nur amalina

Adakah saya mengaibkan Nur Amalina?

Nur Amalina Che Bakri, siapa yang tidak kenal akan diri beliau. Pencetus calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk berlumba-lumba mendapatkan gred A1 seberapa banyak yang mungkin. Tidak tahu apa hala tuju sebenar sehingga ada yang ingin mendapatkan lebih daripada 10 A1 dalam setiap kertas SPM yang diambil.

Apa yang saya katakan mengenai hala tuju apabila ingin mendapatkan lebih daripada 10 A1 adalah berkenaan dengan tujuan sebenar, adakah untuk masa hadapan atau pun sekadar ingin menunjukkan kebijaksanaan semata-mata. Kemudian lintang pukang mencari bidang yang sesuai untuk diceburi.

Kisah Nur Amalina

Apa-apa pun kita abaikan bab lumba-lumba gred A1 tersebut, sekarang waktu saya menulis sebuah artikel mengenai isu Nur Amalina Che Bakri yang sudah tersebar luas di blog-blog, Facebook, Twitter dan akhbar. Mungkin artikel pada kali ini agak kontroversi atau tidak disukai sesetengah pihak.

Bukanlah saya hendak panjangkan mengenai isu Nur Amalina iaitu pelajar cemerlang SPM tahun 2004 dengan mendapat 17A1. Tetapi adalah berkenaan dengan penyebaran berita atau perkara yang dianggap fitnah oleh ibu dan Nur Amalina sendiri. Bagi saya fitnah hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu, kita manusia hanyalah berpandukan bukti-bukti yang terkumpul.

Semalam saya ada kongsikan sebuah berita mengenai isu Nur Amalina di Facebook dan berita tersebut bukanlah daripada hasil penulisan saya. Sekadar perkongsian daripada sebuah Portal Berita Malaysia dan sehingga kini mendapat maklumbalas daripada rakan-rakan di Facebook. Untuk melihat status tersebut bolehlah klik sini.

Mengaibkan Nur Amalina?

Menyedihkan apabila saya dikatakan mengaibkan atau mencerca Nur Amalina, adakah dalam perkongsian saya tersebut ada tertulis perkataan yang kurang enak? Berulangkali saya memeriksa status tersebut, tiada rasanya. Di manakah silap saya sehingga ada yang mengatakan saya telah mengaibkan Nur Amalina?


Mungkin ilmu saya mengenai hukum-hakam dalam Islam tidak sehebat Ustaz Azhar Idrus, tetapi tidaklah begitu naif sehingga ingin menjatuhkan maruah atau mengaibkan orag lain terutama kepada Nur Amalina sendiri.

Apabila saya nyatakan bahawa saya sekadar berkongsi berita tersebut untuk dijadikan panduan kepada orang lain agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Lain pula jawapannya, “matlamat tidak menghalalkan cara.” Sebuah ungkapan yang sering digunakan di dalam Islam dan diguna pakai oleh saya selalu sebelum berkogsi sesuatu berita di dalam blog ini, Facebook dan Twitter saya.

Persoalannya di sini, adakah saya menabur fitnah? Adakah saya mengaibkan Nur Amalina? Adakah saya menghina Nur Amalina? Dan adakah saya mencerca Nur Amalina? Malah saya berdoa agar Nur Amalina selamat hendaknya dan mampu mengubah persepsi orang ramai yang menganggap beliau salah seorang idola untuk berjaya.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen di status Facebook saya berkenaan dengan isu Nur Amalina ini. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberkati kehidupan kita semua. InsyaAllah.

Nur Amalina

Kepada Nur Amalina, jika anda terbaca artikel ini. Maafkan saya jika tersalah kata, tersilap bahasa. Semoga anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya agar mampu mengubah persepsi negatif terhadap anda. Selamat maju jaya Nur Amalina.

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


19 comments… add one

  • Lain orang, lain persepsinya. Yang penting kita semua takkan sama pun. Tapi aku puji sebab kau berterus terang dan mintak maaf secara terbuka kat sini sekiranya apa yang berlaku di FB tu menimbulkan rasa tidak puas hati org lain. Bukan semua orang sanggup buat bro.
    shraqs recently posted..Update Terbaharu Untuk WordPress 3.3.1

    Reply
  • siap pengkongsian sama ada benar atau tidak sesuatu perkara tentang seseorang itu, keaibannya perlulah di tutup.. bukan dihebah2xkan.. jadi bila menulis sentiasalah beringat… InsyaALLAH..

    Reply
  • .. sebab nila setitik rosak susu sebelanga, seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit..kekadang ada juga relevannya dgn peribahasa kita.

    Reply
  • gua rasa jika ada problem family bukan lah di luar
    jln penyelesaian.ini boleh lah kita jdikan iktibar pada
    semua org.
    stiejaa recently posted..Cost of Pest Elimination

    Reply
  • Cuba baca dan renung balik status tu…cuba baca balik balasan komen isa pada kawan2 yang komen….ada tak unsur2 mengiyakan yang nur amalina telah jauh tersasar…rasionalnya di sini…apa yang Isa cuba nak kongsikan mungkin niat Isa untuk kebaikan…tapi bila Isa turut menyokong komen kawan2…Isa dan jatuhkan hukum…dan itu memang mengaibkan dia…mungkin perilaku dan pakaian Amalina berubah lepas ke oversea…tapi sekurang2nya dia jujur mengakui yang dia suka berfesyen…Dan secara tidak langsung mungkin faktor persekitaran di sana sendiri yang memudahkan dia berfesyen mengikut kesukaan…dan setidak2nya mak dia tau itu imej anak dia..mungkin mak dia berdoa dari jauh untuk dia berubah..kita tak tau kann…tapi kalau secara realitinya…di Malaysia sendiri pun..ramai yang bertudung hanya untuk ke pejabat..(betul tak?) di luar tak bertudung…dan ramai juga yang bertudung hanya bila balik jumpa mak ayah…bila jauh dari mak ayah tak…so bagi akak..tak perlulah kita menjadi sebahagian dari masyarakat yang berkongsi perkara2 yang mengaibkan seperti ini…cukup sekadar diri kita yang baca…kita berkongsilah perkara2 yang lebih memberikan kita ilmu…macam fadhilat surah ke..fadhilat solat dhuha ke…kelebihan baca yasin ke….yang mana benda tak baik kita dapat..just keep it to ourself jgn nak dishare…tapi akak salute bila Isa buat entry mintak maaf mcm ni…
    Diamilikku recently posted..I’ma big big girl

    Reply
  • lepas ni lu tulis pasal diri sendiri sajalah isa. hater gonna hate dis. kah kah kah. :D
    Pisyek recently posted..UTP Medtech Farewell Dinner

    Reply
  • saya x berani nak citer pasal org lain kerana takut salah sangka dan jadi fitnah
    Juan recently posted..Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 | Aktiviti Penutup 2011

    Reply
  • As Salam.

    OOO, itu macam rupanya. Aku kat sini tak da lah nak nilai samada artikel ini betul. Jujur aku rasa, bukanlah niat hang nak mencerca dia, sekadar cuma ingin berkongsi cerita.

    Tapi, banyak juga perkara dalam dunia yang bermula dengan “Tiada niat hendak sakitkan hati orang” tapi berkahir juga dengan orang terasa berpunca dari niat yang tidak sengaja atau tidak bermaksud. Kadang-kadang aku sendiri pun tersilap buat walaupun pada asalnya tiada niat. Mungkin apa yang hang buat macam sebutir salji yang jatuh bergolek dari atas gunung dan akhirnya menjadi satu “Avalanche” – kesannya ada baik dan buruk. Soalnya? Adakah lebih banyak baik atau lebih banyak buruk?

    Buat masa sekarang, aku cuma suka satu bahagian tentang dia, sebab dari umur muda ni, dia sudah nak terbitkan journal untuk jadi rujukan (menurut bacaanlah). Ilmu yang boleh digunapakai oleh orang lain. Bukan senang tu, semangat tu aku kagum. Yang lain tu, tak pa lah.

    Apa pun, aku rasa, tahniah dan syabas sebab hang buat entri ini untuk menerangkan isi hati dan pendapat hang dengan sebaik dan selembut mungkin untuk meminimakan ketegangan, walaupun sesetengah pihak mungkin rasakan tidak perlu. Untuk itu aku tabik hormat. : )

    Aku nak minta maaf juga untuk dua perkara :
    1. Kalau komen di atas agak kasar bunyinya (ini boleh berbalik kepada tiada niat)
    2. Dua, jarang komen lepas tu komen pula panjang berjela. Ya ampun.

    Selamat hari yang baik setiap hari. :)
    Incik RestNrilekS recently posted..2012: Hidup Lebih Sihat Tanpa Toksin

    Reply
  • Assalammualaikum…
    apa yang saya ingin nasihatkan kepada isa”,
    di rumah anda ada cermin?
    lihat muka anda” kemudian fikir apa yang keluarga dan saudara anda lakukan.. Begitu juga saya yang komen kepada saudara isa, saya tidak lah sesempurna Akhlak nya seperti nabi kita MUHAMMAD S.A.W,
    saya hanya insan biasa’ yang banyak kekurangan dan saya akan sentiasa berjaga-jaga dengan karma yang ALLAH berikan..
    jadi’ disini hendaklah kita menjaga maruah keluarga kita daripada fitnah dan jangan terlalu leka dengan teknologi barat yang hanya ingin menghancurkan saudara-saudara islam sendiri”, (perang psikology) ini adalah salah satu tektik orang-orang yahudi yang hanya ingin memecahkan kita. mengapa saudara tidak kongsikan isu tentang jihad didalam laman FB anda? tidak kah itu satu perkara yang baik? tidak menyentuh atau melibatkan seseorang itu merasa difitnah”
    saya tidak akan melibatkan soal agama disini, kerana terlalu ramai umat islam yang berlainan pendapat dan yang lebih arif, apa yang saya ingin katakan ialah” dari sudut pndangn pengalaman saya memerhati tingkah laku seseorang, Kenapa Nur Amalina? Ramai lagi wanita yang melebihi batas dari segi pemakaian mereka,
    saya ingin kongsikan kepada sudara isa’ bagaimana ingin berkomunikasi dengan diri sendiri’ untuk mengelakkan kita tersilap penyampaian,

    -ambil lah masa untuk mengenali dunia
    -dan berkatalah pada hati setiap pemerhatian anda kepada apa-apapun yang berada disekeliling anda. contoh nya:
    *tingkah laku maknusia
    *binatang
    *tumbuhan
    dan yang paling penting setelah selesai semua tu”
    fahamilah, semua jawapan sudah berada di hati anda.

    kesan kepada tips ini: anda akan menjadi lebih berhati2 bila membuat sesuatu, dan akan sentiasa berfikiran positif kepada semua yang berada disekeliling’ walaupun negatif sedang berada dihadapan anda.. harap tips ini akan berguna untuk saudara isa dimasa akan datang. insyALLAH =D

    Reply
    • sebab dia role model tunjuk 17a1 siap pakai tudung, so bila dah berubah kita kenalah tegur menegur,

      Reply
  • Assalamualaikum wrh wbh dan Salam Sejahtera. Dalam apa saja keadaan setiap insan perlu kembali kepada penciptaNya. Akur kepada setiap perintahNya. Mendedahkan ‘aib diri sendiri’ dan mendedahkan ‘aib orang lain’ juga adalah antara perbuatan-perbuatan yang keji. Kita sepatutnya tahu menilai mana kaca dan mana permata. Hakikat sebenar kejayaan seseorang adalah menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt dan bukannya berdasarkan pencapaian duniawi semata-mata. Kepada yang tersesat, kembalilah ke pangkal jalan. Kepada yang terlanjur, mohon maaf dan banyakkan berIstighfar. Setiap kita adalah berdosa dan sebaik-baik manusia yang berdosa adalah kembali kepadaNya jua. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Amin.

    Reply
  • janji kita tau kita tak buat salah..tak faham betollah dengan manusia yang suka cari salah orang nie
    arrizz recently posted..Wordless Wednesday – Lagi serangan hacker

    Reply
  • baca gak wall post kat facebook kau pasal ni..
    untuk kisah ni dan kisah2 yang berlaku sebelum2 ni aku ada pendapat sendiri.. ;)
    Izwan recently posted..Yang Di Luar Negara Dikecohkan, Yang Ada Depan Mata Bagaimana?

    Reply
  • haha..tulis je. Aku ok aje..
    titan recently posted..Tandukan pemusnah Effa Owona.

    Reply
  • lain orang lain pandangannya. niat yang penting, niat baik di balas baik. betu tak bro?
    wandisini recently posted..Kisah Pendayung Sampan dan Professor

    Reply
  • takkan kot. perasaan aje tu semua..
    ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Liga Super 2012 – Selangor seri dengan Negeri Sembilan.

    Reply
  • tak silap aku ..ustaz azhar ade cakap..kalau golongan cam artis2 n orang yg mendedahkan aurat n sengaja tayang gambar2 seksi segala bagai..tak salah pun nak mengutuk sebab dia memang buat perkara terkutuk pun. dah memang salah dari segi agama..agama tak suruh pun dedah2kan aurat.. kalau tak nak org kutuk jangan upload gambar2 sembarangan.. n pakaila yg menutup aurat..tak salah pun nk kutuk org yg buat perangai cam tu.. tapi sebaiknya doakanla dia diberi petunjuk..

    Reply
  • Jangan membuka ruang pada diri kita untuk menjadi bahan fitnah.So jagalah dan patuhilah syariat Allah.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge