Drama Asmara TV3

Asmara Slot Lestary TV3

oleh Mohd Isa pada September 1, 2010

Drama terbaru di TV3 yang mengisi slot Lestary bagi menggantikan drama sebelumnya Hotel Mania. Drama yang berunsurkan masalah gejala sosial remaja zaman sekarang yang kurang pendidikan agama mungkin dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat masyarakat kita sekarang.

Drama Asmara ini mungkin dapat menarik minat remaja-remaja zaman sekarang untuk ditontoni, seterusnya dapat membuka pemikiran mereka agar tidak terjerumus dengan gejala sosial yang kurang sihat terutamanya dalam pergaulan bebas.

Episod pertama drama Asmara ini baru sahaja ditayangkan semalam, oleh itu saya rasa belum terlewat bagi anda dan saya untuk mengikuti drama ini. Sebelum itu anda boleh membaca sinopsis drama Asmara dalam slot Lestary di TV3 yang saya kongsikan ini.

Sinopsis Drama Asmara Slot Lestary TV3

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.

Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Sumber: Mstar.com.my

Kredit: yanmieonline.com

Nota Asmara: Untuk mendownload drama Asmara ini, sila pastikan anda telah melanggan Blog Mohd Isa terlebih dahulu untuk mendapatkan update terkini dengan memasukkan email anda di sidebar. Terima kasih.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

52 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

x-po 1 September 2010 at 12:14 am

kalau cite cintan2 di tv3, kebanyakkan mesti akan best :)
x-po recently posted..TERUKKAH HIDUP SEBAGAI SEORANG BLOGGER

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 2:50 am

haha, tahu takpa. weh, aku tgk tv2 pun makin mantap sekarang ni. grafik lg cantik dari tv1 dan prima. hehe

Reply

zoul 1 September 2010 at 6:17 am

Perghh… aduyai, aku jarang tengok TV lah. Kekadang tu adalah juga dapat tengok buletin utama jer..
zoul recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan Lebih Seronok Kalau

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 6:24 am

ada juga tv nak tonton, aku kat kolej ni. apa yang ada, sekadar internet jerk. :)

Reply

yanmie 1 September 2010 at 10:50 am

Salam, thanks for da link :)
untuk episode 1 oklah, nk tgk lak episode 2 camne..klu best blh follow sampai abis mcm hotel mania :)

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 11:23 am

salam, sama-sama yan
yeke? tak tgk pun lg
time hotel mania dlu mmg tak tgk
hehe

Reply

etomyam 1 September 2010 at 1:40 pm

oh begitu jalan ceritanya…realiti hidup masyarakat.. sesuai untuk dijadikan pengajaran ni
etomyam recently posted..Anugerah Top Blogger Merdeka Award 2010

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 10:01 pm

benar tu bro, kebanyakkan drama melayu mengisahkan realiti kehidupan rakyat malaysia untuk dijadikan pengajaran.

Reply

hafidz 1 September 2010 at 2:36 pm

Boleh tahan best citer ni aku tengok semalam, huhu :P
hafidz recently posted..Butterfingers – Merdeka

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 9:57 pm

pergh, dah layan. aku tak tgk lagi. keje nak sedut je. maklumla, takda tv. nak streaming, tenet slow.
Mohd Isa recently posted..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

Reply

zool 1 September 2010 at 4:23 pm

Tak layan kot… He hehehe.. Dah jarang tgk tv skg ni

Reply

Mohd Isa 1 September 2010 at 9:59 pm

haha, biasalah tu kalau dah ada kerjaya. mana sempat nak layan tv sgt. :)

Reply

zik 2 September 2010 at 3:21 am

owh ganti cerita hotel mania ek….
zik recently posted..Reunion SMKPB Muar 2002!

Reply

Mohd Isa 2 September 2010 at 7:54 pm

yurp, dalam slot lestary. aku pun tak tgk hotel mania ni. geli tgk dafi. haha

Reply

mancai 2 September 2010 at 3:48 am

tv 3 memang mengambil cerita2 yang berkualiti… cuma time banyak iklan tu jer yang agak kureng..

Reply

Mohd Isa 2 September 2010 at 7:57 pm

biasalah, tv3 free. lainlah astro, kita kena bayar. kalau tv3 takda iklan, sapa nak bayar dorang. betul tak? kita kena faham benda tu.

Reply

wazy 2 September 2010 at 5:44 am

huhu cerita ni best
sekali dah tengok,mesti nak tengok lagi
wazy recently posted..Qiara-Hanya Padamu

Reply

Mohd Isa 2 September 2010 at 8:00 pm

yaka bro, pergh…aku takda tv nak tgk terus. mendownload la keje aku. nak live streaming internet ciput jerk. :)

Reply

zati 7 September 2010 at 3:37 pm

sye sbagai budak sekolah…adenye baik gmbr sebegini dsiarkan

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:25 pm

benar tu, jadikan ia sebagai pengajaran.

Reply

zati 8 September 2010 at 9:37 am

semalam tgok cite ny best gile

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:26 pm

yeke, saya sendiri tak tgk lagi.

Reply

cinta 16 September 2010 at 11:58 pm

citer ni ade berapa episod?

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:26 pm

13 episod semuanya jika tak silap.

Reply

miza 21 September 2010 at 10:01 pm

best gilerrr cite nie…..suke2 sangt nengok

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:27 pm

yeke, kena tonton gak ni. :)

Reply

Ali ridha 22 September 2010 at 9:31 pm

bulan depan baru aku boleh tgk TV.
layan internet je la bro……..
Ali ridha recently posted..Main WIFI Restoran Permai Baru

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:28 pm

haha, ok gak tu. ada gak tv.
aku duk kolej ni lagi la takda tv
layan tenet je la keje aku.

Reply

lu'lu 23 September 2010 at 5:51 pm

aq rse mesti cute ni bes & sweet, sbb die ade 13 epsd je.

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:28 pm

betul tu…ala2 cerita korea plak…hehe

Reply

freya 23 September 2010 at 5:54 pm

jln citer die same je cm cite cinta kirana.

Reply

Mohd Isa 23 September 2010 at 10:29 pm

yeke, tak perasan la plak.
sebab tak pernah layan cinta kirana la plak.

Reply

Ali ridha 24 September 2010 at 2:23 pm

paling aku x suka Zaliya (Faezah Elai).naik meluat aku.
terasa gak bro.aku ni kan dtg dari kampung.
Ali ridha recently posted..Main WIFI Restoran Permai Baru

Reply

Mohd Isa 24 September 2010 at 10:04 pm

erk, macam mana tu. aku sendiri tak menontonnya lagi. maklumlah, takda tv. kena tonton gak ni. ades

Reply

minato 29 September 2010 at 7:58 am

best citer ni…..kalau boleh..aku nk tngk semua episod terus!!!!!!…aku suka lakonan shah……..muko toya!!!!….

Reply

Mohd Isa 29 September 2010 at 3:40 pm

serius…jangan lupa download kat sini tau…aku ada share link untuk download. tgk entri hadiah buat peminat drama asmara slot lestary tv3. :)

Reply

Minato 3 October 2010 at 8:03 pm

Mmg best membuatkan aku ternanti2 utk menontonnya setiap minggu….hahaha.

Reply

nor shamirah[kluang] 15 October 2010 at 1:29 pm

saya suka menonton lestary asmara.

Reply

Mohd Isa 15 October 2010 at 2:50 pm

saya juga…hehe

Reply

aishah 2 November 2010 at 10:39 pm

menarik + hero…pelakon hendsome + heroin..cantik. Kalau asmara betul2 suka kat zalia dlm dunia sebenar pun disokong…diaorg ni padanlah…..hehe..jng marah peminat shah..nanti kena jual…

Reply

Mohd Isa 3 November 2010 at 1:33 am

haha, betul2. saya sokong. :)

Reply

mb 11 November 2010 at 11:07 pm

hye…
bl mau download episode 10…
xsabar nk tgk ni…

Reply

my 13 November 2010 at 6:59 am

episod 10 tak upload lg … sudah tidak sabar… :(

Reply

Mohd Isa 18 November 2010 at 2:01 am

boleh dapatkan sekarang juga :)

Reply

mek ra 13 November 2010 at 11:54 pm

citer ni lagi best dr pd citer hotel mania

Reply

Mohd Isa 18 November 2010 at 2:03 am

tahu takpa, hotel mania musikal jerk..

Reply

zafra 24 November 2010 at 6:40 pm

nak tanye apa ye nama lagu ada band yg kat drama asmara tu?

Reply

Mohd Isa 24 November 2010 at 6:53 pm

cuba lihat entri terbaru saya, saya dah senaraikan semua lagu yg dimuatkan dalam drama asmara ni…
Mohd Isa recently posted..Lagu Tema Drama Asmara

Reply

zafra 24 November 2010 at 7:14 pm

macam ner nak download drama asmara tu?nak tanya, free download ker?

Reply

Mohd Isa 24 November 2010 at 7:31 pm

just click download jerk, takpun guna internet download manager. yurp, always free. :)

Reply

raida 30 November 2010 at 10:49 pm

salam..nk tanya lah,,mcm mna nk tonton episod last ye..x pndai sangat bab2 cm ni..tp yg pasti nk tgk gak episod last tu..hehe..

Reply

Mohd Isa 1 December 2010 at 7:59 am

kalau nak tengok secara online atau streaming, boleh tengok di tonton.com.my, kalau nak tgu download. kena bawa bersabar dahululah jawabnya. :)

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: