Aku Seorang Blogger

by on July 24, 2011

Aku Seorang Blogger

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Mungkin agak terlewat untuk aku menyertai kontest SEO daripada 2Day Blogger yang sudah hampir tamat tidak lama lagi. Bukan niat untuk memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan, sekadar ingin bereksperimentasi dengan kemampuan SEO pada blog ini dengan keyword pilihan Aku Seorang Blogger yang telah menjadi banyak pilihan oleh blogger yang menyertai kontest ini.

Selain keyword Aku Seorang Blogger yang dipertandingkan untuk kontest SEO pada kali ini, terdapat keyword lain yang dipertandingkan seperti Buat Duit Dengan Blog dan Tip Blogging Terbaik. Memandangkan dua keyword itu mempunyai nilai yang sangat tinggi, jadi aku memilih untuk bereksperimen dengan keyword Aku Seorang Blogger. Jom layan.

Bila sebut aku seorang blogger, sudah semestinya berkenaan dengan diri seseorang yang hidup sebagai seorang blogger. Tidak kira sebagai blogger sepenuh masa, separuh masa dan ikut suka hati masa. Begitu juga dengan aku, masa untuk menulis blog ikut suka hati sahaja. Boleh dikatakan hampir setiap masa aku menulis blog mengikut mood aku.

Hendak diikutkan, aku mula menceburi atau memulakan hidup sebagai seorang blogger ini sudah agak lama. Bermula menulis blog dengan menggunakan platform blogspot yang kini sudah banyak digunakan oleh blogger di Malaysia, tidak kira lama atau baru. Aku juga salah seorang pengguna blogger atau blogspot sehingga kini. Cuma blog tersebut jarang aku update.

Tujuan aku menjadi seorang blogger pada mulanya hanyalah sekadar untuk berkongsi kisah hidup aku dan melepaskan tekanan atau masalah yang dihadapi. Maklumlah, seorang-seorang itu pasti ada jalan masing-masing untuk melapaskan tekanan yang dihadapi. Begitu juga aku, memilih untuk menjadi seorang blogger untuk mencari ketenangan.

Tetapi setelah agak lama aku menjadi seorang blogger, makin seronok dan ada kelainan yang aku dapat rasakan. Bukan kerana buat duit dengan blog walaupun memang aku boleh hasilkan duit dengan blog. Tetapi dengan perkongsian dengan rakan-rakan blogger yang lain, tidak kira daripada tip blogging terbaik atau masalah yang dihadapi.

Sepanjang aku menjadi seorang blogger, pernah aku berkongsikan masalah aku di dalam blog ini. Aku amat bertuah berpeluang menjadi seorang blogger kerana rakan-rakan blogger yang aku kenali tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada aku. Itulah kelainan yang aku dapat rasakan apabila menjadi seorang blogger.

Aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi memberikan bantuan kepada aku, tidak dapat aku balas rasanya. Hanya iringan doa yang mampu aku berikan setakat ini agar rakan-rakan blogger memperolehi rezeki sentiasa, insyaAllah.

Apa-apa pun, aku berbangga menjadi seorang blogger kini. Bukan kerana blog aku, tetapi kerana rakan-rakan yang aku ketemui dalam dunia aku seorang blogger. Memang best yang amat sangat. Banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjadikan aku sebagai seorang rakan blogger anda. :)

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen, Denaihati, k-worlds, harulazni, ummihanie, dinsblog.”

ADVERTISEMENT

{ 37 comments… read them below or add one }

Azuan July 24, 2011 at 12:52 pm

Mmg best n terharu jika dapat bantuan dri blogger lain.. Good luck bro.
Azuan recently posted..Tip Blogging Terbaik

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 7:55 pm

itulah, kita tak sangka ada rakan-rakan blogger yang perihatin dengan masalah kita. serius, bantuan yg diberikan oleh dorg memang2 dapat membantu keluarga aku. terima kasih yg terhingga utk dorg semua.

Reply

Azuan July 24, 2011 at 8:28 pm

a’ah bro.. bagus sangat kalau mcm tu…
Azuan recently posted..Aku Seorang Blogger

Reply

Azah July 24, 2011 at 1:15 pm

dunia blogger pun ada liku hidupnya. :D
ak x pernah join contest SEO. tak reti nak main SEO. klau ada lg contest macam ni, maybe ak akn join.
Azah recently posted..Tak Komen Sebab Tak Nak Gaduh

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 7:56 pm

join la azah, sambil tu boleh menguji kemahiran kita dalam seo. hehe

Reply

Pacifista - X July 24, 2011 at 1:28 pm

dunia blogger pun ada pancarobanya…
Pacifista – X recently posted..Faktor Wanita Malaysia Menghadapi Tekanan Perasaan

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 7:56 pm

tahu xpa, bukan sedikit. tp byk kot.

Reply

Faiz July 24, 2011 at 2:25 pm

mmg best jadi blogger..huhu..join macam2 group..g gath..kenal org baru..huhu..neway bila nk bg aku hosting n domain free..hahaha….

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 7:57 pm

wah, nak hosting ng domain free ka? aku ada yg xguna, kalau ko nak boleh la. haha

Reply

Faiz July 24, 2011 at 11:12 pm

lau free aku nak la..haha..

Reply

Mohd Isa July 25, 2011 at 12:09 am

haha…free xdpt la…tp klu nak free gak boleh…tp kena taruk iklan aku…:P

Reply

Chipcoklat July 24, 2011 at 2:28 pm

Selamat maju jaya bro.. SEO ni chip memang fail la.. chip hanya tau basic2 jek.. kalo nak masuk contest.. memang tentu kalahnya la.. anyway gud luck bro…

p/s: Artikel ini sangat menarik. Chip terharu membacanya.. dah macam short filem plak.. boleh bayang dalam kepala.. hehehe
Chipcoklat recently posted..Hukum Duit Dari Nuffnang Itu Haram

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 7:59 pm

wah chip, seo ni mudah je kalau kita selalu praktikkan. semua ada peluang, even pr blog kita null pun boleh menang tau kalau betul caranya. cubalah nnt, insyaAllah ada ruangan tuturial nnt sy buat utk sekadar suka2. :)

Reply

naz July 24, 2011 at 4:29 pm

mahukan servis backlinks yang powerful & murah. hubungi saya. KAHKAHKAH. buat iklan, btw bro gud luck, oldtimer contest SEO sejak 2001, mohd isa mesti menang ni :D
naz recently posted..NazAiman: @TrahAdli Waalaikumsalam. Nite!

Reply

Azuan July 24, 2011 at 7:48 pm

emm, ko x pe, ada senjata auto.. aku punya manual jer… mana sempat nak kejar.. :)
Azuan recently posted..Aku Seorang Blogger

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 8:01 pm

haha, itu la pasal. nak wat auto mana lah tau. senjata pun xda, wat manual makan masa la plak. kena time malas, memang xda maknanya nak berangan tuk menang. haha

Reply

Azuan July 24, 2011 at 8:30 pm

sama lah kita…
Azuan recently posted..Aku Seorang Blogger

Reply

naz July 24, 2011 at 8:49 pm

Leverage is the key. Ada auto buat apa pakai manual? kekeke. Mohd Isa contact aku, kawan2 price. TROLLOLOL
naz recently posted..NazAiman: @TrahAdli Waalaikumsalam. Nite!

Reply

Azuan July 24, 2011 at 8:57 pm

kalau murah2 aku pun nak gak lah.. hehe
Azuan recently posted..Aku Seorang Blogger

Reply

naz July 25, 2011 at 8:37 am

takde hal. kekeke
naz recently posted..NazAiman: Monday Blues. EFF YEAH.

Mohd Isa July 25, 2011 at 8:49 am

woho…tshirt aku ada simpankan x? hehe…aku ingat ini minggu mau blk kl…:P

Reply

naz July 25, 2011 at 9:52 am

heha, takdehal bro. boleh saja. :P
naz recently posted..NazAiman: Monday Blues. EFF YEAH.

Mohd Isa July 25, 2011 at 2:17 pm

haha…ok2…nnt aku blk kl aku roger ko…:)

Reply

Mohd Isa July 24, 2011 at 8:00 pm

haha, siap promote lagi tu. hutang boleh x? hehe, aku xtarget pun contest ni. saja suka2 jerk. ada lagi ke x nilai blog aku ni. skg pun duk page 2. nak kejar malas la plak. xcukup masa. hehe

Reply

sejukstudio July 25, 2011 at 2:27 am

yup2. btol, kita kongsi antara satu sama lain. :D
sejukstudio recently posted..Tutorial : Teknik Melicinkan Muka

Reply

Mohd Isa July 25, 2011 at 7:45 am

haha, sharing is caring :)

Reply

Jai July 25, 2011 at 6:51 am

Dulu sebelum aku buat blog, aku buta habis.. Bila dah start, macam2 aku dapat tahu.. Tapi sekarang, sehari x tgk blog, menggigil rasa…ha3
Jai recently posted..Oh Artis Kena Godam | Di Hack Oleh Gaysec 25 Julai

Reply

Mohd Isa July 25, 2011 at 7:46 am

haha, tahu xpa…ketagih org kata…xsenang duduk kalau xupdate blog satu hari…

Reply

jai July 25, 2011 at 8:13 am

Itu baru sehari.. Bulan lepas down 15 hari, jammed otak aku..ha3
jai recently posted..(Gambar) Proton Saga FLX IAFM + CVT Mula Dilancarkan 25 Julai

Reply

Mohd Isa July 25, 2011 at 8:47 am

blog ko down ke? hoho…smpi 15 hari memang melampau la…ko pakai server apa?

Reply

eiela July 25, 2011 at 11:37 am

gud luck untuk contest nih.
eiela recently posted..Ucapan Hari Lahir

Reply

Mohd Isa July 25, 2011 at 2:20 pm

terima kasih, tp penyertaan masih tak diterima…mana ntah penganjur ni…haha

Reply

Nine July 26, 2011 at 8:51 am

Gudluck Isa untuk contest nih , ko memang blogger sejati…sebab entri tiada yang copy paste selama aku baca semua entri ko…:)

Reply

Mohd Isa July 26, 2011 at 1:07 pm

haha, thanks bro…contest ni aku xtarget apa2 pun…sbb mls nak kejar dah…thanks sbb support aku. :)

Reply

hakimfaridzul July 26, 2011 at 12:39 pm

all the best bro! :)
hakimfaridzul recently posted..Gambar Duit Syiling Terbaru Edisi Ketiga -3

Reply

Mohd Isa July 26, 2011 at 1:10 pm

thanks bro…:)

Reply

Sya Isya August 1, 2011 at 4:13 pm

Sya pun pernah juga buat entri ketika dalam dilema. Pastu memang ada rakan-rakan blogger yang beri respon dan ia membuatkan Sya terfikir tentang apa yg diperkatakan. Rakan-rakan blogger memang prihatin. Sweet blogging life :D
Sya Isya recently posted..AKU SEORANG BLOGGER

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak