Sandiwara Amerika Syarikat

Sandiwara Amerika Syarikat

Berita kematian Osama Laden memang mengejutkan dunia, tambahan pula beliau dikatakan mati ditembak di kepala oleh sekumpulan tentera Amerika Syarikat. Kemudiannya, mayat Osama bin Laden dikatakan disimpan oleh tentera Amerika Syarikat.

Tetapi adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama adalah satu kebenaran atau satu pembohongan atau sandiwara oleh Amerika Syarikat? Jika benar, Osama Laden telah mati dibunuh dan mayatnya disimpan oleh tentera Amerika Syarikat. Mengapakah mayatnya tidak ditontonkan kepada media dan rakyat Amerika Syarikat?

Sudah pasti rakyat Amerika Syarikat ingin melihat sendiri mayat Osama Laden yang dikatakan seorang pengganas yang dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat. Umpama sebuah pembohongan dan sandiwara oleh Amerika Syarikat, ditambah pula dengan berita Kosmo! hari ini yang bertajuk Amerika dituduh berbohong.

Mengenai gambar mayat Osama Laden, boleh dikatakan semua akhbar di dunia ini memaparkan gambar yang sama sahaja. Tidak mungkin hanya sekeping gambar sahaja diambil. Terbaru, mengenai gambar tersebut dikatakan telah diubahsuai bagi menyerupai Osama Laden. Lihat gambar di bawah:


osama laden
gambar mayat osama laden palsu
osama laden photoshop
Jadi di manakah kebenarannya? Adakah benar-benar Osama bin Laden telah meninggal dunia? Jika benar, tunjukkan mayatnya di mata dunia. Atau ianya hanyalah satu sandiwara dan pembohongan oleh Amerika Syarikat?

Sumber Gambar: BudakBotak.com

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


20 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge