgr tu zool apa joe ckp. org yg jaga badan selalu. hero malaya. hehe

        Reply
  • kasi teka sikit BMI aku?
    Piston Pecah recently posted..Bukan Cerita Pasal Kacang Lupakan Kulit

    Reply
    • uiks, mesti lebih kan…hehe…aku agak jerk…:P

      Reply
  • aku dalam bmi normal.. hoho, benda nie kalo bebudak pompuan obsess laa.. hehe, new theme ka bro?
    samanosuke_04 recently posted..Kerana Facebook Itu Stalker-Friendly

    Reply
    • tahu takpa, gurl pantang skit. nampak tengkok dorg kendur skit mula la ckp gemuk, padahal dorg tak tau antara bahagian stim dorg adalah leher. nak nampak tegang selalu, suh stim selalu la.

      bukan theme baru la bro, still thesis. just design lain jerk. :)

      Reply
  • BMI aku kira normal jugak la
    tapi kene jaga pemakanan dan selalu bersenam
    baru la maintain ye tak ?

    P/S : heheh smart habis thesis ko ni
    wazy recently posted..E Book Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu

    Reply
    • ok la tu bro, aku pun normal gak. tp tgh nak tambah berat badan skit. kasi ngam2 bmi 22 baru best. hehe

      baru buat siang td, mmg stuck abis. terus godek thesis. nnt aku wat kan yg ko punya. ko nak rupa mcm mana, kasi tau jerk. nnt aku free, terus setup kan. :)

      Reply
      • orite,nanti aku cari sample ,papehal kang aku email eh
        wazy recently posted..Otep-Confrontation

        Reply
        • okay, takda hal. ada sample senang skit nak buat. :)

          Reply
  • cube teka sape yg cipta formula BMI ni
    hehe. dan doktor yg cipta BMI ni sekarg bekerja di syarikat mana

    cam bleh agak je kan?
    wahaa
    joegrimjow recently posted..Pemenang Contest Nak Kurus Ingat Joegrimjow!

    Reply
    • haha, tu nak kena cari balik. aku dah lupa, dah jumpa dah td. tp lupa nak taruk sekali. hehe

      Reply
  • BMI aku still normal walaupun busy dan letih sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah.
    shaharil recently posted..5 Blog Yang Paling Kerap Dilawati 2011

    Reply
    • ok la tu, tp harus beringat selalu bro. kesihatan kena jaga, selalulah bersenam. :)

      Reply
  • bmi aku kira banyak kali pon still obes jugak… bahaya btol.. T_T
    MuJE recently posted..Carpal Tunnel Syndrome – Penyakit No 1 Blogger

    Reply
    • pergh, ko kurang bersenam ke tak pernah bersenam ni? better buat senaman selalu bro, jaga pemakanan dan kurangkan berat badan. insyaAllah boleh normal balik bmi tu. :)

      Reply
      • macam dah tak bersenam jer skang ni..haha exercise pon time g kelas ngan balik kelas sebab bilik tingkat 5..

        insyaallah nak try cari jugak masa. rasa cam rimas gemok-gemok ni..huhu
        MuJE recently posted..Carpal Tunnel Syndrome – Penyakit No 1 Blogger

        Reply
        • boleh bro kalau ada usaha, petang-petang banyak beriadah sudah. tak kisahlah main apa pun, janji benda tu memerlukan pergerakan. :)

          Reply
  • aku 23..hahaha, normal…tp ada pulak org cakap aku kurus..camna tuh…haha

    Reply
    • haha, ko tulang besi kot. tak pun urat dawai. tu yang kurus tu, tp berat. :P

      Reply
  • Last check masa dapat kerja 2 tahun lepas kot,rase ok lagi kot
    Razlan recently posted..Contoh resume juruteknik komputer

    Reply
  • kenapa nasi lemak pulak yang diharamkan di sekolah. kesian lah budak-budak tak dapat makan nasi lemak. kena syorkan budak-budak banyakkan makan tempe
    wandisini recently posted..Pak mat tempe

    Reply
    • erk, nasi lemak diharamkan? kenapa plak? maybe faktor mengantuk kot.

      Reply
      • ada banyak makanan lain lagi sebenarnya yang berkhasiat… nasi lemak makan sekali sekala oklah … kalau hari2 bahaya!!
        zik recently posted..Kisah tauladan- Wanita dan cekodok

        Reply
        • tahu takpa, tp tahu2 jelah budak sek. kalau boleh tiap2 hari nak makan. mcm aku time sek dlu. asal rehat je makan nasi lemak. dah itu je pun yg murah. :)

          Reply
  • Nice post pasal BMI
    Huzaifah recently posted..Pakatan Rampas 6-532 VCD Lucah Anwar

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge