About

blog mohd isa ini telah dibangunkan oleh saudara mohd isa pada Febuari 2009 di mana ia bermula bertapak di Blogger.com sebelum berpindah ke hosting sendiri dan menggunakan platform Wordpress pada Ogos 2009. Segala entri yang terdapat di dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara hasil penulisan saudara mohd isa, jika terdapat sebarang aktiviti plagiat atau peniruan di dalam blog ini adalah atas usaha murni untuk penyebaran dan perkongsian semata-mata dan bukan atas sebab lain.

mohd isa
Dilahirkan pada 9 April 1985 di Taiping, Perak dalam keluarga yang sederhana. Dibesarkan di Batu 7, Changkat Jering dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering sehingga tahun 5 (1992-1996) dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur mengikut keluarga tersayang. Tahun 6 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (1997) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (1998-2000) sehingga menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Setelah lulus dalam PMR, berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Tengku Menteri, Taiping (Jan 2001-Feb 2001) sebelum memasuki Sekolah Menengah Teknik Taiping pada Febuari 2001. Mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2002. Melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 2003 dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Sijil) sehingga tahun 2005. Menyambung pengajian diploma juga di Politeknik Ungku Omar pada tahun 2006 dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komputer.

Pada tahun 2007, berjaya melanjutkan pengajian Ijazah Sajana Muda ke Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik hingga sekarang dan dijangka mendapat gulungan ijazah pada tahun 2010 (InsyaAllah).

Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Popularity: 29% [?]

{ 8 comments… read them below or add one }

1 ash MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 2:39 pm

Insyaallah berjaya. Saya pun Unimap juga :)

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 7:39 pm

terima kasih, UniMAP juga yerk. Ambil kos apa?

Reply

3 Wan Perlis MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 16, 2010 at 9:49 am

unimap ka??
blh la jumpa..teman org perlis

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 16, 2010 at 1:40 pm

aha, aku org perlis. ang dok mana? leh jerk kalau ada kesempatan. :)

Reply

5 esyam MALAYSIA Internet Explorer Windows February 19, 2010 at 11:41 pm

ko sprinter PUO dulu kan, patut cm kenal…

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows February 20, 2010 at 12:26 am

lebih kuranglah…erk ko sapa plak…cam mana leh tau?

Reply

7 Fazreen AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows February 26, 2010 at 7:04 pm

besday kita sama la bro cuma tahun je lain..aku 88..dekat je ko dgn aku..aku kt alor star. baru dpt tau ko ni sprinter..aku mmg suka knl2 dgn atlit ni..

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows March 1, 2010 at 3:58 am

haha, yeke? leh la tukar2 hadiah nanti. aku pun baru balik dari masum ni. kalah la plak, tp dapat gak improve time aku. :)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

[close]