June 2009

Olympus FE 3010

oleh Mohd Isa pada June 29, 2009

Bukan nak promote atau apa-apa mengenai kamera Olympus FE 3010 ni. Sahaja nak bagitahu, bahawa saya telah berjaya menjual kamera ini. Model baru dari Olympus.

Sekarang tinggal berapa hari sahaja lagi untuk saya bergelar sebagai promoter. Penat rasanya, hampir sepuluh jam berdiri setiap hari. Mahu tercabut kepala lutut ni. Tapi ada keseronokan di sebaliknya.

Pertama sekali dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, sombong dan peramah. Ini dapat diterjemahkan dari tindakbalas pelanggan kepada kita bila kita mempromosikan barang kepada mereka.

Kedua mengenai keistimewaan kita sendiri, dapat mengukur kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali yang lebih dikenali dengan Communication Skills.

Ketiga sudah tentu mengenai perasaan kita sendiri, mempelajari bagaimana hendak mengawal perasaan kita dalam keadaan penat dan ada masa boleh membuatkan kita marah.

Dan ada banyak lagi yang saya dapat, tapi saya biarkan untuk kita berkongsi bersama. Apa pendapat anda untuk mempromosikan sesuatu barang kepada orang yang kita tidak kenali?

Ubuntu Shirt?

oleh Mohd Isa pada June 25, 2009

Ini satu lagi barang yang saya order sudah sampai bernilai RM50. Menarik rekaannya, design hasil saudara wanfahmi. Salah seorang rakan saya dari forum Ubuntu. Ini beberapa keping gambar baju yang telah selamat sampai ke rumah saya.






Baju ini telah sampai dalam dua minggu lepas, dibuat khas untuk Open Source Conference baru-baru ini yang dianjurkan oleh MSC. Sesiapa yang berminat untuk menyertai komuniti kami sila layari osdc.my

Kit Ubuntu Percuma

oleh Mohd Isa pada June 25, 2009

Yahoo! Barang yang diorder telah selamat sampai, kit ubuntu dan kit kubuntu yang saya pesan sebelum ini. Sebenarnya kit ini telah lama sampai di rumah saya. Cuma saya tak berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua. Di sini ada beberapa keping gambar untuk anda.



Untuk mendapatkan kit ini secara percuma, request di sini.