Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging

by on May 14, 2010

Sabar Penting Untuk Blogging

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Dalam banyak-banyak drama, Adamaya juga menjadi pilihan ramai. Termasuk jugalah untuk entri aku pada kali ini. Bagi peminat-peminat Adamaya pasti sudah mengetahui bahawa semalam 13 Mei 2010 merupakan episod terakhir drama Adamaya di slot Akasia TV3. Bagi yang belum menontonnya, boleh dapatkan di sini atau menontonnya di portal rasmi TV3.

Aku juga berbangga dengan drama Adamaya ini, rata-rata peminat Adamaya juga turut singgah ke Blog Mohd Isa seterusnya meningkatkan trafik blog ini. Memang aku tidak jangka dengan drama sebegini dapat memberi impak kepada blog yang menulis mengenai drama ini. Termasuk juga blog aku yang terseberapa ini, boleh dikatakan hampir 90% yang datang ke blog aku mencari mengenai Adamaya. Kalau korang tak percaya, jom lihat gambar di bawah.

keyword adamaya by google

Keyword Adamaya di Google

nuffnang keywords adamaya

Keyword Yang Dikesan Oleh Nuffnang

nuffnang analytics

Analisis trafik yang masuk ke Blog Mohd Isa, 7 Mei mula menunjukkan penurunan akibat hosting di suspended secara tiba-tiba. Kembali naik apabila berpindah ke hosting baru.

Aku sendiri terkejut dengan ribuan trafik yang terhasil daripada keyword Adamaya, satu-satunya keyword dengan satu perkataan sahaja sampai ke blog aku. Terima kasih Google. Baiklah berbalik dengan tajuk entri aku bagaimana drama Adamaya mengajar aku untuk bersabar. Bagi rakan-rakan blogger yang lain dan pengikut setia blog aku pasti sudah mengetahui bahawa 7 Mei 2010 yang lalu merupakan satu tarikh yang amat mendukacitakan aku. Apabila hosting yang aku gunakan sebelum ini tiba-tiba di suspended secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang notis dan sebab-sebab yang munasabah untuk aku terima.

Agak sedih juga aku pada waktu itu, mana tidaknya. Sebelum di suspended, kerap juga hosting itu down secara tiba-tiba. Tapi aku tetap bersabar dan terus juga menggunakannya, maklumlah student mana ada wang hendak tukar hosting sesuka hati. Income dari berblog pun tidak seberapa, sekadar balik modal sahaja. Tetapi dengan bantuan saudara Ilham, akhirnya Blog Mohd Isa ini telah ditempatkan di hosting baru dalam beberapa hari yang lalu. Ini adalah usaha untuk tidak menghampakan peminat-peminat drama Adamaya untuk terus mengikutinya sehingga tamat.

Adamaya Mengajar Untuk Bersabar:

  • Watak yang dibawakan oleh Hussein Ruffedge iaitu Adam dalam drama ini amat berkesan untuk mengajar aku sebagai seorang penyabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan yang besar untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina bersama Maya yang dilakonkan oleh Lisa Surihani.
  • Kesabaran yang ditunjukkan oleh Adam amat ketara apabila tidak pernah lansung memarahi Maya yang sibuk melayan kekasih lamanya Dani, malah memberi ruang dan peluang untuk Maya berfikir dengan lebih panjang.
  • Adam bukan seorang yang terburu-buru membuat sesebuah keputusan walaupun melibatkan impiannya sendiri demi pengorbanan untuk menjaga rumahtangganya bersama Maya yang amat dia cintai dan sayangi.

Di atas adalah antara isi-isi yang terdapat dalam drama Adamaya dan ia mampu mengajar aku agar dapat menjadi seorang yang penyabar tidak kira di dalam apa jua situasi pun. Termasuklah di dalam dunia blogging, terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan masalah seperti yang aku alami sebelum ini dikala trafik tengah meletup ke blog aku.

Adamaya mengajar aku lebih bersabar dan berfikiran terbuka untuk membuat sesuatu keputusan seperti memindahkan Blog Mohd Isa walaupun aku tidak mendapat lagi backup files daripada pihak hosting sebelum ini. Bersabar melakukan pengorbanan kerana aku terpaksa bermula daripada bawah semula untuk terus memajukan blog kesayangan aku ini. Mana tidaknya, ada rakan blogger yang masuk ke blog aku bertanyakan mana pergi semua entri sebelum ini? Memang agak sedih bila mendengar soalan itu, tapi apakan daya. Sabar Mohd Isa.

Nota Kaki: Dapatkan drama Adamaya sekarang juga di sini!

ADVERTISEMENT

{ 45 comments… read them below or add one }

wazy May 14, 2010 at 10:27 am

Memang mantap gak keywords Adamaya kat blog ko ni,aku nyer blog pun leh tahan,tak sia-sia kalau buat review pasal ni kan
.-= wazy´s last blog ..Hujan-Selamat Hari Ibu =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 3:56 pm

Alhamdulillah, aku sendiri terkejut dengan keyword Adamaya ni. Tak sangka boleh mendatangkan trafik yang tinggi ke blog aku. Memang tak sia-sialah kalau wat posting pasal drama melayu ni. Tambahan pula kalau pandai letak tags yang menarik.

Reply

Piston Pecah May 14, 2010 at 10:34 am

betul tu…
segalanya perlukan tahap kesabaran yang tinggi…
taknak cakap pasal AdaMaya..biarlah ia berlalu pergi…very hepi ending…
.-= Piston Pecah´s last blog ..Tingkatkan Unique Visitor Anda Dengan Teknik RDS =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 3:59 pm

sabar ketika blogging memang agak perit jugalah bila menghadapi masalah dan cabaran yang merumitkan. tambahan pula dalam mengejar ranking PR dan Alexa. memerlukan kesabaran yang tinggi tu.

lupakan adamaya, waktu untuk mencari sesuatu yang lebih menarik pula. :)

Reply

Syafrizal May 14, 2010 at 10:37 am

perghhh dengan keyword adamaya saja dah boleh dapat trafik tinggi
gila la.. tapi aku tak minat pun drama2 melayu ni hehe
takpe aku guna keyword kesedaran tentang halal dan haram makanan hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Luar cantik tapi dalam menjijikkan =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:01 pm

tahu takpa, memang best gila dengan keyword adamaya ni. lepas ni kena cari keyword lainlah plak. :)

Reply

Rjuna May 14, 2010 at 10:46 am

ok Adamaya dah tamat, lepas ni keyword apa pulak yg laris yer?

rugi aku tak layan sangat drama ni
.-= Rjuna´s last blog ..HP Mini 210 (Black Dahlia) =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:02 pm

tahu takpa, adamaya dah tamat. tgh mencari keyword baru plak yang bakal laris. hehe

kalau bro ikut, pasti mencanak naik blog bro. hehe

Reply

x-po May 14, 2010 at 11:09 am

hoho selamat tinggal keyword adamaya

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:03 pm

yaya, selamat jalan adamaya. waktu untuk mencari keyword lain pula. :)

Reply

dhiyafaris May 14, 2010 at 11:37 am

hahaha…
semua keyword adamaya masuk kat blog ko ni..
:)
.-= dhiyafaris´s last blog ..Affordable Search Engine Optimization =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:04 pm

itulah pasal, tak rugi aku buat pasal adamaya ni. :)

Reply

zuls May 14, 2010 at 11:48 am

hahaha.. keyword power tuu.. :D .. tahniah bro!
.-= zuls´s last blog ..Blog Anda di label? =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:05 pm

terima kasih bro, superb power tu. :)

Reply

oh!dawie May 14, 2010 at 12:34 pm

hoho…gempak la keyword ‘adamaya’ nie kn bro..
tahniah bro..!!

p/s : komen aku,kalau sikap mcm adam tu xboleh dikategorikan baik..tp,adalah dayus menurut agama islam..
.-= oh!dawie´s last blog ..Maafkan Aku… =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:08 pm

terima kasih bro, memang meletuplah keyword adamaya ni.

p/s: bukan gentleman ke? selalunya seorang wanita memerlukan masa dan ruang untuk dia berfikir di dalam sesebuah perhubungan. kita tak boleh memaksa.

Reply

rashid May 20, 2010 at 3:39 pm

Adam bukan tak marah terus, tapi sikap dia sangat penyabar..Persepsi orang menganggap Adam baik sebab dia tak pernah naik tangan dengan Maya..tu kira baik la..
.-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 8:21 pm

betul tu, dayus dalam islam adalah mendiamkan sahaja
atau membutakan mata
tapi adam bukan begitu
dengan perasaan sabarnya
dia boleh berfikir untuk selesaikan masalah rumahtangganya dengan jalan yang lebih baik
daripada memarahi isterinya terus
:)

Reply

udacun May 14, 2010 at 1:34 pm

tahniah..n tq utk adamaya.. hehe..dpt dwnld..:P
.-= udacun´s last blog ..#159 ♥ Wow..dpt awaRd laaaa ♥ =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:09 pm

terima kasih, sharing is caring right. :)

Reply

Suraya May 14, 2010 at 3:44 pm

sifat sabar perlu dalam semua perkara..
.-= Suraya´s last blog ..Rahsia Bulan Kelahiran =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:11 pm

betul tu suraya, sabar di dalam apa jua keadaan adalah penting. :)

Reply

zik May 14, 2010 at 3:54 pm

sabar2… huhu …cerita apa ek lepas nie..adamaya dah habis…
.-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:11 pm

ntahlah, masih mencari. hope cerita dia lagi menariklah dari adamaya. :)

Reply

khairil May 14, 2010 at 4:02 pm

makin mantap ko isa dalam seo…
aku teringin nak dapat trafik kaw2 mcm tu tp kena byk usaha lagi sbb aku jarang update blog
.-= khairil´s last blog ..Berhenti Berharap =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:13 pm

uiks, takdalah mantap sgt. banyak yang perlu aku pelajari lagi.
jadi ko kenalah rajin belajar macam aku. :)

Reply

Kreuger May 14, 2010 at 8:08 pm

owh dem… memang aku tak tengok pon siri ni. tak sempah ah. ish ish ish.. tak pe.. tunggu eposide lain plak. hehehe.. nanti buat review satu persatu plak. baru best.. hehehe
.-= Kreuger´s last blog ..Freddy Krueger Official Trailer =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 8:31 pm

tahu takpa, tak sangka pula wat review pasal drama melayu boleh mendapat sambutan yang meluas. memang menyeronokkan. :)

Reply

mancai May 15, 2010 at 2:18 am

betul2 gilo keyword adamaya ni… anyway gud luck bro

Reply

Mohd Isa May 15, 2010 at 7:44 am

tahu takpa, sekarang ni tgh cari keyword lain plak yang tengah panas. ada suggestion tak? boleh berkongsi bersama. thanks bro. :)

Reply

ishak May 15, 2010 at 8:46 pm

itulah tengok dekat google taip adamaya blog bro firts ranking hebat betul
.-= ishak´s last blog ..Tahniah hafiz hasyim : Malaysia Boleh !!! =-.

Reply

mohdisa May 15, 2010 at 11:48 pm

alhamdulillah, terkejut juga tengok result tu. tak disangka-sangka berada di tempat pertama. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Blog Pilihan Untuk Download Movie Dan Drama =-.

Reply

Amir Said May 15, 2010 at 8:50 pm

gile ar mantap habis!!!!
.-= Amir Said´s last blog ..Sinar FM Kini Radio No. 1 di Malaysia =-.

Reply

mohdisa May 15, 2010 at 11:52 pm

haha, takdalah mantap sangat. secara kebetulan je ni. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Blog Pilihan Untuk Download Movie Dan Drama =-.

Reply

Remedy May 16, 2010 at 5:12 pm

ternyata ramai peminat adamaya x puas menonton slot di TV3…Tahniah kpd mohdisa kerana berjaya mencari keyword yang mahal untuk entri blog.
.-= Remedy´s last blog ..E-Book RDS Testimoni =-.

Reply

Mohd Isa May 17, 2010 at 12:16 pm

memang tak puas kalau tengok sekali sahaja, kena tengok banyak kali baru best. terima kasih untuk ucapan tahniah dari saudara. ini berlaku semua secara kebetulan sahaja. :)

Reply

rashid May 20, 2010 at 3:41 pm

Haha..dengan adanya koleksi Adamaya ni, dapat lah dorang buat stok layan time-time nak makan tengah hari atau dinner, bagi yang bujang ler…hehe
.-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 8:34 pm

tahu takpa, aku pun dah banyak stok drama ng movie skg ni
tunggu nak layan di masa lapang je skg ni
hehe

Reply

fndrocka May 25, 2010 at 5:07 pm
mohdisa May 26, 2010 at 12:21 pm

uiks, takdalah sampai jam. hehehe
.-= mohdisa´s last blog ..MASUM Cup 2010 =-.

Reply

akmal June 3, 2010 at 1:11 pm

adamaya memang best pun…
skrg ni citer shahjihan pulk…best jugk tuh…

Reply

ray ban August 10, 2010 at 10:11 pm

wahh tanhiahh sekrang boss guna server ape??
ray ban recently posted..Size guide

Reply

Mohd Isa August 11, 2010 at 5:03 am

terima kasih, buat masa sekarang ni menggunakan serverfreak.
memang terbaiklah. :)

Reply

ray ban October 14, 2010 at 1:03 pm

serverfreak..hurmm lepas ni rasanya nak cuba beralih angin kepada serverfreak
ray ban recently posted..3D glasses eyewear will be on market

Reply

Mohd Isa October 14, 2010 at 7:36 pm

yurp, aku pakai serverfreak skg ni. memang memuaskan hatilah. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak